Bagi memenuhi janjinya menawarkan tambang 'Nano', AirAsia India memulakan jualan tiketnya malam tadi dengan menyediakan 15,000 tiket dengan bayaran Rs 5 (27 sen), tidak termasuk cukai lapangan terbang serta yuran lain.
Syarikat penerbangan itu akan memulakan operasi dari Bangalore ke Chennai dan Goa pada 12 Jun ini.
"Tempat duduk promosi itu boleh diperolehi untuk penerbangan dari Bangalore ke Chennai, Chennai ke Bangalore, Bangalore ke Goa dan Goa ke Bangalore," lapor Times of India memetik kenyataan syarikat penerbangan terbabit.
Tempahan melalui www.airasia.com boleh dibuat mulai 21:30 IST pada 30 Mei sehingga 1 Jun, untuk penerbangan pada 12 Jun hingga 25 Oktober 2014, katanya.
"Saya gembira kerana dapat menyambut pelancaran penerbangan AirAsia India dengan promosi mengejutkan.
"Tujuannya ialah untuk membolehkan penumpang yang belum pernah terbang supaya mengambil peluang ini untuk datang dan mengalami penerbangan dengan cara AirAsia," kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mittu Chandilya.
Pelancaran penerbangan kos rendah ini telah mencetuskan perang tambang baharu di ruang angkasa India, apabila Mittu mengumumkan awal bulan ini yang tambang penerbangan itu akan menjadi 35 peratus lebih daripada paras semasa, kata laporan berkenaan.
Sebaik sahaja diketahui AirAsia India akan melancarkan penerbangan dari Bangalore ke Chennai dan Goa, SpiceJet telah menurunkan tambang kedua-dua sektor mulai 12 Jun, hari AirAsia India memulakan perkhidmatan.
SpiceJet mengumumkan 'tambang promosi istimewa' Rs 1,499 (RM81.58) untuk laluan terbabit. Sebelum itu pada Jumaat, AirAsia mengumumkan tambang Rs 990 (RM54) untuk penerbangan sulungnya.
Pusat Untuk Penerbangan Asia Pasifik (CAPA) menjangka satu lagi pusingan perang tambang murah dalam sektor berkenaan, lapor akhbar harian Inggeris berkenan.
"AirAsia mungkin tidak menjangka kapasiti syarikat penerbangan India lain untuk meneruskan tawaran tambang yang tidak rasional itu.
"Syarikat terbabit sebelum ini telah menunjukkan kecenderungan memberi diskaun tinggi untuk menjana pendapatan, menguasai pasaran, memenuhi kapasiti yang berlebihan atau hanya untuk bertindak balas kepada saingan," kata satu laporan CAPA.
Ini adalah juga pasaran di mana syarikat penerbangan perkhidmatan penuh menawarkan tambang yang sama dengan penerbangan kos rendah dan kadangkalanya lebih rendah.
"Syarikat penerbangan terus menawarkan tambang di bawah kos walaupun terpaksa mengumpul kerugian besar dan kunci kira-kira yang lemah. Ia adalah sukar untuk beroperasi dalam pasaran di mana pesaing anda mempunyai selera besar untuk rugi.
"Dalam tempoh tujuh tahun lalu, syarikat penerbangan India telah mengalami kerugian terkumpul $10.1 bilion atau purata $22 setiap kali seorang penumpang menaiki pesawat," katanya.
Bernama
Sat May 31 2014

Syarikat penerbangan itu akan memulakan operasi dari Bangalore ke Chennai dan Goa pada 12 Jun ini.

Polis kesan tiga lelaki disyaki rompak kedai emas di Nilai
Polis giat mengesan tiga lelaki disyaki terlibat dalam rompakan bersenjata di sebuah pasar raya di Bandar Baru Nilai, semalam.

Caruman KWSP untuk bukan warganegara, nilai KDNK tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Chiew Choon Man (PH-Miri) akan meminta penjelasan mengenai caruman KWSP untuk bukan warganegara yang dilihat membebankan majikan.
AWANI Pagi: Refugees in ASEAN, a shared responsibility
Refugees across Southeast Asia face uncertain futures, with no unified ASEAN policy to protect them. How should the region respond? What can be done to ensure their rights and dignity are upheld? Join us with Dr. Aslam Abdul Jalil from Universiti Malaya as we explore the challenges, policies, and future of refugees in ASEAN. Are we doing enough, or is it time for a stronger collective effort?

Trump umum tarif barang import China ke Amerika naik dari 10 kepada 20 peratus
Kenaikan tarif ini bertujuan untuk memaksa China mengambil tindakan terhadap penyeludupan fentanyl ke Amerika, tegas Presiden Trump.

Satu dunia merasai inflasi, Singapura tidak terkecuali
Singapura berdepan cabaran ekonomi global yang kompleks, tetapi kerajaan bertekad untuk terus menyokong rakyat.

Paus Francis alami dua ‘kegagalan pernafasan akut’, sudah sedar dan sedang berehat - Vatican
Awal pagi Isnin, Paus Francis menjalani dua prosedur bronkoskopi dan doktor telah mengeluarkan lendir yang terkumpul.

MNKT lulus garis panduan perancangan bandar rendah karbon
Garis panduan itu akan menjadi dokumen penting dalam perancangan bandar serta membantu aspirasi negara mencapai status GHG Sifar Bersih menjelang 2050.
Lebih 35,000 kes penipuan direkod tahun lepas, rugi RM1.6 bilion
Negara mencatatkan sejumlah 35,368 kes penipuan tahun lepas dan mengakibatkan kerugian RM1.6 bilion.
Perlu ada 30 peratus wakil wanita di peringkat DUN, Parlimen
Sementara itu, pengarah negara bagi Westminster Foundation for Democracy (WFD) di Malaysia, Ooi Kok Hin berpendapat perwakilan wanita dalam politik memerlukan inisiatif yang lebih konkrit dan bukan hanya bersifat retorik semata-mata.
Negara perlu lebih ramai wanita dalam bidang politik - ADUN KKB
Negara memerlukan lebih ramai wanita melibatkan diri dalam politik bagi memastikan suara serta kepentingan mereka diwakili secara lebih menyeluruh dalam proses pentadbiran dan pembuatan dasar.

AirAsia India didenda juruterbang tidak jalani latihan ikut ketetapan
AirAsia India didenda kerana juruterbang syarikat itu tidak menjalani latihan seperti yang ditetapkan, menurut sumber rasmi pada Sabtu.

Kenyataan menteri penerbangan berhubung Airasia India burukkan lagi keadaan
Kenyataan menteri penerbangan India baru-baru ini bahawa AirAsia India akan menutup operasinya telah mengetengahkan masalah yang dihadapi syarikat penerbangan tambang rendah berusia enam tahun itu.

AirAsia India lancar penerbangan antarabangsa pada separuh kedua 2018
AirAsia India menyasarkan untuk melancarkan perkhidmatan penerbangan antarabangsa pada separuh kedua 2018 apabila ia dilengkapi sekurang-kurangnya 20 pesawat.

Pihak pentingkan diri sendiri cuba jejaskan operasi AirAsia di India
Tata Sons menuduh ada pihak yang menyebarkan cerita tidak berasas bagi menjejaskan operasi syarikat penerbangan AirAsia India.

AirAsia India tawar tiket 27 sen
Syarikat penerbangan itu akan memulakan operasi dari Bangalore ke Chennai dan Goa pada 12 Jun ini.