Bursa Malaysia meneruskan peningkatan bagi hari kedua berturut-turut hari ini, ditutup lebih daripada satu peratus lebih tinggi disebabkan sentimen pelabur kekal aktif dalam persekitaran keadaan pasaran serantau yang semakin baik dan minat belian dalam kaunter wajaran tinggi.
Astro mencatat tahap tontonan tinggi pada suku pertama tahun ini, khususnya sepanjang musim perayaan Tahun Baharu Cina dan Hari Raya, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi utama hiburan bersama rakyat Malaysia.
Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, penstrukturan semula itu membuka ruang yang lebih luas kepada TERAJU untuk memperkasa peranannya dalam memastikan sasaran Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35) dapat dicapai dengan lebih berkesan.
BJAK merupakan Penasihat Kewangan diluluskan oleh Bank Negara Malaysia, sekali gus memangkin komitmennya dalam menyediakan platform yang dipercayai untuk perbandingan dan pembaharuan insurans.
Niaga hadapan minyak mentah Brent naik 26 sen atau 0.3%, kepada AS$83.42 setong, manakala minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) Amerika Syarikat meningkat kepada AS$81.12 setong, naik 46 sen atau 0.3%.
Pelanggan semua bank di Malaysia boleh mengeluarkan wang tunai di mana-mana mesin teler automatik (ATM) atau mesin kitar semula pintar (SRM) bank tanpa membayar yuran RM1 bermula 1 Julai 2026.
Selangor memperluaskan sokongan kepada syarikat pemula niaga (startup) dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menerusi pelancaran Selangor Triple Accelerator Programme 2026 yang memperkenalkan tiga landasan pembangunan bagi membantu perniagaan berkembang, mendapatkan pelaburan dan menembusi pasaran antarabangsa.
Galatek Technologies menyasarkan pelaburan sehingga USD 100 juta (RM471.5 juta) dalam tempoh lima tahun menerusi pembukaan kemudahan pembuatan, pemasangan dan penghantaran pertamanya di Perai, Pulau Pinang, yang dilihat akan memperkukuh ekosistem semikonduktor negeri serta mengisi jurang dalam rantaian bekalan industri berteknologi tinggi, selain turut menjana pelaburan awal sebanyak USD 2 juta dengan rancangan peningkatan kepada USD 60 juta dalam tempoh tiga tahun, serta mewujudkan peluang pekerjaan dan manfaat kepada PKS tempatan melalui penyertaan dalam rantaian bekalan global.
Malaysia terus menarik perhatian pengeluar automotif antarabangsa apabila jenama kenderaan dari China, Dongfeng, merancang melaksanakan pemasangan kenderaan secara tempatan atau Completely Knocked Down (CKD) di negara ini seawal tahun ini selain turut menyertai Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS) 2026.