SUBANG: AirAsia memperluas operasinya di Malaysia ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (Lapangan Terbang Subang) dengan dua destinasi domestik iaitu Kuching, Sarawak dan Kota Kinabalu, Sabah bermula 30 Ogos, 2024.
Usaha itu menandakan satu pencapaian penting dalam sejarah syarikat penerbangan tersebut yang memulakan operasi di Lapangan Terbang Subang pada 23 tahun lepas.
Pengarah Urusan AirAsia Malaysia Datuk Kapten Fareh Mazputra berkata perluasan itu melengkapkan operasi di hab utama di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (Terminal 2) (KLIA2), mengukuhkan kedudukan sebagai syarikat penerbangan terbesar negara dari segi rangkaian dan kapasiti.
"Keputusan untuk beroperasi kembali di Lapangan Terbang Subang sebagai lapangan terbang kedua kami di Kuala Lumpur didorong oleh beberapa faktor dan peluang yang menarik.
"Lokasi lapangan terbang yang berdekatan dengan pusat bandar serta dikelilingi subbandar menawarkan pengalaman perjalanan yang optimum untuk penumpang dari kawasan setempat," katanya kepada pemberita selepas melancarkan operasi AirAsia di Lapangan Terbang Subang di sini, pada Selasa.
Pelancaran itu disaksikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.
AirAsia dilancarkan pada 2001 oleh Tony bersama Pengerusi Capital A Bhd Datuk Kamarudin Meranun dengan hanya dua pesawat di Lapangan Terbang Subang sebelum berpindah ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) setahun kemudian.
Pada 2014, AirAsia memindahkan operasinya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (Terminal 2) (KLIA2) dari Terminal Penerbangan Tambang Rendah (LCCT) di Sepang selepas lapan tahun beroperasi di sana.
Kapten Fareh berkata bagi operasi di Lapangan Terbang Subang, AirAsia akan menggunakan dua pesawat dengan 14 penerbangan setiap minggu.
Beliau berkata operasi tambahan itu dijangka memacu fasa pertumbuhan seterusnya, bukan sahaja di Malaysia malah juga di seluruh rantau ini.
"Kami berharap untuk menambah lebih banyak laluan dari Subang, terutama laluan antarabangsa yang kini dalam perancangan dan tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa.
"Ini akan merealisasikan visi kami untuk menjadikan Malaysia sebagai hab penerbangan utama di rantau ini. Kami optimis untuk menjadikan Subang sebagai hab keenam kami di Malaysia pada masa hadapan untuk memperkukuh rangkaian, meningkatkan kapasiti dan menawarkan lebih banyak destinasi," katanya.
Sementara itu, Tony yang juga Penasihat AirAsia Aviation Group berkata keputusan kerajaan memulihkan lapangan terbang itu sebagai hab penerbangan serantau adalah sejajar dengan misi pihaknya untuk terus merevolusikan industri penerbangan.
Beliau berkata syarikat juga merancang untuk memperkenalkan AirAsia+ bagi tawaran penerbangannya di Lapangan Terbang Subang sekali gus menawarkan lebih nilai untuk penumpang perniagaan.
Bagi meraikan pengumuman itu, AirAsia menawarkan tambang promosi untuk penerbangan dari Subang ke Kuching dan ke Kota Kinabalu
Tambang promosi itu boleh ditempah melalui aplikasi AirAsia MOVE (dahulunya dikenali sebagai airasia Superapp) dan airasia.com mulai hari ini sehingga 28 Julai, 2024 untuk tempoh perjalanan antara 30 Ogos, 2024 dengan 8 Okt, 2025.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 23 2024

Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Tan Sri Tony Fernandes menyampaikan ucapan pada pengumuman pengembangan operasi AirAsia di Malaysia ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) di Lapangan Terbang Subang hari ini. - Foto BERNAMA
'Kapal yang berlabuh tidak perlu serah dokumen secara fizikal'-Anthony
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah mengumumkan satu aplikasi di mana semua dokumen kapal yang berlabuh tidak perlu diserahkan secara fizikal dan akan dilakukan secara dalam talian. #AWANInews

Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.
'Tapi sedih dia tak jemput' - Timbalan Yang di-Pertua
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof mengucapkan ucapan selamat pengantin baru kepada YB Sandakan dan Timbalan Yang di-Pertua berseloroh bahawa tidak dijemput ke majlis tersebut. #AWANInews

Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api
Penyanyi Rap Amerika Syarikat, A$AP Rocky dibebaskan daripada pertuduhan serangan jenayah, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
PETRONAS masih di peringkat awal eksplorasi- Azalina
PETRONAS masih di peringkat awal aktiviti eksplorasi bagi Lembangan Langkasuka dengan perolehan data seismik 2D selesai pada 2024.

Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio bangga dengan kejayaan anak buahnya mara ke pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki
Afdlin zahir rasa syukur selepas SPRM sahkan tiada elemen jenayah atas dakwaan salah laku perolehan projek bernilai RM4 juta di bawah DBKL.

SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap SOSMA adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius.
Polis siasat video tular anggota semasa ops tapis
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya telah terkesan satu kenyataan dan video tular menerusi Facebook pada jam 1 petang Selasa. #AWANInews

Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican
Paus Francis disahkan menghidap radang paru-paru, menurut kenyataan Vatican pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

AirAsia bawa 63 juta penumpang dengan faktor beban 89 peratus pada tahun kewangan 2024
Angka itu berbanding 56.99 juta penumpang yang dibawa AirAsia semasa tahun kewangan 2023.

Capital A sedang bincang pembelian pesawat, sebahagian daripada strategi pengembangan
Ditanya mengenai berapa jumlah pesawat baharu yang dirancang untuk dibeli, Fernandes berkata ia bergantung kepada keputusan lembaga pengarah.

Capital A dijangka keluar daripada status PN17 menjelang suku pertama 2025 - Fernandes
Pelan tersebut, antara lain, termasuk pengurangan modal RM6 bilion, namun tidak akan menjejaskan kekerapan penerbangan atau manfaat pekerja.

Burung langgar enjin punca pesawat AirAsia berpatah balik
AirAsia mengesahkan pesawat yang berpatah balik ke Lapangan Terbang Tawau pada Sabtu lalu adalah disebabkan amaran teknikal berkaitan salah satu enjin pesawatnya yang dilanggar burung.

AirAsia tawar 27,000 tiket tambang tetap ke Sabah, Sarawak sempena Tahun Baharu Cina
AirAsia melancarkan 27,000 tiket tambang tetap bagi perjalanan dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak sempena sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.

AirAsia bawa lebih 45 juta penumpang setakat ini - Capital A
AirAsia membawa lebih 45 juta penumpang setakat ini, mengekalkan faktor muatan yang tinggi sebanyak 90 peratus, kata Capital A Bhd.

AirAsia pacu KLIA jadi hab mega penerbangan dunia
AirAsia mengukuhkan komitmen untuk memacu keterhubungan ASEAN dan meningkatkan status rantau ini sebagai pusat transit global, setara Dubai.

76 peratus penerbangan menepati waktu yang dijadualkan - Loke
Bagi penerbangan yang menghadapi kelewatan pula sejumlah 90.2 peratus telah ditangguhkan kurang daripada dua jam manakala baki penerbangan ditangguhkan melebihi dua jam.

AirAsia tidak putus asa dapatkan lesen untuk beroperasi di Singapura
"Jangan sekat saya di Singapura," kata Tony Fernandes.

AirAsia kukuhkan rangkaian domestik, tambah 2,000 penerbangan mingguan
AirAsia akan memperluas rangkaian penerbangan domestik di seluruh Malaysia dengan menambah 2,000 penerbangan mingguan dan sejumlah 150,000 tempat duduk bagi 40 laluan utama menjelang akhir tahun ini.