KUALA LUMPUR: AirAsia X Bhd mengumumkan terbitan hak satu untuk satu dan terbitan khas untuk mengumpul sejumlah RM166 juta.
Sebelum ini, syarikat penerbangan tambang murah jarak jauh itu telah mendapat kelulusan pemegang saham untuk terbitan hak lebih besar bagi mengumpul sehingga RM300 juta dan terbitan khas RM200 juta sebagai sebahagian daripada skim penstrukturan semulanya.
Terbitan hak satu untuk satu daripada 414 juta saham bernilai 28 sen sesaham adalah untuk mengumpul RM116 juta dengan terbitan khas bernilai sama untuk mengumpul RM50 juta dengan semua kelulusan telah diperolehi untuk pengumpulan dana ini.
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Benyamin Ismail berkata, syarikat hanya menerbangkan tiga pesawat pada suku yang berakhir pada 31 Disember, seterusnya mengecilkan kerugian operasi secara mendadak kepada RM12 juta.
Malah, katanya, syarikat juga telah meningkatkan perniagaan kargo selepas kejayaan penstrukturan semula yang telah diundi oleh para pemiutang pada November lalu.
"Kami menjangkakan tujuh pesawat akan beroperasi sepenuhnya menjelang akhir suku ini dan semua 11 pesawat berbadan lebar jenis A330 akan mula beroperasi menjelang akhir Oktober 2022.
"Perbincangan juga sedang diadakan untuk AirAsia X menyewa sekurang-kurangnya empat pesawat lagi sebagai persediaan untuk penyambungan semula penerbangan penumpang sepenuhnya apabila sempadan dibuka dengan menyasarkan sekurang-kurangnya 15 pesawat A330,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
AirAsia X menggunakan masa henti dalam sektor penerbangan penumpang untuk meningkatkan hasil kargo dan akan terus memacu perkhidmatan ini.
Seperti yang diumumkan baru-baru ini, ia telah mengukuhkan hubungan kargo secara strategik dengan Teleport dan Geodis pada suku baru-baru ini.
Syarikat juga berada dalam peringkat perbincangan dengan lebih pelbagai pembekal logistik global untuk menyokong pelaksanaan strategi penerbangan gabungan, di mana perkhidmatan kargo akan menjadi hasil utama dan penumpang sebagai hasil tambahan.
Menjelaskan mengenai pengurangan dana yang akan dikumpul, Ketua Pegawai Kewangan AirAsia X, Andrew Littledale berkata, pada awal 2021, syarikat mempunyai dana tunai sebanyak RM95 juta manakala purata wang tunai yang digunakan dalam 14 bulan terakhir ini adalah kira-kira RM3 juta sebulan.
"Kami bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan dalam beberapa tahun akan datang walaupun tanpa pembukaan semula sempadan antarabangsa, yang mana tidak mungkin akan berlaku.
"Pengumpulan dana yang lebih besar kini bukan sahaja tidak diperlukan tetapi juga tidak sesuai terutamanya kepada pemegang saham runcit sedia ada yang mungkin tidak dapat membiayai terbitan hak yang lebih besar pada masa yang sukar ini," jelasnya. - DagangNews.com
Dagang News
Tue Feb 22 2022
AirAsia X Bhd mengumumkan terbitan hak satu untuk satu dan terbitan khas untuk mengumpul sejumlah RM166 juta. -Gambar fail/Bernama
Singapura longgarkan dasar monetari selepas hampir lima tahun
MAS mengumumkan bahawa ia akan mengurangkan sedikit kecerunan jalur dasar kadar pertukaran nominal efektif dolar Singapura (S$NEER) tanpa mengubah lebar jalur dasar atau tahap pusatnya.
Tahun Baharu Cina: Keluarga dibenarkan lawat penghuni penjara pada 1, 2 Feb
Keluarga semua penghuni penjara dibenarkan membuat lawatan perjumpaan bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina pada 1 dan 2 Feb ini.
Imigresen, KKM serbu klinik haram, tahan 10 lelaki warga Bangladesh
Enam premis di Jalan Tun Tan Siew Sin, dua di Leboh Pudu, dan satu di Jalan Silang diserbu dalam operasi itu.
Aerotrain KLIA disasar kembali beroperasi sepenuhnya suku kedua tahun ini
Perkhidmatan aerotrain di KLIA disasar untuk kembali beroperasi sepenuhnya pada suku kedua tahun ini, setelah hampir dua tahun digantung.
Tahun Baharu Cina: JPJ lakukan audit operasi di depot, terminal bas ekspres
Sebanyak 2,500 anggota dan pegawai JPJ akan bertugas pada Tahun Baharu Cina ini bagi memastikan kelancaran aliran trafik dan pematuhan terhadap undang-undang jalan raya.
Isu buku Hannah Yeoh: Kertas siasatan dirujuk kepada AGC
Polis telah merujuk kertas siasatan berhubung isu buku 'Becoming Hannah: A Personal Journey' membabitkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh kepada Pejabat Peguam Negara.
Kerajaan setuju diskaun tol 50 peratus sempena Tahun Baharu Cina - Nanta
Kerajaan MADANI dalam Mesyuarat Kabinet hari ini bersetuju untuk memberikan potongan tol 50 peratus dari kadar tol biasa sempena Perayaan Tahun Baharu Cina 2025.
Anwar tiada masalah dengan "Himpunan Rakyat Benci Rasuah", tapi gesa bersifat adil
Perdana Menteri secara peribadi tidak mempunyai masalah tentang penganjuran "Himpunan Rakyat Benci Rasuah" yang bakal berlangsung pada Sabtu.
[TERKINI] Kerajaan setuju diskaun 50% bayaran tol sempena Tahun Baharu Cina
Kerajaan dalam Mesyuarat Kabinet telah bersetuju untuk memberikan potongan tol 50% dari kadar tol biasa sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2025.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah, Sarawak
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah dan Sarawak bermula 27 Jan (Isnin) sehingga 30 Jan (Khamis).
Kerugian bersih Airasia X meningkat kepada RM305.24 juta
Perolehan hasilnya turut berkurangan kepada RM91.44 juta daripada RM1.01 bilion sebelum ini.
AirAsia X mungkin kembali ke India
Airasia X melihat kemungkinan akan memulakan kembali laluan ke eropah dan India yang dihentikan akibat kos tinggi sebelum ini.