KUALA LUMPUR: Astro Malaysia Holdings Bhd muncul sebagai pengagregat perkhidmatan penstriman dan jalur lebar selepas menjalinkan kerjasama dengan Disney + Hotstar baru-baru ini, kata Citi Research.
Menurut firma penyelidikan itu, lebih banyak tawaran seperti itu akan muncul pada suku akan datang yang membolehkan kandungan pelbagai platform dan dan syarikat berkaitan pengguna mengumpulkan platform penstriman dilengkapi kandungan tempatan dan vernakular.
"Kami berpendapat inisiatif tersebut adalah langkah positif ke arah Astro mencapai model perniagaan yang mampan walaupun pada margin lebih rendah jika dibandingkan dengan perniagaan siaran televisyen berbayar tradisional Astro yang kami anggap mengalami penurunan daripada segi struktur," katanya dalam nota penyelidikan pada Khamis.
Citi Research juga berkata perkhidmatan jalur lebar tetap Astro mampu membantunya untuk merancang memberi tawaran menarik kepada pengguna.
Disney + Hotstar dilancarkan di Malaysia pada 1 Jun, 2021, ia menawarkan perkhidmatan sama seperti Netflix serta turut bekerjasama dengan Astro.
Citi Research berkata Disney + Hotstar berharga RM18 sebulan untuk perkhidmatan kendirinya tanpa Astro tetapi Astro menawarkan pada harga RM5 sahaja sebulan sebagai saluran tambahan untuk pelanggan 'Movies Pack'.
Citi Research berkata Disney + Hotstar juga bergabung dengan laman web penstriman filem dan video, iQiyi serta perkhidmatan penstriman video berdasarkan permintaan, HBO GO, sebagai satu lagi perkongsian kandungan yang menarik yang disatukan oleh Astro.
"Kami melihat Astro mendapat keuntungan daripada filem yang ditayangkan di platformnya kerana operasi pawagam masih ditutup.
"Lebih-lebih lagi, ia kekal berada di hadapan kerana kandungan tempatan dan vernakular," katanya.
Selain itu, Citi Research berkata peluang menawarkan perkhidmatan jalur lebar di bawah Standard Mandatori Mengenai Penetapan Harga Akses (MSAP) bermaksud Astro dapat merancang menawarkan banyak pilihan kepada pengguna dalam satu sistem pengebilan.
Saham Astro naik enam sen kepada RM1.17 ketika ditutup dengan 14.64 juta saham diniagakan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 04 2021
Citi Research berkata perkhidmatan jalur lebar tetap Astro mampu membantunya untuk merancang memberi tawaran menarik kepada pengguna.
Perintah gaji minimum baharu berkuat kuasa hari ini, bakal manfaat 4.37 juta pekerja - KESUMA
Perintah itu menetapkan kadar gaji minimum RM1,700 sebulan kepada majikan yang menggajikan lima orang pekerja atau lebih.
AWANI Ringkas: Mangsa di PPS meningkat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sijil khas dicipta bagi mengesahkan buku ditulis manusia bukannya AI
Hanya buku yang ditulis manusia akan dibenarkan menerima pengesahan ini, dengan penggunaan AI hanya dibenarkan untuk melakukan pembetulan ejaan dan tatabahasa sahaja.
Jom kita kurang mengular dalam Tahun Ular - Lee Chong Wei
Chong Wei antara yang bersuara agar BWF memperhalusi standard prosedur operasi (SOP) mengenai proses rawatan pemain di atas gelanggang.
Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dilempar telur
Ia tanda protes terhadap kes tembakan membabitkan lima warga Indonesia di perairan Tanjung Rhu, Banting, pada 24 Jan lalu.
Anda akhirnya boleh menterbalikkan imej pada Google Photos
Ciri ini terhad kepada aplikasi Google Photos pada peranti Android sahaja. Peranti iOS, iPadOS dan versi web masih belum boleh menggunakannya.
WhatsApp uji ciri cipta acara pada tetingkap sembang individu
WhatsApp Kini Menguji Ciri Mencipta Acara Pada Tetingkap Sembang Individu
Saman fitnah: KPN fail prosiding komital terhadap Papagomo
Ia berhubung kes saman RM3 juta yang difailkan Razarudin selaku plaintif terhadap Wan Muhammad Azri sebagai defendan atas dakwaan memfitnah.
Nahas udara: Trump turut berduka, gesa siasatan dijalankan
Trump pada masa sama, memuji usaha pantas dan berkesan pasukan tempatan, negeri, persekutuan, serta anggota tentera, termasuk Pengawal Pantai Amerika Syarikat yang kini dalam usaha operasi pemulihan setelah disahkan bahawa tiada mangsa yang terselamat.
Tiada mangsa dijangka selamat nahas pesawat di Washington DC - Ketua Bomba
Media antarabangsa melaporkan Pasukan mencari dan menyelamat telah mengeluarkan mangsa dari bangkai pesawat penumpang milik American Airlines yang bertembung dengan helikopter Black Hawk milik Tentera Darat Amerika Syarikat.
Astro menang kes hak cipta, kafe pool didenda RM175,000 siar EPL secara haram
Astro menganggap kemenangan ini sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk mempertahankan pencipta, bakat, serta inovasi yang menjadi teras industri hiburan.
Aattam kembali 'menggegar' selepas 13 tahun, netizen persoal keputusan
Selepas 13 tahun rancangan realiti tarian Aattam anjuran Indian Customer Business, Astro, kembali menggegarkan pentas Stadium Indera Mulia, Ipoh Sabtu lalu.
Astro menang lima anugerah Putra Brand Awards 2024
Astro merangkul lima anugerah dalam majlis berprestij, Putra Brand Awards 2024 dengan mengungguli kategori Rangkaian Media.
Astro anjur School Attack, promosi 'SMK' musim ke-5 di SMK Taman Melawati
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Melawati dipilih menjadi lokasi program School Attack yang dianjurkan oleh Astro bagi mempromosikan musim kelima siri popular, SMK.
Konsert Countdown MeleTOP 2025 meriahkan malam Tahun Baharu dengan hiburan dan misi amal
Lebih 30,000 pengunjung memeriahkan sambutan ambang Tahun Baharu 2025 melalui Konsert Countdown MeleTOP 2025 anjuran Astro di IOI City Mall, Putrajaya.
GV11: 'Illa, Reshmonu paling rapat dengan saya' - Zehra Zambri terkejut dua penyingkiran sekali gus
Zehra berharap Illa dan Reshmonu akan terus semangat dan kembali aktif dalam industri muzik, walaupun tersingkir dari GV11.
Innovathon 2: Ciptaan bahan pembinaan penebat dipilih juara minggu kelima
Dengan proses penghasilan yang singkat, Bio Polyol mempunyai kebolehulangan yang tinggi (konsisten) dan sifar sisa serta tiada pembebasan gas bertoksik.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Astro One tawar tiga pakej hiburan lebih fleksibel serendah RM49.99 sebulan
Astro One menggabungkan saluran televisyen terbaik, aplikasi penstriman popular dan pilihan jalur lebar berkelajuan tinggi.