KUALA LUMPUR: AirAsia X Bhd (AAX) bercadang untuk melaksanakan tawaran sebanyak 32.25 juta saham biasa baharu pada harga terbitan RM1.55 sesaham.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, AAX berkata, berdasarkan harga langganan, syarikat itu akan memperoleh hasil kasar kira-kira RM50.00 juta daripada cadangan tawaran itu.
Penawaran itu mewakili 7.78 peratus daripada jumlah saham terbitan kepada AHAM Asset Management Bhd, AIIMAN Asset Management Sdn Bhd dan Lavin Group Sdn Bhd.
"Perolehan berjumlah kira-kira RM49.45 juta akan digunakan untuk membiayai keperluan modal kerja kumpulan itu -- kos pengaktifan pesawat: RM23.00 juta, kos penyelenggaraan pesawat: RM18.50 juta dan perbelanjaan operasi lain: RM7.90 juta.
"Anggaran perbelanjaan berhubung cadangan tawaran itu ialah RM600,000," katanya.
AAX berkata cadangan itu tepat pada masanya dan bermanfaat terhadap kedudukan kewangan syarikat, memandangkan klasifikasi semasanya sebagai penerbit tersenarai terjejas di bawah PN17 Keperluan Penyenaraian.
"Sementara syarikat terus menilai prestasi kewangan kumpulan dan daya maju pelan penyusunan PN17nya, hasil yang diperoleh daripada cadangan tawaran itu akan menyediakan penyelesaian pembiayaan interim kepada kumpulan untuk menangani keperluan modal kerjanya," katanya.
Ini akan membolehkan kumpulan itu meningkatkan lagi operasinya sejajar dengan situasi industri penerbangan yang kembali normal dengan pembukaan semula sempadan serantau di seluruh dunia, katanya.
AAX juga menyatakan bahawa tawaran yang dicadangkan itu membolehkan syarikat menerima pelabur institusi kerana pemegang saham mematuhi perjanjian langganan, di tengah-tengah pemulihan berterusan kumpulan selepas pandemik COVID-19 dan berpotensi meningkatkan kecairan sahamnya. - BERNAMA
Bernama
Mon May 22 2023

AirAsia X Bhd (AAX) bercadang untuk melaksanakan tawaran sebanyak 32.25 juta saham biasa baharu pada harga terbitan RM1.55 sesaham.

Kilang karpet di Nilai 3 musnah terbakar
Setakat ini tiada mangsa terlibat, namun, bomba memerlukan masa untuk memadamkan api.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4040/4310 berbanding mata wang AS daripada 4.4270/4320 ketika ditutup semalam.
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

AAX cadang tawaran 32.25 juta saham, sasar kumpul sehingga RM50 juta
Berdasarkan harga langganan, syarikat itu akan memperoleh hasil kasar kira-kira RM50.00 juta daripada cadangan tawaran itu.

AirAsia, AirAsia X beri amaran iklan palsu tawar diskaun besar-besaran
AirAsia Bhd dan unitnya, AirAsia X Bhd memberi amaran kepada orang ramai agar tidak terpedaya dengan iklan di platform media sosial yang menawarkan diskaun besar-besaran bagi tiket penerbangannya.

AirAsia kembali tawar kempen diskaun 20 peratus
AirAsia Bhd dan AirAsia X Bhd kini menawarkan diskaun 20 peratus ke atas semua tempahan penerbangan mulai hari ini hingga 12 Feb bagi perjalanan antara 7 Feb hingga 31 Julai, 2017.

AirAsia X terus ke Tehran dari Kuala Lumpur dan Bangkok
AirAsia X Bhd dan Thai AirAsia X hari ini mengumumkan Tehran sebagai destinasi terkini dalam rangkaian laluan kumpulan yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Bangkok secara terus ke ibu negara Iran itu.

Malaysia Airlines, AirAsia dan Firefly antara tujuh syarikat penerbangan tubuh AMAC
Syarikat pengasas persatuan ini terdiri daripada Malaysia Airlines Bhd, MASwings, Firefly, AirAsia Bhd, AirAsia X Bhd, Malindo Air dan Berjaya Air.