KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan tambang rendah jarak jauh AirAsia X Bhd (AAX), dijangka membuang lebih ramai pekerja selepas merekodkan kerugian bersih RM5.6 bilion bagi suku berakhir 31 Mac 2021.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, AAX berkata, pendapatannya susut 29.6 peratus suku ke suku kepada RM38.49 juta disebabkan kebanyakan pesawatnya masih tidak boleh beroperasi akibat COVID-19 sejak April tahun lalu selain jumlah penerbangan kargo dan sewaan khas yang terhad.
Kumpulan itu mencatatkan kerugian disebabkan oleh perbelanjaan operasi lain-lain berjumlah RM5.21 bilion pada tempoh dikaji berbanding RM45.06 juta pada suku sebelumnya.
Ini termasuk penyewaan tanah, bangunan dan peralatan, perbelanjaan insurans dan penurunan nilai hutang berjumlah RM337 juta yang berkaitan dengan sewaan dan simpanan penyelenggaraan yang disebabkan oleh usaha sama melalui perantara pajakan pihak ketiga.
"AAX kini sedang berunding dengan pemajak dan pemiutang kerana syarikat penerbangan mengalami impak ketara dengan penangguhan operasi penerbangannya.
"Kumpulan tidak dapat memulakan semula operasi yang dijadualkan sehingga ada terdapat pelonggaran sekatan perjalanan dan pembukaan semula sempadan antarabangsa secara beransur-ansur," kata syarikat itu.
AAX berkata, bagi mengekalkan kecairan pada masa yang mencabar ini, kumpulan telah meminta penangguhan pembayaran dan konsesi dari pembekal, pemiutang dan pemajak serta mengurangkan perbelanjaan modal.
Pengurangan gaji, kata AAX, telah dilaksanakan di semua peringkat dan jumlah pekerja telah dikurangkan sebanyak 10 peratus dengan merancang pengurangan selanjutnya terutama dalam pekerjaan yang berkaitan dengan operasi penerbangan.
Hakim Rahman
Fri May 21 2021

AirAsia X Bhd mencatat kerugian disebabkan oleh perbelanjaan operasi lain-lain berjumlah RM5.21 bilion pada tempoh dikaji berbanding RM45.06 juta pada suku sebelumnya. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

AirAsia bawa 63 juta penumpang dengan faktor beban 89 peratus pada tahun kewangan 2024
Angka itu berbanding 56.99 juta penumpang yang dibawa AirAsia semasa tahun kewangan 2023.

Capital A sedang bincang pembelian pesawat, sebahagian daripada strategi pengembangan
Ditanya mengenai berapa jumlah pesawat baharu yang dirancang untuk dibeli, Fernandes berkata ia bergantung kepada keputusan lembaga pengarah.

Capital A dijangka keluar daripada status PN17 menjelang suku pertama 2025 - Fernandes
Pelan tersebut, antara lain, termasuk pengurangan modal RM6 bilion, namun tidak akan menjejaskan kekerapan penerbangan atau manfaat pekerja.

Burung langgar enjin punca pesawat AirAsia berpatah balik
AirAsia mengesahkan pesawat yang berpatah balik ke Lapangan Terbang Tawau pada Sabtu lalu adalah disebabkan amaran teknikal berkaitan salah satu enjin pesawatnya yang dilanggar burung.

AirAsia tawar 27,000 tiket tambang tetap ke Sabah, Sarawak sempena Tahun Baharu Cina
AirAsia melancarkan 27,000 tiket tambang tetap bagi perjalanan dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak sempena sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.

AirAsia bawa lebih 45 juta penumpang setakat ini - Capital A
AirAsia membawa lebih 45 juta penumpang setakat ini, mengekalkan faktor muatan yang tinggi sebanyak 90 peratus, kata Capital A Bhd.

AirAsia pacu KLIA jadi hab mega penerbangan dunia
AirAsia mengukuhkan komitmen untuk memacu keterhubungan ASEAN dan meningkatkan status rantau ini sebagai pusat transit global, setara Dubai.

76 peratus penerbangan menepati waktu yang dijadualkan - Loke
Bagi penerbangan yang menghadapi kelewatan pula sejumlah 90.2 peratus telah ditangguhkan kurang daripada dua jam manakala baki penerbangan ditangguhkan melebihi dua jam.

AirAsia tidak putus asa dapatkan lesen untuk beroperasi di Singapura
"Jangan sekat saya di Singapura," kata Tony Fernandes.

AirAsia kukuhkan rangkaian domestik, tambah 2,000 penerbangan mingguan
AirAsia akan memperluas rangkaian penerbangan domestik di seluruh Malaysia dengan menambah 2,000 penerbangan mingguan dan sejumlah 150,000 tempat duduk bagi 40 laluan utama menjelang akhir tahun ini.