Kuala Lumpur:Kerajaan digesa berhubung rapat dengan pihak industri bagi menetapkan beberapa perkara berkaitan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menurut Penasihat Undang-Undang Industries Unite, Datuk David Gurupatham, sebagai contoh, pihak industri mahukan satu perancangan jelas yang boleh menjamin kepastian.
"Kami mahu lihat perancangan lebih baik, pelan hala tuju ke hadapan, ke mana kita akan tuju dalam masa sebulan, enam bulan dan tiga tahun? Apakah hala tuju dasar supaya perniagaan boleh merancang?
"Kami tidak bercakap soal sambungan PKP, sebaliknya apa perancangan pembukaan ekonomi? Jika mahu dibuka, bagaimana caranya? Adakah berperingkat? Adakah mengikut industri?.
"Bagaimana kita boleh tambah baik perdagangan kita? Adakah kerajaan akan bantu perniagaan berhubung dengan perniagaan luar untuk menambahbaik perdagangan?" katanya ketika di temu bual dalam program Niaga AWANI pada Khamis.
Tambah David, meskipun kumpulan itu menyokong penuh keselamatan awam, namun ekonomi tidak boleh terus ditutup, sebaliknya, tumpuan juga harus diberikan pada proses perkasakan prosedur operasi standard (SOP).
"Kita tidak boleh terus menutup ekonomi. Setiap industri memerlukan SOP berbeza, sebagai contoh industri dandanan rambut dan peruncit berbeza.
"Apa yang kami mahu adalah berhubung dengan kami supaya kami dapat membantu kerajaan membangunkan SOP yang lebih baik dan berguna mengikut industri tertentu," katanya lagi.
David dalam masa sama turut memuji Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang segera menghubungi Industries Unite sejurus selepas ia ditubuhkan tiga minggu lalu untuk berunding.
"Kami tidak bersikap konfrontasi dan politikal. Kami hanya mahu menjalankan perniagaan dan kami mahu berhubung.
"Masalah yang kami hadapi kini adalah semua kementerian berbeza seperti MITI, Motac (Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya) serta MOF (Kementerian Kewangan) mempunyai arahan berbeza. Ini mewujudkan rasa tidak yakin komuniti perniagaan," katanya.
Sementara itu Koordinator Kumpulan Industries Unite, Datuk Irwin Sw Cheong pula menjangkakan sambungan PKP 2.0 akan meningkatkan gangguan kepada perniagaan sehingga tahap 60 peratus.
"Ketika PKP 1.0, kadar pengangguran meningkat. Sejak itu sehingga PKP 2.0, peratusan gangguan (kepada perniagaan) adalah sekitar 30 ke 40 peratus.
"Sambungan PKP 2.0 ini, kami jangka sekitar 50 ke 60 peratus gangguan dan kadar pengangguran akan meningkat lagi," katanya.
Sehubungan itu, Industries Unite mengesa kerajaan menyambung moratorium pinjaman kepada perniagaan sehingga September selain memperkasakan lagi beberapa progran seperti subsidi upah.
Industries Unite merupakan satu gabungan yang dibentuk merangkumi perniagaan dari 40 industri untuk menyuarakan pandangan mereka serta berhubung dengan pihak berkepentingan bagi menyelesaikan tekanan ekonomi yang dihadapi perniagaan.
Najib Aroff
Thu Feb 04 2021

Menurut Datuk David Gurupatham, meskipun kumpulan industri menyokong penuh keselamatan awam, namun ekonomi tidak boleh terus ditutup, sebaliknya, tumpuan juga harus diberikan pada proses perkasakan prosedur operasi standard. - Foto fail

Ukraine sedia terima gencatan senjata 30 hari dengan Rusia
Ukraine menyatakan kesediaannya untuk menerima gencatan senjata selama 30 hari dengan Rusia, ketika delegasi dari Kyiv dan Washington bertemu di Arab Saudi.

Perdagangan borong, runcit Malaysia cecah RM148.9 bilion pada Januari 2025
Perdagangan runcit mencatatkan jualan sebanyak RM66.1 bilion, meningkat 8.2 peratus atau RM5.0 bilion berbanding tahun lalu.

