KUALA LUMPUR: British American Tobacco (M) Bhd (BAT) optimis terhadap prospek syarikat bagi 2023 meskipun berdepan persekitaran ekonomi yang mencabar.
Pengarah Urusannya, Nedal Salem berkata, dengan pelancaran produk pemanas tembakau, glo yang memasuki pasaran pada Februari 2023, ia kini mampu menawarkan pilihan alternatif dengan potensi risiko yang dikurangkan kepada perokok dewasa Malaysia.
Katanya, ia adalah selaras dengan komitmen syarikat ke arah membina 'A Better Tomorrow'.
“Kami juga didorong misi kerajaan baharu untuk melaksanakan pembaharuan ekonomi bagi merangsang pertumbuhan dan mengukuhkan asas negara.
"Ini sebahagiannya boleh dicapai melalui mengurangkan kebocoran yang berpunca daripada pasaran gelap tembakau dan mewujudkan aliran hasil baharu dengan melaksanakan percukaian untuk produk berisiko yang dikurangkan seperti vape, yang masih tidak dikawal," katanya dalam kenyataan.
Menurut Nedal, pada pembentangan Bajet 2022, pelbagai langkah diumumkan untuk mengurangkan tahap pasaran gelap tembakau termasuk pengenalan dasar titik masuk tunggal di wilayah utara, kawalan dipertingkatkan di tempat pendaratan termasuk jeti persendirian dan skim ganjaran khas untuk penguatkuasaan bagi menghentikan aktiviti penyeludupan.
“Kami amat berharap kerajaan baharu dapat mengekalkan langkah-langkah ini dalam pembentangan Bajet 2023, selain turut meneroka peraturan berasaskan bukti untuk menjadikan pasaran vape sebagai pasaran yang sah," katanya.
Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 (FY22), BAT Malaysia merekodkan pendapatan berjumlah RM2.6 bilion manakala keuntungan daripada operasi sebanyak RM407 juta.
Kumpulan mencatatkan peningkatan dalam margin keuntungan kasar sebanyak 0.5% berbanding tahun sebelumnya. Keuntungan kasar untuk FY22 berjumlah RM678 juta berbanding RM675 juta pada 2021.
Untuk melaksanakan strategi memudahkan portfolio, kumpulan menyaksikan penurunan yang dirancang dalam bahagian pasaran keseluruhan sebanyak 0.8% berbanding tempoh sama tahun lepas disebabkan penyahsenaraian jenama Kent dan Pall Mall.
Volum tahunan menurun sebanyak 2% berbanding 2021 yang mana faedah ‘one off’ dalam volum diperhatikan semasa peralihan laluan pasaran.
Selaras dengan aliran penurunan dagangan yang diperhatikan dalam pasaran, jenama Value-for-Money (VFM) kumpulan, KYO dan Rothmans, menguasai tambahan 1% bahagian pasaran. - DagangNews.com
Dagang News
Thu Feb 09 2023
![BAT Malaysia optimis terhadap prospek 2023 di sebalik persekitaran mencabar BAT Malaysia optimis terhadap prospek 2023 di sebalik persekitaran mencabar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/41675915964_TBBATMSIA.jpg)
NEDAL: Kami amat berharap kerajaan baharu dapat mengekalkan langkah-langkah yang diumumkan semasa pembentangan Bajet 2022, dalam pembentangan Bajet 2023. - Foto DagangNews
NASA naiikkan kemungkinan asteroid langgar bumi kepada 3.1 peratus
NASA meningkatkan kemungkinan asterod 2024 YR4 melanggar bumi kepada 3.1 peratus dan dijangka berlaku pada tahun 2032.
Pope Francis disahkan hidap radang paru-paru
Pope Francis disahkan mengidap radang paru-paru selepas dimasukkan ke hospital di Rom sejak Jumaat.
![Kes tembak KLIA: Hafizul mengaku bersalah tujuh tuduhan termasuk miliki senjata api Kes tembak KLIA: Hafizul mengaku bersalah tujuh tuduhan termasuk miliki senjata api](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728964477_HafizulHawari.jpg)
Kes tembak KLIA: Hafizul mengaku bersalah tujuh tuduhan termasuk miliki senjata api
Seorang pengurus syarikat, Hafizul Hawari mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api pada 14 April tahun lepas.
Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius yang mengancam keselamatan negara dan ketenteraman awam.
![Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739952443_ZalihabintiMustafa.jpg)
Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.
Aduan di Wilayah Persekutuan perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.
Aliran trafik lancar 30 peratus tanpa kenderaan berat
Larangan pergerakan kenderaan berat di beberapa jajaran lebuh raya terpilih sekitar Lembah Klang menyaksikan aliran trafik lancar sehingga 30 peratus pada waktu puncak.
![Mahkamah akan dengar saman bekas ADUN Nenggiri berhubung penamatan keahlian Bersatu Mahkamah akan dengar saman bekas ADUN Nenggiri berhubung penamatan keahlian Bersatu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739951176_TBMohdAzizi.jpg)
Mahkamah akan dengar saman bekas ADUN Nenggiri berhubung penamatan keahlian Bersatu
Mahkamah Tinggi memutuskan akan mendengar saman pemula difailkan bekas ADUN Nenggiri Mohd Azizi Abu Naim bagi mencabar penamatan keahliannya daripada Bersatu.
AWANI Ringkas: JIM gempur flat Chow Kit, tahan 124 PATI
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Saya sokong menggantung lesen atas kesalahan yang serius '- YB Jelutong
Menteri Pengangkutan berkata lesen tidak boleh dibatal sewenang-wenangnya oleh JPJ. Hukuman untuk menggantung lesen bergantung kepada tahap keseriusan dan ditentukan oleh mahkamah. #AWANInews
![BAT Malaysia optimis terhadap prospek 2023 di sebalik persekitaran mencabar BAT Malaysia optimis terhadap prospek 2023 di sebalik persekitaran mencabar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/41675915964_TBBATMSIA.jpg)
BAT Malaysia optimis terhadap prospek 2023 di sebalik persekitaran mencabar
Dengan pelancaran produk pemanas tembakaunya, ia kini mampu menawarkan pilihan alternatif dengan potensi risiko yang dikurangkan.
![BAT Malaysia alu-alukan langkah kerajaan ke atas produk vape, gesa teliti semula cukai tinggi rokok BAT Malaysia alu-alukan langkah kerajaan ke atas produk vape, gesa teliti semula cukai tinggi rokok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/81635558600_vape.jpg)
BAT Malaysia alu-alukan langkah kerajaan ke atas produk vape, gesa teliti semula cukai tinggi rokok
Pelaksanaan duti eksais bagi produk cecair nikotin dianggap satu langkah tepat bagi mengurangkan bahaya rokok di Malaysia.
![Media sosial gamat: Reaksi kenaikan harga rokok Media sosial gamat: Reaksi kenaikan harga rokok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2012-10/51350902669_295x200.jpg)
Media sosial gamat: Reaksi kenaikan harga rokok
Pengumuman British American Tobacco (BAT) pada Isnin untuk menaikkan tiga peratus harga rokok mendapat reaksi pelbagai pihak.
![Alliance Research kekalkan saranan jual bagi BAT Alliance Research kekalkan saranan jual bagi BAT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2012-10/51350902669_295x200.jpg)
Alliance Research kekalkan saranan "jual" bagi BAT
Alliance Research mengekalkan saranan jual bagi BAT dengan harga sasaran tidak berubah pada RM54.72 susulan perkembangan terkini dalam industri tembakau berikutan pengumuman kenaikan harga rokok.