KUALA LUMPUR: Syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB), Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) hari ini mengisytiharkan pengagihan pendapatan 5.25 sen seunit bagi Amanah Saham Bumiputera 3 Didik (ASB 3 Didik) untuk tahun kewangan berakhir 30 Jun 2024.
PNB dalam satu kenyataan hari ini berkata pembayaran pengagihan pendapatan yang berjumlah RM405.65 juta itu bakal memanfaatkan 325,026 pemegang unit yang kini memiliki 7.73 bilion unit.
"Pengagihan pendapatan ASB 3 Didik mengatasi penanda aras Deposit Tetap 12-Bulan Maybank pada 2.74 peratus sebanyak 2.51 mata asas.
"Sehingga 25 Jun 2024, ASB 3 Didik merekodkan pendapatan bersih yang direalisasi sebanyak RM437.76 juta," katanya.
Menurut PNB, pendapatan dana itu diperoleh daripada keuntungan yang direalisasi, dividen serta pendapatan lain daripada pelaburan domestik dan antarabangsa.
"Ekuiti kekal sebagai penyumbang terbesar, dengan ekuiti domestik menyumbang 11.8 peratus daripada jumlah pulangan dan ekuiti antarabangsa menyumbang sebanyak 3.6 peratus," katanya.
PNB berkata kejayaan dana itu menjana pendapatan dan mencapai prestasi teguh dipacu oleh prestasi pasaran ekuiti yang positif di pasaran utama, termasuk Malaysia dan lonjakan global dalam kecerdasan buatan (AI) generatif.
"Melalui penilaian yang konsisten terhadap metrik prestasi dan pengawasan risiko yang proaktif, dana itu secara konsisten memberikan pulangan yang menarik dan kompetitif kepada pelaburnya," katanya.
Pengiraan pengagihan pendapatan ASB 3 Didik adalah berdasarkan purata baki bulanan minimum yang dipegang sepanjang tahun kewangan bagi dana tersebut.
Pengagihan yang diisytiharkan akan dilaburkan semula secara automatik ke dalam akaun pemegang unit pada 1 Julai 2024.
Sementara itu, urus niaga ASB 3 Didik di semua cawangan dan ejen ASNB termasuk platfom digital dan perbankan internet ditangguhkan buat sementara bermula 28 hingga 30 Jun 2024 bagi memudahkan proses pengiraan pengagihan pendapatan.
Pemegang unit boleh melakukan semula urus niaga di portal myASNB (www.myasnb.com.my) atau melalui aplikasi mudah alih myASNB dan di mana-mana cawangan atau ejen ASNB di seluruh negara mulai 1 Julai 2024.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 28 2024

Pembayaran pengagihan pendapatan yang berjumlah RM405.65 juta itu bakal memanfaatkan 325,026 pemegang unit yang kini memiliki 7.73 bilion unit. - PNB

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.

PNB umum agihan pendapatan ASB 5.50 sen, bonus 0.25 sen
PNB hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan bagi ASB sebanyak 5.50 sen seunit dengan bonus sebanyak 0.25 sen seunit.

SC tambah 19 entiti klon berpotensi, lapan entiti tidak sah dalam senarai peringatan pelabur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengemas kini Senarai Peringatan Pelabur dengan menambah 19 entiti klon yang berpotensi dan lapan entiti yang tidak sah setakat 18 Okt, 2024.

ASNB umum agihan pendapatan 4.75 sen seunit bagi ASM 2 Wawasan
Ia berkata pengagihan itu melibatkan jumlah pembayaran sebanyak RM1.13 bilion, memanfaatkan 939,200 pemegang unit.

PNB, ASNB bakal lancar inisiatif Celik Kewangan Belia MADANI - PM Anwar
Program itu dibiayai dengan dana awal RM50 juta yang dibahagikan sama rata antara PNB, syarikat korporat dan kerajaan.

ASNB isytihar pengagihan pendapatan 5.25 sen seunit bagi ASB 3 Didik
ASNB mengisytiharkan pengagihan pendapatan 5.25 sen seunit bagi Amanah Saham Bumiputera 3 Didik (ASB 3 Didik).

ASNB lancar platform Ria, raih RM6 juta pelaburan
ASNB melancarkan Penasihat Pelaburan Robo (Ria) secara berperingkat sejak 11 Mac lalu menerima 60,000 pengguna platform itu.

PNB umum agihan pendapatan ASB 2 5.25 sen seunit, ASM 4.75 sen
ASNB umum pengagihan pendapatan sebanyak 5.25 sen seunit untuk ASB 2 dan 4.75 sen seunit untuk ASM bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2024.

PNB umum agihan pendapatan 5.25 sen bagi ASB
ASNB mengumumkan agihan pendapatan 4.25 sen seunit dan bonus 1.0 sen seunit kepada pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023.

MSAM 2023: Peluang dalami ilmu pelaburan dan menang sebuah rumah
Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2023 menjadi medan terbaik untuk orang ramai khususnya di utara tanah air mendalami ilmu pelaburan dan perancangan kewangan.

ASNB umum agihan pendapatan 4.50 sen seunit untuk ASM 3
Syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB) itu berkata, ASM 3 mengisytiharkan pembayaran pengagihan pendapatan berjumlah RM681.96 juta.