KUALA LUMPUR: Sebagai sebahagian daripada usaha untuk menambah destinasi jarak jauh ke laluan sedia ada dalam jangka masa panjang, AirAsia X menimbang kemungkinan untuk menawarkan penerbangan ke negara di Eropah Timur seperti Poland dan Hungary dan menyambung semula laluan ke London serta menggunakan hak pendaratannya di Orlando di Amerika Syarikat.
AirAsia X juga sedang menimbang menawarkan penerbangan ke Pakistan dan Sri Lanka, kata ketua pegawai eksekutif Capital A dan penasihat dan pengelola AirAsia Aviation Group Tan Sri Tony Fernandes kepada pemberita selepas majlis pelancaran pas pelancongan tahunan, ASEAN Explorer Pass, hari ini.
"Tetapi kami sudah pastinya mahu melangkaui Asia, ke Kazakhstan, walaupun ia dianggap Asia," katanya ketika ditanya mengenai perancangannya berikutan pembelian pesawat Airbus oleh kumpulan itu.
AirAsia X kali terakhir menawarkan penerbangan ke London ialah pada 2012.
Selaras dengan usaha untuk mempromosikan perjalanan dalam ASEAN, Fernandes berkata ketika rantau ini semakin menjadi tumpuan sebagai hab utama perdagangan dan pelaburan antarabangsa, kemudahan ketersambungan dan akses antara ASEAN kepada keperluan perjalanan utama seperti penerbangan, hotel dan perjalanan.menjadi amat penting.
"Data daripada pas perjalanan sebelum ini yang dijual oleh AirAsia MOVE pada Disember 2022 jelas menunjukkan bahawa permintaan untuk perjalanan dalam rantau ASEAN adalah tinggi, dengan lebih 80,000 penerbangan antarabangsa ditebus dan diterbangkan dalam setahun," katanya.
Fernandes berkata ASEAN Explorer Pass membolehkan pengembaraan tanpa had untuk meneroka destinasi di ASEAN, terutamanya permata tersembunyi di seluruh pelusuk rantau ini melangkaui destinasi popular dan bandar-bandar utama.
"Pas itu tersedia untuk pengembara global, dengan matlamat kami adalah untuk mempromosikan ASEAN dan mahu menjadi platform ejen pelancongan dalam talian (OTA) paling popular di ASEAN," katanya.
Sementara itu, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing berkata kementerian itu komited untuk menjadikan ASEAN sebagai destinasi pelancongan utama di Asia.
Justeru, beliau berkata, Malaysia menyasar untuk menarik lebih 30 juta pengunjung tahun ini, dan dalam proses itu, menjana RM100 bilion perolehan pelancongan
"Banyak inisiatif sedang diusahakan untuk menilai daya tarikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan pilihan," katanya.
ASEAN Explorer Pass kini ditawarkan pada harga promosi awal pada RM999 atau RM89.91 untuk ansuran bulanan.
Pas itu boleh dibeli melalui aplikasi AirAsia MOVE mulai hari ini sehingga 30 April dan selepas itu akan kembali kepada harga asalnya iaitu RM1,188.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 25 2024
AirAsia X kali terakhir menawarkan penerbangan ke London ialah pada 2012. - Gambar fail/BERNAMA
AWANI Ringkas: Pecah amanah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelancaran UZMA SAT-1 bukti kejayaan Dasar Angkasa Negara 2030 - MOSTI
Kejayaan Uzma Berhad melancarkan satelit penderiaan jauh pertama miliknya UZMA SAT-1 awal pagi tadi, menjadi bukti pencapaian dalam pelaksanaan Dasar Angkasa Negara 2030 (DAN2030).
CCAM rayu sokongan orang ramai selamatkan nyawa 14 kanak-kanak kanser
Persatuan Kanser Kanak-Kanak Malaysia (CCAM) merayu kepada orang ramai untuk memberikan sokongan dengan segera bagi menyelamatkan nyawa 14 kanak-kanak yang kini sedang berjuang melawan kanser.
ICQS Bukit Berapit: KDN sedang selesaikan isu berkaitan tanah
KDN kini dalam proses menyelesaikan isu berkaitan tanah bagi pembinaan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) baharu di Bukit Berapit, Pengkalan Hulu, Perak.
AWANI 7:45 [15/1/2025] – 35,368 kes tahun 2024 | Pelaburan mata wang tidak wujud | UzmaSAT-1 | 300 Pasangan Malaysia nikah di Thailand
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Essan Yahya
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Kerugian lebih RM1 juta, jenayah dalam talian tahun lalu.
- Ditipu lebih 1.5 juta ringgit di laman Facebook.
- Syarikat tempatan cipta sejarah, lancar satelit pemerhatian bumi.
- Tutup laluan pengkalan haram, pernikahan di Thailand jatuh merudum.
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Kerugian lebih RM1 juta, jenayah dalam talian tahun lalu.
- Ditipu lebih 1.5 juta ringgit di laman Facebook.
- Syarikat tempatan cipta sejarah, lancar satelit pemerhatian bumi.
- Tutup laluan pengkalan haram, pernikahan di Thailand jatuh merudum.
Agenda AWANI: Kemampanan masa depan
Apa peluang Malaysia sebagai pengerusi #ASEAN25 dalam menerajui agenda kemampanan masa depan melalui tiga inisiatif transformasi: penyahkarbonan tenaga, perlindungan biodiversiti dan ketersambungan ekonomi di rantau ini? Diskusi 9 malam.
Saintis Vietnam temukan spesies siput baharu di gua terbesar dunia
Saintis Vietnam telah menemukan spesies siput baharu di Gua Son Doong dalam Taman Negara Phong Nha - Ke Bang di wilayah tengah Quang Binh, dan menamakannya sebagai "Oc non Son Doong".
Uzma Berhad cetus era baharu teknologi angkasa negara dengan pelancaran satelit UzmaSAT 1
Uzma Berhad melakar sejarah dengan pelancaran satelit pemerhatian bumi pertama miliknya, UzmaSAT-1, pada 3.09 pagi waktu Malaysia di Pangkalan Angkasa Vandenberg, California, menggunakan roket Falcon 9 milik SpaceX.
Agenda AWANI: Lindungi haiwan, hentikan penderaan
Apa cabaran utama dalam konteks penguatkuasaan undang-undang berkaitan kebajikan haiwan? Apa strategi berkesan yang boleh digunakan untuk mendidik masyarakat mengenai tanggungjawab terhadap haiwan peliharaan dan terbiar? Diskusi 8.30 malam.
McDonald’s Malaysia bawa keceriaan 120 rumah warga emas
McDonald’s Malaysia meneruskan tradisi tahunan ke-9 menyumbang kembali kepada komuniti setiap Tahun Baharu Cina.
Kerugian bersih Airasia X meningkat kepada RM305.24 juta
Perolehan hasilnya turut berkurangan kepada RM91.44 juta daripada RM1.01 bilion sebelum ini.
AirAsia X mungkin kembali ke India
Airasia X melihat kemungkinan akan memulakan kembali laluan ke eropah dan India yang dihentikan akibat kos tinggi sebelum ini.