Ekonomi Malaysia 2025 dijangka berkembang 4.5 - 5.0 peratus - SME Bank
Jangkaan ini mencerminkan sentimen ekonomi yang positif, selaras dengan kerangka Ekonomi MADANI yang menekankan pertumbuhan mampan.
AWANI Pagi: Menjelang Aidilfitri - Tiket bas ada lagi nak balik raya?
Mungkin ada yang mula gelisah, ada lagi ke tiket bas nak balik raya? Ikuti perkongsian Pengurus Kanan Operasi TBS, Faizal Redza Redzuan berkenaan kemas kini semasa tiket bas untuk anak perantau yang ingin pulang ke kampung halaman masing-masing.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi

Bursa Malaysia dibuka rendah, indeks utama susut di bawah paras 1,500
Pada 9.10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menguncup 20.53 mata atau 1.35 peratus kepada 1,499.62 daripada 1,520.15 pada akhir dagangan semalam.

Video tular: Polis kesan individu bertengkar di Lebuhraya EDL
Video berdurasi 27 saat itu menunjukkan seorang lelaki bertikam lidah dengan individu lain.

Saman sekolah selepas alami tekanan mental
Ortiz menyaman sekolah itu atas dakwaan pengabaian pendidikan yang menyebabkan tekanan emosi.

SPRM tahan 16 individu disyaki terlibat rasuah membabitkan pendaftaran kelahiran
SPRM telah melancarkan Op Outlander dan Op Birth semalam membabitkan serbuan ke atas beberapa premis.

Warga emas cedera digigit anjing liar ketika pulang dari bazar
Pengadu mendapati anjing tersebut tidak bertuan kerana tidak pernah nampak mana-mana individu yang membawa atau bersama anjing tersebut.

Lima video 'deepfake' janaan AI berkaitan penipuan pelaburan dikesan sejak tahun lepas
Polis telah mengesan lima video deepfake berkaitan penipuan pelaburan yang dihasilkan menggunakan AI dan diviralkan di media sosial.

Kerajaan perkukuh usaha pastikan Malaysia diiktiraf destinasi pelaburan, rakan dagang dipercayai
Malaysia berpotensi mendapat manfaat daripada peralihan perdagangan global yang berlaku akibat ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China.

Sekatan eksport cip AI AS boleh buka peluang Malaysia perkukuh teknologi tempatan - MITI
Malaysia berpeluang untuk menggalak serta memperkukuh keupayaan tempatan dalam pembangunan teknologi sekiranya Amerika Syarikat (AS) melaksanakan sekatan eksport cip kecerdasan buatannya (AI).

Malaysia perluas hubungan ekonomi, kurangkan kebergantungan kepada pasaran tunggal - MITI
Kerajaan akan terus memperkukuh hubungan ekonomi dan diversifikasi pasaran dengan negara-negara utama termasuk negara BRICS.

Cip AI disekat AS: Malaysia nilai sama ada undang-undang telah dilanggar
MITI menegaskan bahawa Malaysia tetap teguh menentang mana-mana individu atau syarikat yang cuba mengelak kawalan eksport atau terlibat dalam aktiviti perdagangan haram.

Kerajaan perluas pasaran dagangan, perkukuh diplomasi untuk hadapi ketidaktentuan ekonomi
Kerajaan mengambil langkah mitigasi bagi menghadapi kesan negatif ketidaktentuan ekonomi global terhadap perdagangan luar negara.

Malaysia kekal destinasi utama pelaburan Eropah dan AS, potensi pelaburan hampir RM20 bilion
Setakat Disember 2024, 56 projek berpotensi dengan komitmen pelaburan hampir RM20 bilion dikenal pasti dan bakal dilaksanakan di Malaysia.

Manfaat PKS: MITI, SC lancar dana pelaburan bersama RM131.5 juta
Dana itu bertujuan menggalakkan syarikat tempatan, khususnya PKS, mengambil bahagian dalam pertumbuhan ekonomi.

Pengesahan 18 PED, nilai semula Pelan AEC antara tumpuan penting AEM Ke-31 - MITI
Pemukiman AEM Ke-31 pada Jumaat ini di Desaru, dijangka menyaksikan semua negara anggota mengesahkan 18 PED dan menilai semula kemajuan AEC 2026-2030.

MITI sasar pertumbuhan pelaburan diluluskan 5 peratus pada 2025 - Tengku Zafrul
MITI menyasar pertumbuhan pelaburan diluluskan negara sebanyak lima peratus bagi tahun ini, mengatasi RM378.5 bilion pada 2024.

MITI jangka jumlah perdagangan meningkat lima peratus pada 2025 - Tengku Zafrul
MITI menyasarkan jumlah perdagangan meningkat lima peratus pada 2025 daripada RM2.879 trilion dicatatkan pada tahun lepas.