Menurut bank itu dalam kenyataan hari ini, bantuan tersebut merangkumi pilihan moratorium pinjaman sehingga enam bulan, pengubahsuaian pembayaran pinjaman serta pengecualian caj dan bayaran tertentu bagi pelanggan dan perniagaan yang terkesan oleh bencana banjir.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Kellee Kam berkata pihaknya menggalakkan mereka tampil untuk berbincang mengenai cara untuk membantu meringankan beban kewangan mereka dan turut menyediakan bantuan kepada kakitangan yang terjejas akibat banjir.
Program Bantuan Banjir kini dibuka untuk permohonan sehingga 3 Mac 2025. Ia menawarkan kelonggaran pembayaran bagi semua pinjaman konvensional dan kemudahan pembiayaan Islam.
Bank juga akan mengecualikan caj dan bayaran bagi perkhidmatan tertentu seperti penggantian kad debit, kad ATM, buku cek dan buku simpanan yang hilang atau rosak akibat banjir.
Maklumat lanjut mengenai bantuan tersebut, pelanggan yang terjejas boleh menghubungi Khidmat Pelanggan di 03-5516 9988 atau pengurus hubungan mereka secara langsung.
-- BERNAMA