KUALA LUMPUR: Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan SME Bank Datuk Aria Putera Ismail akan meninggalkan organisasi itu selepas tamat tempoh perkhidmatannya untuk mengejar peluang baharu.
Sehubungan itu, Ketua Pegawai Strategi Korporat Kumpulan, Datuk Dr Mohammad Hardee Ibrahim akan menggantikan beliau sebagai Pemangku Presiden/CEO Kumpulan bermula 3 September 2024.
Menurut SME Bank dalam kenyataan yang dikeluarkan, sepanjang enam tahun kepimpinannya, Aria Putera telah membuka laluan kepada SME Bank untuk memenuhi mandat dalam menyokong dan membangunkan perusahaaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia.
Kata SME Bank, ini bermula dengan mentakrifkan semula visi, misi dan memperkenalkan nilai teras S.M.I.L.E.
Aria Putera turut memperkenalkan Pelan Percepatan Dua Tahun, satu pelan strategik untuk merombak perniagaan bank yang mengandungi 27 inisiatif yang memfokuskan kepada matlamat pembangunan lestari, kualiti aset, ekosistem PKS yang komprehensif, pendigitalan dan pembangunan bakat serta mencatatkan Keuntungan Sebelum Cukai (PBT) sebanyak RM213.9 juta pada 2019.
“Sehubungan itu, SME Bank telah menunjukkan peningkatan yang luar biasa dalam kualiti aset dan pertumbuhan pembiayaan sepanjang tempoh perkhidmatan beliau.
“Jumlah pembiayaan kasar bank mencatatkan pertumbuhan 37.6 peratus daripada RM6.47 bilion pada 2018 kepada RM8.9 bilion pada akhir 2023 manakala Kadar Kemerosotan Kasar berkurangan kepada 12.5 peratus daripada 22.9 peratus,” kata kenyataan itu.
Pada kemuncak pandemik COVID global, Aria Putera telah melancarkan pelbagai program bantuan pada Oktober 2020 hingga September 2022 untuk menyokong PKS dan perusahaan mikro dalam pelbagai industri, yang memberi manfaat kepada lebih 5,000 syarikat dengan jumlah pembiayaan sebanyak RM9.12 bilion.
Sementara itu, Mohammad Hardee mempunyai pengalaman selama lebih 20 tahun dalam industri perkhidmatan kewangan, dengan kepakaran dalam perbankan perniagaan dan pengurusan strategik.
Beliau telah berkhidmat dengan SME Bank dalam pelbagai portfolio termasuk perbendaharaan, kewangan korporat, perbankan perniagaan dan yang terkini strategi korporat.
Bernama
Sun Jul 28 2024

Sepanjang enam tahun kepimpinannya, Aria Putera telah membuka laluan kepada SME Bank untuk memenuhi mandat dalam menyokong dan membangunkan perusahaaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

BEP SME Bank jana lebih RM192 juta jualan eksport pasaran global
BEP adalah program intervensi berstruktur yang digerakkan oleh KUSKOP dan SME Bank sebagai agensi pelaksana.

Belanjawan 2025: SME Bank sambut baik 10 inisiatif strategik RM1.17 bilion
Inisiatif-inisiatif tersebut adalah selaras dengan komitmen kerajaan untuk memperkasakan lagi daya tahan ekonomi negara serta memupuk pertumbuhan yang mampan dan inklusif.

Aria Putera akhiri kontrak perkhidmatan, Muhammad Hardee pemangku Presiden, CEO SME Bank mulai 3 Sept
Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan SME Bank, Aria Putera Ismail akan meninggalkan organisasi itu selepas tamat tempoh perkhidmatannya untuk mengejar peluang baharu.

Matrade ketuai misi pecutan eksport ke Jepun dari 31 Okt hingga 8 Nov 2023
Matrade akan mengetuai misi pecutan eksport melibatkan 16 syarikat Malaysia ke Tokyo dan Osaka, Jepun dari 31 Okt hingga 8 Nov, 2023.

Program iTEKAD ISHRAF: SME Bank sasar bimbing 400 usahawan asnaf
SME Bank telah melancarkan program iTEKAD ISHRAF untuk membimbing 400 orang usahawan Asnaf, dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia dan enam rakan strategik program.

Pengekalan OPR 2.75 peratus tanda inflasi akan berkurangan pada 2023
SME Bank komited untuk mendukung mandatnya dalam memberi perkhidmatan kepada PKS bagi memenuhi keperluan kewangan.

Program ISHRAF 2.0 berjaya rekod jualan terkumpul RM3.6 juta
Ia membolehkan program berkenaan memberi manfaat kepada lebih ramai usahawan Asnaf di enam negeri berbanding edisi ISHRAF 1.0.

PKS dinasihat ambil tindakan perlu kekalkan perniagaan dalam persekitaran kenaikan kadar faedah
SME Bank menyeru perusahaan kecil dan sederhana (PKS) melakukan apa yang perlu untuk memastikan operasi dan perniagaan mereka terus berkembang di tengah-tengah kenaikan kadar faedah.

SME Bank tambah baik agenda ESG dalam operasi perniagaan
Penambahbaikan itu juga disumbang kejayaan bank tersebut menerbitkan Sukuk Kelestarian pertama bernilai RM500 juta pada tahun lepas.

Dasar Monetari BNM pastikan pertumbuhan mampan ekonomi negara - SME Bank
BNM memberi tumpuan untuk memastikan dasar monetari kekal akomodatif bagi menyokong pertumbuhan ekonomi yang mampan.