KUALA LUMPUR: Dua pasukan Malaysia berjaya menempatkan diri dalam senarai 10 terbaik dalam Cabaran Global 2021 Bakat Digital Alibaba Global (GDT) yang menerima lebih daripada 2,000 penyertaan.
Dua pasukan tersebut adalah Quadrifoglio dari Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) dan Young Boss dari Sunway University namun secara keseluruhannya sejumlah sembilan pasukan dari Malaysia berjaya memasuki pusingan akhir global yang menampilkan 82 pasukan yang disenarai pendek dari seluruh dunia.
Pasukan Quadrifoglio mencipta penjenamaan digital lengkap dan kertas cadangan pemasaran bagi penyelesaian rumah pintar hidroponik melalui kerjasama dengan JTEC, iaitu pengeluar sistem hidroponik rumah pintar di Malaysia.
Produk tersebut direka untuk menjadikan penanaman dalam rumah lebih selesa dan mudah diakses dengan pemantauan automasi masa sebenar dan sistem kawalan.
Projek mereka menyerlahkan kandungan digital yang dihasilkan secara keseluruhan oleh pasukan tersebut seperti hantaran blog, video jenama dan hantaran media sosial, yang bertujuan mempertingkatkan kesedaran bukan sahaja mengenai produk tetapi juga jenama dan manfaat gaya hidup yang mampan.
Pasukan Quadrifoglio berkata, kejayaan menempat diri dalam kelompok 10 terbaik Cabaran GDT Alibaba Global merupakan pencapaian yang tidak pernah diimpikan dan mereka telah mempelajari banyak perkara termasuk kemahiran termasuk kerja berpasukan dan daya tahan.
"Latihan, pembelajaran penting dan amalan terbaik yang disediakan oleh pasukan GDT Alibaba dan juga bimbingan daripada penasihat kami di UTAR ternyata sangat membantu dalam memastikan kami berada pada landasan yang tepat," katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Sementara itu, pasukan Young Boss memberi fokus kepada penyelidikan serta strategi pemasaran tilam premium yang disasarkan kepada pemilik anjing dan kucing.
Pasukan itu memanfaatkan hantaran media sosial untuk membina kesedaran jenama dan memperkenalkan ciri-ciri produk dalam kalangan pemilik haiwan peliharaan muda di Malaysia, yang mengutamakan ciri tahan lama dan harga mampu dibayar.
"Daripada penyelidikan kami, kami dapat memerhatikan trend terhadap haiwan peliharaan serta barangan premium untuk haiwan semakin berkembang semasa penularan pandemik terutama dalam kalangan generasi milenium dan ia mendorong kami untuk meneroka pasaran tilam haiwan peliharaan," katanya.
Sementara itu, Setiausaha Agung Pejabat Globalisasi Alibaba, James Song berkata, pandemik COVID-19 telah membuktikan kepentingan penjenamaan digital selain strategi pemasaran berkesan dalam memperluaskan jangkauan pengguna.
"Inilah masa terbaik untuk membolehkan peserta menggunakan kreativiti mereka serta pengetahuan dunia digital mereka bagi mewujudkan penyelesaian berdaya maju bagi menarik perhatian pengguna hari ini," katanya.
Program GDT Alibaba Global (dahulunya Program GET Alibaba) telah diperkenalkan pada tahun 2016 dengan misi mengalakkan transformasi digital dan pembangunan inklusif melalui inkubasi bakat digital.
Melalui rangkaian latihan globalnya, program tersebut hingga kini memberikan manfaat kepada 80 rakan kongsi pendidikan dan melatih lebih 1,000 pensyarah dan lebih 20,000 pelajar serta peserta lain dari Colombia, Mexico, Mongolia, Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, Rwanda, Singapura dan China.
Di Malaysia, Program GDT Alibaba telah bekerjasama dengan INTI University, HELP University, Sunway University, dan UTAR untuk memajukan bakat digital tempatan.
Artikel asal di DagangNews.com
Dagang News
Thu Jan 20 2022

Pasukan Quadrifoglio berkata, kejayaan menempat diri dalam kelompok 10 terbaik Cabaran GDT Alibaba Global merupakan pencapaian yang tidak pernah diimpikan. - Foto DagangNews
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.
Polis sahkan ancaman senjata palsu, hospital selamat digunakan
Jabatan Sheriff Daerah San Bernardino mengesahkan menerima panggilan daripada seorang suspek lelaki yang memaklumkan dia mendengar suara dalam kepala mengarahnya untuk membunuh orang.
Constantine Tassoulas rasmi Presiden baru Greece
Tassoulas, 65 tahun, menggantikan Katerina Sakellaropoulou yang penggal lima tahunnya tamat pada awal Mac lalu.
NHS England dimansuhkan, elak pertindihan
Badan bebas, Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) Englands dimansuhkan susulan penyususnan semula yang ketat di bawah kepimpinan baharu.
Pemimpin masyarakat disaran bantu perjelas dasar kerajaan
Pemimpin masyarakat perlu membantu dalam memperjelaskan dasar dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat.
Satu daripada 3 kanak-kanak Malaysia alami masalah obesiti
Laporan NHMS menunjukkan satu daripada tiga kanak-kanak Malaysia mengalami masalah lebihan berat badan atau obesiti.
Elaun pelatih PLKN digantikan elaun perjalanan berstruktur
Kerajaan telah memutuskan untuk menggantikan pemberian elaun harian sebanyak RM8 kepada pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dengan elaun perjalanan yang lebih berstruktur.
Jho Low masih dalam senarai permohonan notis merah INTERPOL
Kementerian Dalam Negeri menegaskan permohonan notis merah kepada Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap Jho Low masih lagi aktif dan berkuat kuasa sehingga hari ini.
Di mana 250 rakyat Malaysia?
Kementerian Luar masih mengesan 250 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket tawaran pekerjaan di luar negara setakat 7 Mac lalu.
Dewan Negara lulus usul Menjunjung Kasih Titah Diraja
Dewan Negara hari ini meluluskan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja.

2 pasukan Malaysia berada dalam senarai 10 terbaik Cabaran GDT Alibaba Global
Dua pasukan tersebut adalah Quadrifoglio dari Universiti Tunku Abdul Rahman dan Young Boss dari Sunway University.