KUALA LUMPUR: Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) bersama Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (Bumitra) bagi menyediakan penyelesaian kewangan kepada bakal jemaah haji.
Bank Islam dalam satu kenyataan hari ini berkata MoU itu disasarkan kepada bakal jemaah haji yang mahu mengambil pakej haji melalui 22 syarikat Pengelola Jemaah Haji (PJH) lantikan Lembaga Tabung Haji (TH) yang juga merupakan ahli Bumitra.
"Ia akan melaksanakan kerjasama dan sesi perkongsian ilmu bagi mendidik ahli Bumitra mengenai penyelesaian kewangan yang disediakan oleh Bank Islam terutamanya untuk haji dan umrah. Bidang kerjasama ini juga merangkumi usaha untuk membantu penyebaran maklumat mengenai kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan," katanya.
Antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah Kad Debit-i Bank Islam Visa Tabung Haji, kad debit itu dilengkapi dengan pelbagai keistimewaan dan ganjaran eksklusif untuk para pemegang kad.
Selain menawarkan rangkaian pembayaran dan akses tunai yang meluas di seluruh dunia, kad berkenaan juga memudahkan urusan urus niaga kewangan bagi jemaah haji ketika berada di Arab Saudi, ia termasuk tiada caj akan dikenakan bagi pengeluaran tunai pada musim haji, kata Bank Islam.
Pada majlis pemeteraian MoU itu juga, Bank Islam turut melancarkan kempen, 'Once in a Lifetime', khusus kepada bakal haji atau waris terdekat yang ingin membantu ibu bapa menunaikan haji dengan memohon pembiayaan peribadi ini dengan jumlah minimum sebanyak RM50,000.
Kempen yang berlangsung dari 24 Mac sehingga 31 Mei 2023 itu menawarkan peluang memenangi hadiah pakej umrah.
"Penyediaan pakej pembiayaan peribadi ini memberi peluang kepada bakal haji yang berkemampuan dan berupaya untuk membayar balik pembiayaan secara berstruktur mengikut kemampuan kewangan masing-masing," katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Mohd Muazzam Mohamed berkata peranan Bank Islam tidak hanya terhad sebagai hab penyelesaian kewangan bagi jemaah haji sahaja tetapi akan diperluaskan dengan menyeluruh kepada lebih 600 syarikat pelancongan yang berdaftar di bawah Bumitra dan pelanggannya.
Selain daripada produk Pembiayaan Peribadi dan Kad Debit-i Bank Islam Visa Tabung Haji, Bank Islam sebagai hab solusi kewangan bagi jemaah haji, ia juga menawarkan produk-produk lain seperti akaun pelaburan Al-Awfar, kad kredit-i, produk perlindungan takaful, penulisan wasiat, kemudahan perbankan atas talian dan mudah alih serta tukaran mata wang asing di kaunter 'Bureau de Change' Bank Islam
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 05 2023
Bank Islam melancarkan kempen, 'Once in a Lifetime', khusus kepada bakal haji atau waris terdekat yang ingin membantu ibu bapa menunaikan haji dengan memohon pembiayaan minimum sebanyak RM50,000. - Gambar fail/ Reuters
AWANI Ringkas: Hubungan perdagangan Malaysia-UK
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
IOC tangani isu pingat lusuh, pemenang Olimpik Paris terima ganti
IOC telah menjawab kepada permasalahan yang melibatkan pemulangan semula lebih daripada 100 pingat Sukan Olimpik Paris 2024, baru-baru ini.
Peniaga mengeluh kedai tidak dikunjungi kerana hakisan
Empat sekeluarga berdepan detik ngeri selepas syurga tempat mereka berteduh dari hujan dan panas lebih 30 tahun tewas dipukul ombak besar.
Hos AI Google NotebookLM diajar untuk tidak benci manusia
Google perlu melatih hos AI dengan "friendliness tuning" yang sesuai untuk menjadi lebih mesra seakan kawan.
