IPOH: Seorang bekas mudir (pengetua) sebuah maahad tahfiz di Batu Gajah, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 15 pertuduhan amang seksual terhadap lima pelajar maahad itu, tahun lalu.
Tertuduh, Azizul Yahya, 30 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Norita Mohd Ardani.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh yang belum berkahwin didakwa melakukan amang seksual fizikal dan bukan fizikal terhadap lima pelajar Maahad Tahfiz As Sharif Sri Jaya di Batu Gajah, yang mempunyai hubungan amanah sebagai seorang mudir.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu terhadap mangsa yang berumur antara 13 dan 15 tahun, di maahad berkenaan antara Februari dan Oktober 2021.
Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 14 (a), 14 (b), 14 (d) dan 15 (e) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 14, dibaca bersama Seksyen 16, akta yang sama.
Empat kesalahan didakwa di bawah Seksyen 14 (a), tujuh di bawah Seksyen 14 (b), tiga di bawah Seksyen 14 (d) dan satu di bawah Seksyen 15 (e).
Seksyen 14 (a), (b) dan (d) masing-masing memperuntukan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan boleh juga dihukum sebat, jika sabit kesalahan.
Bagi Seksyen 15 (e) kerana menunjukkan video lucah, boleh di hukum penjara tidak lebih 10 tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Bagaimanapun, bagi hukuman di bawah Seksyen 16 akta yang sama, orang itu hendaklah sebagai tambahan kepada hukuman yang dia boleh dikenakan bagi kesalahan itu, dihukum dengan penjara tidak lebih lima tahun dan sebatan tidak kurang dua sebatan.
Mahkamah bersetuju dengan hujah Timbalan Pendakwa Raya, Afiqa Liyana Rozman dan tidak membenarkan tertuduh diikat jamin.
Mahkamah kemudiannya menetapkan 23 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk penyerahan dokumen.
Peguam tertuduh Muhamad Syahrul Nizam Mohd Rabi ketika ditemui diluar mahkamah memberitahu, pihaknya akan memfailkan semakan ke Mahkamah Tinggi hari ini, berkenaan keputusan Mahkamah Sesyen tidak benarkan jaminan terhadap tertuduh.
Abd Razak Mohd Ali
Fri Jan 28 2022
![Bekas mudir maahad tahfiz didakwa 15 pertuduhan amang seksual Bekas mudir maahad tahfiz didakwa 15 pertuduhan amang seksual](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/41643343687_TBseksual.jpg)
Azizul didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini atas kesalahan amang seksual terhadap mangsa yang berumur antara 13 dan 15 tahun, di Maahad Tahfiz As Sharif Sri Jaya antara Februari dan Oktober 2021. - Foto Astro AWANI
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Bekas pengetua, kakitangan sekolah ditahan SPRM bantu siasatan salah guna kuasa Bekas pengetua, kakitangan sekolah ditahan SPRM bantu siasatan salah guna kuasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41673945340_SPRMLogoSPRM.jpg)
Bekas pengetua, kakitangan sekolah ditahan SPRM bantu siasatan salah guna kuasa
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan seorang bekas pengetua dan seorang kakitangan sebuah sekolah di negeri ini, pagi tadi, bagi membantu siasatan berhubung salah guna kuasa.
![Bekas pengetua didakwa lakukan amang seksual, rogol pelajar Bekas pengetua didakwa lakukan amang seksual, rogol pelajar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81673947662_Pengetuarogolter.jpg)
Bekas pengetua didakwa lakukan amang seksual, rogol pelajar
Seorang bekas pengetua mengaku tidak bersalah atas 13 pertuduhan berkomunikasi secara seksual, melakukan amang seksual fizikal dan merogol pelajarnya.
![Bekas pengetua maahad hadapi 15 kes amang seksual terhadap pelajar Bekas pengetua maahad hadapi 15 kes amang seksual terhadap pelajar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/41643343687_TBseksual.jpg)
Bekas pengetua maahad hadapi 15 kes amang seksual terhadap pelajar
Azizul menghadapi 14 pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap lima pelajar berusia antara 13 hingga 15 tahun.
![Bekas mudir maahad tahfiz didakwa 15 pertuduhan amang seksual Bekas mudir maahad tahfiz didakwa 15 pertuduhan amang seksual](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/41643343687_TBseksual.jpg)
Bekas mudir maahad tahfiz didakwa 15 pertuduhan amang seksual
Azizul mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan.
![Bekas pengetua sekolah didakwa cabul tiga kakitangan Bekas pengetua sekolah didakwa cabul tiga kakitangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/41624359026_courtgavelmahkam.jpg)
Bekas pengetua sekolah didakwa cabul tiga kakitangan
Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa yang berusia 33 tahun dengan niat untuk mencabul kehormatannya.