KUALA LUMPUR: Bank Islam Malaysia Bhd telah melancarkan "Kad Debit-i Visa Be U" yang baharu untuk meningkatkan pengalaman pembayaran pelanggan dengan aplikasi dan pengaktifan yang direka bagi memenuhi keperluan mereka yang semakin berkembang.
Ketua Pegawai Digital Kumpulan Noor Farilla Abdullah berkata kad debit bebas perbankan fizikal itu akan membolehkan pengurusan mudah alih kewangan, menghapuskan kertas kerja atau birokrasi yang rumit, sekali gus mencerminkan komitmen bank terhadap perbankan yang mudah diakses.
"Selain menyediakan transaksi yang cepat, selamat dan tanpa sentuhan di mana-mana pedagang Visa di seluruh dunia, Kad Debit-i Be U by Bank Islam Visa juga menawarkan pemegang kad dengan pilihan perbankan yang mudah dan maju bagi mengurus kewangan mereka.
"Melalui kad debit, pemegang kad boleh menjejaki kewangan mereka dengan mudah menggunakan penjejak perbelanjaan terbina secara dalaman yang boleh dilihat melalui aplikasi perbankan digital Be U by Bank Islam," kata beliau semasa berucap pada majlis pelancaran kad debit itu di sini semalam.
Noor Farilla berkata pemegang kad juga boleh mengurus dan mengawal tetapan kad mereka dengan mudah melalui aplikasi, yang membolehkan mereka membekukan serta menggunakan semula penggunaan kad, menukar nombor pengenalan peribadi (PIN) mereka serta melaraskan tetapan keselamatan dan had mengikut keutamaan mereka.
"Kad Debit-i Be U by Bank Islam Visa menawarkan lima reka bentuk yang menarik untuk dipilih, membolehkan pelanggan mencerminkan keperibadian mereka.
"Pelanggan boleh memohon kad itu dengan mudah melalui aplikasi Be U dan menerimanya di rumah mereka hanya dalam beberapa hari bekerja selepas permohonan," katanya.
Pada 17 Julai tahun lepas, Bank Islam melancarkan aplikasi perbankan digital awan sepenuhnya, Be U, susunan teknologi pertama seumpamanya yang dijangka akan menjadi asas kepada semua bank digital yang akan datang di Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 07 2023

Noor Farilla (dua, kiri) ketika hadir pada majlis pelancaran 'Kad Debit-i Visa Be U' di Kuala Lumpur, 7 Sept 2023. --fotoBERNAMA

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Bank Islam akan lakukan peralihan automatik aplikasi GO ke BIMB Mobile
Aplikasi BIMB Mobile merupakan aplikasi terbaharu Bank Islam yang dikatakan menyediakan penawaran lebih moden dan lancar kepada pengguna.

Waspada terhadap pautan, akaun media sosial palsu Bank Islam
Bank Islam mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada terhadap pautan serta akaun media sosial palsu yang menyalahgunakan jenama dan gambar Bank Islam bagi tujuan penipuan.

Banjir: Bank Islam, Agrobank tutup sementara beberapa cawangan di Kelantan
Cawangan Agrobank yang terjejas termasuk Pasir Puteh, Pasir Mas, Kuala Krai, Machang, Tumpat, Kubang Kerian dan kiosk Rantau Panjang.

Bank Islam tawar bantuan kewangan kepada mangsa banjir
Pelanggan pembiayaan rumah, peribadi dan kenderaan boleh memohon penangguhan ansuran bulanan sehingga enam bulan.

Aplikasi 'GO by Bank Islam' akan ditamatkan menjelang Nov 2025
Aplikasi ini akan menambah sejumlah ciri-ciri baharu secara berfasa, sebelum aplikasi GO ditamatkan sepenuhnya.

Bank Islam perkenal aplikasi, web perbankan baharu – BIMB
Untuk menggunakan aplikasi BIMB, pengguna perlu mempunyai peranti dengan iOS 13 dan terkini, atau Android 10 dan terbaru.

Pengguna aplikasi GO by Bank Islam disaran kemas kini aplikasi
Ia dilaksana bagi memberikan kelancaran dan kemudahan operasi dalam penggunaan aplikasi, selain mengatasi isu keselamatan.

Abdul Halim Ismail perintis sistem kewangan Islam di Malaysia - CEO Bank Islam
Bapa Perbankan Islam Malaysia, Allahyarham Datuk Abdul Halim Ismail memainkan peranan yang amat signifikan dalam merintis dan mengembangkan sistem kewangan Islam di Malaysia.

Bapa perbankan Islam Malaysia, Abdul Halim Ismail meninggal dunia
Bapa perbankan Islam Malaysia, Datuk Abdul Halim Ismail meninggal dunia pada usia 85 tahun pagi ini.

Pertumbuhan KDNK Malaysia dijangka cecah 6.0 peratus pada suku kedua 2024 - Bank Islam
Bank Islam menjangkakan pertumbuhan KDNK Malaysia akan mencecah 6.0 peratus pada suku kedua 2024.