Pantau Belanjawan: Sistem penjagaan kesihatan: Pesakit semakin 'sakit'
Peningkatan kos penjagaan kesihatan Malaysia yang lebih tinggi daripada purata dunia memerlukan tindakan segera. Dalam segmen ini, kita akan berbincang mengenai bagaimana kerjasama antara kerajaan, sektor swasta, dan masyarakat boleh memastikan sistem kesihatan yang adil dan berdaya saing bersama Ketua Pegawai Eksekutif, Angsana Health, Dr Khor Swee Kheng.
Pelakon Bollywood Saif Ali Khan cedera ditikam penceroboh di kediamannya
Dia mengalami luka tikaman yang serius, termasuk satu yang hampir mengenai tulang belakangnya.
Penglihatan murid: Kaca mata percuma bantu ketajaman penglihatan pelajar
Bagi menangani masalah tersebut, KKM bekerjasama bersama badan terlibat untuk melaksanakan projek rintis pengesahan masalah ketajaman penglihatan dan pemberian kaca mata percuma.
Ribut petir, hujan lebat di 4 negeri hingga tengah hari
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga 12 tengah hari Khamis.
Cip AI: Keperluan alternatif selain AS, China untuk kekal kompetitif
Malaysia menghadapi cabaran besar dalam usaha menjadi hab pusat data global, dengan kebergantungan kepada cip teknologi dari Amerika Syarikat dan konflik perdagangan antara AS dan China. Diversifikasi sumber teknologi dilihat sebagai langkah penting bagi memastikan pembangunan ekonomi negara tidak terjejas.
Permohonon diperkenan, Akhyar Rashid ucap terima kasih kepada TMJ
Akhyar Rashid, meluahkan penghargaan tak terhingga kepada Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, atas peluang dan kesempatan yang diberikan kepadanya.
Kerajaan tidak benarkan pengeluaran wang dari Akaun 1 KWSP untuk tunai haji
Ahli masih boleh mengeluarkan wang mereka dari KWSP melalui Akaun 2 dan Akaun 3 atau Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Sultan Selangor, Tengku Permaisuri zahir ucapan selamat Hari Raya Aidiladha
Baginda turut menzahirkan harapan agar umat Islam sentiasa mensyukuri nikmat yang dikurniakan Allah SWT serta melaksanakan ibadah korban demi membantu golongan miskin.
Penghayatan dan amalan haji mengajar mesej kesederhanaan - PM Anwar
Ibadah haji yang disambut mengajar sifat tawaduk dan tidak terpukau dengan tarikan kemewahan dunia yang sementara, kata Perdana Menteri.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Khutbah Arafah akan diterjemah dalam 50 bahasa, lebih 1 bilion mengikutinya
Projek penterjemahaan khutbah Arafah ini dimulakan pada tahun 2018 di mana ketika itu hanya lima bahasa sahaja yang ditawarkan.
Arab Saudi undang 1,000 lagi warga Palestin tunai haji
Ia dianjur di bawah titah Raja Salman Abdulaziz Al Saud sebagai sebahagian daripada Program Tetamu Penjaga Dua Masjid Suci untuk Haji, Umrah dan Ziarah.
Hari Wukuf di Arafah jatuh pada 15 Jun ini
Mahkamah Agung Arab Saudi umum Jumaat, 7 Jun menandakan hari pertama Zulhijjah susulan terlihatnya anak bulan di negara itu.
Rakyat Malaysia digesa patuhi peraturan visa haji - Konsulat Jeneral
Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah mengingatkan semua rakyat Malaysia yang berhasrat menunaikan ibadah haji pada tahun ini agar memastikan mereka memiliki visa atau permit haji yang sah.
Kumpulan pertama 282 jemaah haji tiba di Mekah
Tujuh buah bas yang membawa jemaah dari kumpulan KT01 itu tiba jam 5.30 petang waktu tempatan di Hotel Abraj Al Janadiriyah, Mekah.