KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju memberikan penangguhan bayaran balik kepada peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang berpendapatan sehingga RM2,500 sebulan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, lebih 400,000 peminjam dijangka mendapat manfaat daripada langkah berkenaan dalam Belanjawan 2027.
"Bayaran balik minimum dikenakan hanya RM50 ke atas peminjam berpendapatan antara RM2,500 hingga RM3,000 sebulan," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat hari ini.
Selain itu, Anwar menambah, diskaun sebanyak 10 peratus akan diberikan kepada peminjam yang tidak mempunyai tunggakan dan membuat bayaran balik secara teratur.
“Kerajaan turut bersetuju memberikan potongan cukai kepada majikan yang membuat bayaran balik pinjaman PTPTN bagi pihak pekerja,” ujarnya.
Anwar menjelaskan insentif potongan cukai itu meliputi bayaran balik pinjaman yang dibuat mulai 1 Januari 2027 hingga 31 Disember 2028.