KUALA LUMPUR: Pemain-pemain industri vape negara menyambut baik pengumuman kerajaan berhubung pelaksanan duti eksais kepada produk vape bernikotin pada pembentangan Bajet 2022.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Presiden Malaysian Vape Industri Advocacy (MVIA), Rizani Zakaria berkata, pengumuman oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, membuka satu harapan kepada pemain industri untuk melihat industri itu berkembang di peringkat domestik dan global.
“Kami sambut baik pengumuman tersebut. Mengenakan cukai kepada produk vape bernikotin adalah satu tindakan ke arah perkembangan industri vape tempatan. Ia juga meletakkan negara berada pada landasan yang betul dalam mencapai matlamat meregulasikan keseluruhan industri vape,” katanya dalam kenyataan tersebut.
BACA: Bajet 2022: Majlis Kawalan Tembakau Malaysia kecewa dengan pengumuman kerajaan
Seiring perkembangan ekonomi dan juga industri katanya, kadar cukai yang dilaksanakan haruslah dibuat dengan risiko berkadar yang mengambil kira kadar manfaat produk kepada komuniti perokok tegar.
Kajian yang diterbitkan oleh Public Health England (PHE) mendapati bahawa kesan vape ke atas kesihatan ialah 95 peratus kurang mudarat berbanding rokok tembakau. Jelasnya, vape telah terbukti membantu perokok berhenti merokok.
“Kami berharap kerajaan boleh mempertimbangkan kadar cukai yang telah ditetapkan kerana ia adalah agak tinggi. Kadar cukai yang dikenakan akan menjadikan produk vape lebih mahal daripada rokok tembakau di Malaysia.
Sepatutnya, kadar cukai perlu rendah supaya harga produk vape tidak melebihi harga rokok dan menjadi insentif untuk perokok untuk berhenti merokok melalui vape,” kata Rizani.
Kadar cukai yang ditetapkan menerusi bajet tersebut adalah RM1.20 untuk setiap mililter (ml) cecair vape mulai 1 Januari 2022. Kadar ini telah naik dari kadar semasa iaitu RM0.40 untuk setiap mililiter.
Presiden, Dewan Perniagaan Vape Malaysia (DPVM) Syed Azaudin Syed Ahmad, turut memberikan pendapat yang sama.
“Kami turut menyambut baik pengumuman yang dibuat Kerajaan dan berpendapat kadar ini perlu diperhalusi bersama industri sebelum ia dilaksanakan. Kadar ini boleh memberikan kesan kepada pengilang tempatan dalam industri vape terutamanya produk cecair vape di mana cukai boleh mencapai RM72 untuk setiap botol 60ml.
“Seterusnya, kerajaan juga perlu mempertimbangkan untuk mewujudkan satu peraturan dan juga melaksanakan kawal selia kepada keseluruhan ekosistem industri.
Peraturan kawal selia haruslah mengambil kira pendekatan produk ini adalah kurang mudarat dan tidak patut dikawal sama seperti rokok supaya ia membolehkan perokok berhenti merokok melalui vape dan pada masa yang sama memastikan produk mematuhi piawaian untuk keselamatan dan kualiti produk jelas Syed Azaudin.
Raja Hisyam Raja Zaid
Sat Oct 30 2021

Presiden MVIA Rizani Zakaria berkata, kadar cukai yang dilaksanakan haruslah dibuat dengan risiko berkadar yang mengambil kira kadar manfaat produk kepada komuniti perokok tegar. - Gambar hiasan

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Turkiye di kedudukan ke-11 dunia dalam eksport industri pertahanan - Erdogan
Erdogan berkata negara itu berada di ambang transformasi besar dan kejayaan ekonomi yang memberangsangkan.

Polis Perak berkas 15 ahli sindiket tawar pekerjaan tidak wujud
Polis menahan 13 warga China terdiri daripada 12 lelaki dan seorang wanita berusia antara 26 hingga 41 tahun.

