KUALA LUMPUR: Kerajaan melalui inisiatif yang ditetapkan dalam Bajet 2022 akan berusaha memastikan kejayaan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang menyumbang peluang pekerjaan lebih 70 peratus kepada tenaga kerja negara, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Menerusi program wawancara khas 'Bajet 2022 Dari Rakyat Untuk Rakyat' yang disiarkan menerusi saluran Bernama TV dan Astro AWANI malam tadi, beliau menekankan bahawa kejayaan pemulihan sektor PMKS akan membantu mempercepat pemulihan ekonomi negara.
Beliau berkata Bajet 2022 memberi fokus kepada perniagaan dengan dana yang agak besar dan secara keseluruhannya kerajaan akan memberikan peruntukan dari segi jaminan, ekuiti dan pinjaman berjumlah RM40 bilion yang sebahagian besarnya disediakan untuk PMKS.
"Program ekuiti tidak pernah dibuat sebelum ini, bukan sahaja di peringkat PMKS malah syarikat besar termasuk yang tersenarai di Bursa Malaysia, melibatkan peruntukan berjumlah RM3 bilion. Kita tahu banyak syarikat bagus tapi disebabkan pandemik mereka tidak boleh buat keuntungan dan terpaksa gulung tikar.
"Jadi, ekuiti akan membantu. Melalui program ekuiti itu, kerajaan akan jadi 'partner' dan akan masuk ekuiti. Bila pemilik syarikat ada duit, mereka akan bayar kemudian melalui hutang atau bayar terus," katanya.
Beliau berkata kerajaan turut menyediakan peruntukan melalui bank serta meneruskan Program Subsidi Upah untuk sektor yang terjejas terutama pelancongan.
Tengku Zafrul berkata kebanyakan PMKS turut mengalami masalah aliran tunai sehingga menyebabkan mereka sukar untuk mendapatkan pinjaman sekiranya memilih bantuan moratorium.
"Kerajaan beri jaminan kepada bank bagi meneruskan pinjaman. Kalau syarikat tidak dapat bayar, kerajaan akan menolong untuk bayar pinjaman," katanya.
Selain itu, dalam usaha menggalakkan dan memperkasakan minda rakyat untuk merangsangkan kitaran ekonomi domestik menerusi langkah memilih barangan buatan tempatan terutama produk PMKS, beliau berkata kerajaan perlu tangani tanggapan kononnya produk tempatan ketinggalan dari segi kualiti.
Masih ramai rakyat yang menganggap jenama seperti British India, Aerodyne, Selangor Pewter, Karex, Bonia dan San Francisco Coffee adalah jenama luar negara sedangkan semua itu adalah produk berkualiti buatan Malaysia, katanya.
"Ini antara satu sebab di bawah inisiatif pembangunan belia dalam Bajet 2022, kementerian mengenakan syarat supaya amaun e-dompet yang dikreditkan oleh kerajaan hanya boleh digunakan di kedai-kedai fizikal," katanya.
Melalui Bajet 2022, kerajaan turut memperkenalkan Shop Malaysia Online dan Go-eCommerce Onboarding dengan peruntukan RM250 juta di samping program penghasilan dan pembelian produk tempatan termasuk kempen Beli Barangan Buatan Malaysia, Program Jualan Malaysia dan Program Khazanah Alam Industri Jualan Langsung dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM33 juta.
Bajet 2022 bertemakan 'Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera', yang dibentangkan Tengku Zafrul di Dewan Rakyat pada Jumaat, mendukung tiga paksi utama iaitu memperkukuh pemulihan, membina daya tahan dan memacu pembaharuan.
Sebanyak RM332.1 bilion diperuntukkan tahun depan, dengan RM233.5 bilion daripada jumlah tersebut akan disalurkan sebagai perbelanjaan mengurus manakala RM75.6 bilion untuk perbelanjaan pembangunan dan bakinya RM23 bilion kepada Kumpulan Wang COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 30 2021

Bajet 2022 memberi fokus kepada perniagaan dengan dana yang agak besar. - Gambar hiasan
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

Naikkan kadar RMT ke RM4, libatkan sekali M40 yang memerlukan - Maszlee
Ahli Parlimen Simpang Renggam itu berkata, berdasarkan keadaan semasa, ia perlu dinaikkan kepada kadar yang berpatutan iaitu RM4.

Atlet berprestasi tinggi diberi keutamaan sertai tiga temasya sukan - KBS
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memberi jaminan atlet berprestasi tinggi akan tetap diberikan keutamaan bagi menghadapi tiga temasya sukan antarabangsa tahun depan.

Moody's Analytics unjur ekonomi Malaysia meningkat semula pada suku keempat
Bajet 2022 yang membabitkan peruntukan besar, akan turut membantu dari segi menampung pemulihan ekonomi dalam tempoh pasca-pandemik COVID-19.

Bajet 2022 kepada Parlimen adalah kecil, tidak signifikan untuk agenda transformasi - REFSA
Menurut Koordinator Penyelidik Research for Social Advancement (REFSA) Fakhrurrazi Rashid, peruntukan JPM dalam Belanjawan 2022 hampir 80 kali ganda lebih besar berbanding peruntukan parlimen.

Bank Dunia saran laksana lebih banyak langkah berstruktur untuk tingkatkan hasil kerajaan
Langkah berstruktur atau lebih mampan diperlukan apabila melibatkan usaha untuk meningkatkan hasil kerajaan pada masa depan.

Bajet 2022: Kenapa penjawat awam dapat bantuan khas RM700? Ini jawapan Tengku Zafrul
Ada yang berpendapat ia tidak adil memandangkan penjawat awam tidak begitu terkesan dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu akibat COVID-19.

Bajet 2022: Agenda AWANI eksklusif bersama Menteri Kewangan malam ini
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz bakal memperincikan naratif Bajet 2022.

Bajet 2022 percepat pemulihan sektor kreatif, seni dan budaya - MyCreative
MyCreative menyambut baik peruntukan RM288 juta untuk pelbagai inisiatif merancakkan industri kreatif melalui pembentangan bajet 2022.

Bajet 2022: Belanjawan negara bersifat inklusif - Hajiji
Sabah menyifatkan pembentangan Bajet 2022 hari ini sebagai inklusif dan tidak membelakangkan mana-mana sektor ketika negara sedang bergelut dengan pandemik COVID-19.

Bajet 2022: Pengecualian sepenuhnya duti import, duti eksais, cukai jualan kenderaan elektrik
Kerajaan bercadang memberikan pengecualian sepenuhnya ke atas duti import, duti eksais dan cukai jualan bagi kenderaan elektrik (EV).