KUALA LUMPUR: Pos Malaysia Berhad mengumumkan peletakan jawatan Sharifah Sofia Syed Mokhtar Shah sebagai Pengarah Bukan Eksekutifnya berkuat kuasa 20 Disember 2022.
Sharifah Sofia telah dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah syarikat pada 13 April 2018.
Selepas berkhidmat dalam Lembaga Pengarah selama hampir lima tahun, Sharifah Sofia ingin meneruskan minat dalam pelaburan pasaran baru muncul, industri yang beliau terdedah sebelum ini, setelah memulakan kerjayanya sebagai seorang penganalisis musim panas di Morgan Stanley, Singapura.
Beliau juga merupakan Perunding Luar kepada Yayasan Bill & Melinda Gates dari Oktober 2015 hingga Mei 2016.
Sharifah Sofia juga pernah berkhidmat dengan Grameen Bank, Bangladesh di mana beliau memperoleh pengalaman dalam bidang kewangan mikro dan operasi perniagaan sosial.
Menurut Pos Malaysia, beliau memegang jawatan eksekutif dalam syarikat apabila beliau menyertai Pos Malaysia sebagai Pegawai Khas kepada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ketika itu dari Januari hingga Oktober 2017.
Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Ekonomi dari University of York, United Kingdom, seterusnya, memperoleh Ijazah Sarjana Sains dalam Pengurusan Pembangunan dari London School of Economics and Political Science dan juga merupakan Pelatih Kongres di Washington DC, Amerika Syarikat.
"Sharifah Sofia telah memberi sumbangan yang besar kepada Kumpulan melalui input dan pandangan berharga beliau dalam banyak bidang dengan perspektif yang bertenaga dan sudut pandangan yang menyegarkan.
"Lembaga Pengarah dan Pengurusan Pos Malaysia merakamkan penghargaan mereka dan mendoakan yang terbaik untuk beliau pada masa hadapan," kata Pos Malaysia. - DagangNews.com
Dagang News
Wed Nov 30 2022
Sharifah Sofia pernah berkhidmat dengan Grameen Bank, Bangladesh di mana beliau memperoleh pengalaman dalam bidang kewangan mikro dan operasi perniagaan sosial. - Foto DagangNews
India umum langkah belanjawan pacu pertumbuhan ekonomi, tingkat perbelanjaan ketenteraan
Ekonomi India dijangka berkembang pada kadar 6.4 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026.
Muzium Nasional Hangeul di Seoul terbakar, seorang anggota bomba cedera
Ketika kejadian, muzium berkenaan ditutup kepada orang ramai bagi kerja-kerja pembesaran.
Industri seks bukan produk pelancongan direstui kerajaan Thailand
Sebaliknya, kerajaan negara gajah putih itu lebih berminat menawarkan produk pelancongan berkaitan sejarah, budaya, warisan serta tempat-tempat menarik kepada pelancong asing.
Gencatan senjata: 32 rakyat Palestin dari Tebing Barat dibebaskan
Ramai daripada tahanan yang dibebaskan dilihat berada dalam keadaan kesihatan yang lemah, dengan ada yang hampir tidak dapat berjalan.
Pelaksanaan gaji RM1,700 perlu dipantau secara holistik
Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, ini kerana masih wujud aduan daripada pekerja berhubung pemotongan elaun oleh syarikat selepas pengumuman kerajaan mengenai gaji minimum.
Menteri luar negara arab tolak cadangan Trump
Para menteri luar negara Arab pada Sabtu menolak cadangan pemindahan warga Palestin dari tanah mereka dengan apa juga alasan.
Tumpuan Ahad – 2 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jumlah mangsa di Sabah, Sarawak menurun malam ini
Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Sarawak menurun dan beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup setakat 8 malam ini.
13 penuntut universiti beri keterangan pada Ahad
Seramai 13 penuntut universiti telah diberikan pemakluman untuk hadir memberi keterangan esok bagi membantu siasatan berhubung penganjuran Himpunan Rakyat Benci Rasuah di hadapan sebuah pusat beli-belah terkemuka di sini pada Sabtu lepas.
Pengurusan taman tema akan dipanggil, jawab beberapa persoalan - Amirudin
Amirudin berkata, pertemuan berkenaan adalah untuk menjawab beberapa persoalan berbangkit, antara lain membabitkan isu keselamatan.
Anak Syed Mokhtar Al-Bukhary lepaskan jawatan Lembaga Pengarah Pos Malaysia
Sharifah Sofia ingin meneruskan minat dalam pelaburan pasaran baru muncul, industri yang beliau terdedah sebelum ini.
Pengarah Bukan Eksekutif di salah sebuah subsidiari kumpulan AmBank disahkan positif COVID-19
Langkah pencegahan sedang diambil bagi mengawal penyebaran.
AirAsia X lantik Nadda Buranasiri sebagai CEO Kumpulan
Syarikat penerbangan tersebut turut mengumumkan pelantikan semula Kamarudin dan Fernandes sebagai Pengarah Bukan Eksekutif.