Laluan udara baharu hubungkan Xi'an dengan Malaysia
Perkhidmatan penerbangan harian baharu yang menghubungkan Xi'an, China dengan Kuala Lumpur dibuka secara rasmi pada Ahad.
AWANI 7:45 [23/2/2025] – Reman Tiga Dan Lima Hari | Tekanan Darah Turun Dan Naik | SPRM Bebas Ambil Tindakan | 48,329 Kematian
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Irfan Faruqi
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- SPRM tahan empat pegawai Ismail Sabri, termasuk dua bergelar Datuk
- Ismail Sabri masih dalam pemantauan rapi.
- PM nafi dakwaan dendam, tidak campur urusan SPRM
- Kematian penduduk Palestin meningkat walaupun tempoh gencatan senjata
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- SPRM tahan empat pegawai Ismail Sabri, termasuk dua bergelar Datuk
- Ismail Sabri masih dalam pemantauan rapi.
- PM nafi dakwaan dendam, tidak campur urusan SPRM
- Kematian penduduk Palestin meningkat walaupun tempoh gencatan senjata
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

Letusan Gunung Lewotobi: Indonesia pindahkan 250 keluarga ke rumah sementara
Kerajaan Indonesia telah menempatkan semula 250 keluarga yang terjejas akibat letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki di Nusa Tenggara Timur dari pusat perlindungan pelarian ke rumah sementara.

Mobile Legend Bang Bang diperkenal di Sukan Asia 2026
Sukan Asia bakal berlangsung di Nachi-Nagoya, Jepun dari 19 September hingga 4 Oktober 2026.

Vikneswaran pertahan jawatan Presiden KLHA
Vikneswaran berkata beliau akan memberi fokus kepada membangunkan akar umbi sukan hoki negeri.

Perhimpunan Agung PBB lulus belanjawan bagi 2024
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu meluluskan bajet tetap tahunan kira-kira AS$3.59 bilion.

Peruntukan RM56.4 juta untuk imam, bilal, siak, guru takmir, guru KAFA Selangor
Peruntukan yang diterima oleh Selangor adalah sebahagian daripada RM968.77 juta kepada Jakim oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Pandelela tagih layanan seimbang penerjun elit-muda
Penerjun muda tidak diberi kelebihan yang sama seperti atlet elit disebabkan bajet ke atas mereka sangat terhad.

#SuaraMalaysia: 57 peratus mahu kerajaan tumpu bantuan sara hidup dalam Bajet 2023
Manakala 21 peratus responden mahu menyatakan subsidi diberi perhatian dalam Belanjawan 2023.

Peruntukan RM500,000 kurangkan masalah banjir 4 kampung
Peruntukan RM500,000 yang diluluskan kerajaan pusat akan mengurangkan masalah banjir di empat buah kampung dalam DUN Duyong.

KKR tak cukup bajet untuk perhebat kerja-kerja pre-emtif - Menteri Kerja Raya
Data dan maklumat sudah ada, tapi kewangan terhad membataskan kerja-kerja kepada usaha reaktif - sudah terjadi baru dibaiki.

Perak bentang Belanjawan 2023, peruntuk RM1.19 bilion
Belanjawan Perak 2023 yang bertemakan 'Perak Makmur, Rakyat Sejahtera' memperuntukkan RM1.19 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan pembangunan pada tahun depan.

Kerajaan teliti langkah terbaik kurangkan bajet defisit - Timbalan Menteri Kewangan
Datuk Seri Ahmad Maslan berkata bajet defisit dijangka pada kadar 5.8 peratus bagi 2022 dan unjuran bagi 2023 akan diumum kelak.

Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar
Ringgit 'berehat' seketika daripada pergerakan rancak semalam dan dibuka hampir tidak berubah pagi ini berbanding dolar AS.

ATM perlu bajet lebih tinggi, tingkat keupayaan pertahanan negara - Panglima TLDM
Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany berharap kerajaan baharu dapat mempertimbangkan untuk menyelaraskan bajet Angkatan Tentera Malaysia (ATM).