AirAsia pada Isnin membuat keputusan mengeluarkan kesemua penerbangannya daripada ejen tempahan tiket dalam talian, Traveloka.
Menurut syarikat penerbangan tambang murah itu, keputusan tersebut dibuat berpunca daripada ketiadaan penerbangan AirAsia Indonesia di laman Traveloka.
Punca ketiadaan penerbangan itu juga, kata AirAsia, tidak dijelaskan oleh Traveloka buat kali kedua dalam tempoh dua minggu.
Pengarah Presiden AirAsia Indonesia, Dendy Kurniawan berkata, ketiadaan penerbangan dari AirAsia Indonesia itu telah menjejaskan kerjasama syarikat berkenaan dengan Traveloka.
"Pihak Traveloka tidak menjalankan kerja dengan jujur dan enggan untuk memberikan penjelasan rasmi meskipun telah berulang kali untuk memberikan penjelasan" kata Dendy menyelar tindakan ejen tempahan tiket dalam talian itu lagi.
Traveloka juga, tegas Dendy, mengamalkan sikap pilih kasih berikutan ketiadaan beberapa penerbangan AirAsia Indonesia.
Bahkan, apa yang mengecewakan AirAsia, kata Dendy, ialah Traveloka turut mencadangkan pelanggan dari media sosial untuk memilih penerbangan lain.
Berikutan itu, Dendy berkata, pengurusan kumpulan AirAsia dengan serta merta menarik semua jualan tiket penerbangan mereka.
Dalam masa sama, syarikat berkenaan menyarankan pelanggan-pelanggan mereka agar membuat tempahan tiket secara langsung melalui laman web rasmi airasia.com atau aplikasi mudah alih AirAsia.
Traveloka dalam respon mereka berkata, ketiadaan penerbangan AirAsia di laman web disebabkan oleh sistem syarikat penerbangan tambang murah itu tergendala selama 13 jam.
Kejadian berkenaan berlaku pada 14 hingga 17 Februari lalu sementara insiden kedua pula berlaku pada 2 Mac lalu tanpa sebarang penjelasan walapun sistem AirAsia sudah kembali pulih seperti sedia kala.
Faris Danial Razi
Mon Mar 04 2019
Kecewa dengan sikap pilih kasih Traveloka, AirAsia buat keputusan menarik semula penjualan tiketnya.
Bahan mentah ada sijil halal JAKIM - Syarikat pembekal
Syarikat pembekal sandwich kontroversi, Shake And Bake Cafe Sdn Bhd mendedahkan bahan mentah digunakan dalam pembuatan makanan itu memiliki pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Landasan ECRL Maran-Kota Bharu siap lebih awal daripada jadual
Projek laluan rel pantai timur (ECRL) dijangka siap dua bulan setengah lebih awal dari yang dijadualkan selepas kerja pemasangan laluan dari Maran, Pahang ke Kota Bharu, Kelantan dapat disempurnakan.
Empat Pengarah Syarikat antara lima ditahan reman, siasat penyelewengan dana RM104 juta
Empat ahli lembaga pengarah syarikat antara lima ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi membantu siasatan kes penipuan melibatkan dana pelaburan awam berjumlah RM104 juta.
Najib mengaku guna bantuan Jho Low
Datuk Seri Najib Tun Razak mengaku beliau bergantung kepada Jho Low untuk membantu pegawai khasnya, Datuk Amhari Efendi Nazaruddin meninjau projek berpotensi menjana kekayaan, dalam satu lawatan ke China pada jun 2016.
Keir Starmer hargai pertemuan dengan Anwar, pelaburan Malaysia
Sementara itu, Starmer berkata pertemuan tersebut satu peluang yang baik selepas enam bulan beliau menggalas jawatan sebagai Perdana Menteri UK.
Anwar jumpa Keir Starmer, isu Palestin antara dibincang
Jelas Anwar lagi, hal-hal yang dibincangkan tersebut seterusnya akan dibawa ke peringkat menteri masing-masing bagi tujuan pelaksanaan yang lebih teratur dan tersusun.
Tumpuan Khamis – 16 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 15 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perarakan harmoni, rai kepelbagaian di Malaysia dianjur bulan depan - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara akan menganjurkan Perarakan Harmoni pada 15 dan 16 Feb ini bagi meraikan kepelbagaian dan keharmonian masyarakat di negara ini, kata Menterinya Datuk Aaron Ago Dagang.
Capital A sedang bincang pembelian pesawat, sebahagian daripada strategi pengembangan
Ditanya mengenai berapa jumlah pesawat baharu yang dirancang untuk dibeli, Fernandes berkata ia bergantung kepada keputusan lembaga pengarah.
Capital A dijangka keluar daripada status PN17 menjelang suku pertama 2025 - Fernandes
Pelan tersebut, antara lain, termasuk pengurangan modal RM6 bilion, namun tidak akan menjejaskan kekerapan penerbangan atau manfaat pekerja.
Burung langgar enjin punca pesawat AirAsia berpatah balik
AirAsia mengesahkan pesawat yang berpatah balik ke Lapangan Terbang Tawau pada Sabtu lalu adalah disebabkan amaran teknikal berkaitan salah satu enjin pesawatnya yang dilanggar burung.
AirAsia tawar 27,000 tiket tambang tetap ke Sabah, Sarawak sempena Tahun Baharu Cina
AirAsia melancarkan 27,000 tiket tambang tetap bagi perjalanan dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak sempena sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.
AirAsia bawa lebih 45 juta penumpang setakat ini - Capital A
AirAsia membawa lebih 45 juta penumpang setakat ini, mengekalkan faktor muatan yang tinggi sebanyak 90 peratus, kata Capital A Bhd.
AirAsia pacu KLIA jadi hab mega penerbangan dunia
AirAsia mengukuhkan komitmen untuk memacu keterhubungan ASEAN dan meningkatkan status rantau ini sebagai pusat transit global, setara Dubai.
76 peratus penerbangan menepati waktu yang dijadualkan - Loke
Bagi penerbangan yang menghadapi kelewatan pula sejumlah 90.2 peratus telah ditangguhkan kurang daripada dua jam manakala baki penerbangan ditangguhkan melebihi dua jam.
AirAsia tidak putus asa dapatkan lesen untuk beroperasi di Singapura
"Jangan sekat saya di Singapura," kata Tony Fernandes.
AirAsia kukuhkan rangkaian domestik, tambah 2,000 penerbangan mingguan
AirAsia akan memperluas rangkaian penerbangan domestik di seluruh Malaysia dengan menambah 2,000 penerbangan mingguan dan sejumlah 150,000 tempat duduk bagi 40 laluan utama menjelang akhir tahun ini.
AirAsia lancar dua laluan baharu ke China pada separuh kedua 2024
AirAsia akan mengendalikan sejumlah 33 laluan ke dan dari China pada separuh kedua 2024 dengan pelancaran dua laluan baharu.