AirAsia Bhd akan meningkatkan jumlah penerbangannya, termasuk menambah 84 penerbangan domestik dan antarabangsa bersempena perayaan Tahun Baru Cina.
Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Bahagian Komersialnya, Spencer Lee berkata ini berikutan perayaan itu merupakan tempoh paling sibuk untuk syarikat berkenaan apabila ramai pelanggan memanfaatkan cuti itu untuk pulang beraya atau bercuti.
"Bagi meraikan kedatangan Tahun Ayam itu juga, kami turut melancarkan kempen '#AyamComing' dengan tawaran harga tambang penerbangan serendah RM29 (sehala), sajian dalam pesawat serta diskaun tempahan awal secara dalam talian bagi segmen bebas cukai kami," katanya.
Menurut Lee, harga rendah itu boleh ditempah mulai hari ini sehingga 22 Jan, 2017 melibatkan tempoh perjalanan sehingga 31 Julai, 2017.
"Selain menambah lagi jumlah penerbangan bagi memenuhi permintaan, kami juga mahukan para pelanggan menikmati keistimewaan jaringan kesalinghubungan penerbangan yang kami sediakan," katanya.
Lee berkata AirAsia X iaitu segmen penerbangan jarak jauh syarikat berkenaan, memperkenalkan 12 laluan baharu tahun lepas dan sembilan daripadanya dikendalikan secara eksklusif oleh AirAsia dan AirAsia X.
Menurutnya, bersempena promosi itu juga, Big Duty Free yang juga segmen bebas cukai dalam talian AirAsia menawarkan diskaun 38 peratus ke atas semua barangannya mulai sekarang sehingga 12 Feb ini, katanya.
"Pelanggan juga boleh berbelanja dan memperoleh lapan kali mata ganjaran besar (program kesetiaan) AirAsia apabila membeli-belah secara dalam talian," katanya. - BERNAMA
Bernama
Tue Jan 17 2017

AirAsia Bhd akan meningkatkan jumlah penerbangannya, bersempena perayaan Tahun Baru Cina. - Gambar fail

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.

AirAsia tambah penerbangan sempena Tahun Baru Cina
AirAsia Bhd akan meningkatkan jumlah penerbangannya, termasuk menambah 84 penerbangan domestik dan antarabangsa bersempena perayaan Tahun Baru Cina.