Skip to main content

Bisnes

Belanjawan 2027 dibentang 9 Oktober, Kerajaan garis 10 tumpuan utama

71729246539_TBANWARBAJET.jpg
Kementerian Kewangan menyatakan Belanjawan MADANI kelima itu akan terus berpaksikan tiga tonggak Ekonomi MADANI. - Gambar fail/Bernama
Advertisement

KUALA LUMPUR: Kerajaan menggariskan 10 bidang tumpuan utama Belanjawan 2027 yang dijadual dibentangkan di Parlimen pada 9 Oktober ini, dengan kepentingan rakyat menjadi keutamaan dalam setiap dasar, ikhtiar dan peruntukan yang bakal dipertimbangkan.

Menurut Kenyataan Prabelanjawan 2027 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan hari ini, Belanjawan MADANI kelima itu akan terus berpaksikan tiga tonggak Ekonomi MADANI.

Antaranya ialah Menaikkan Siling pertumbuhan negara, Menaikkan Lantai kesejahteraan hidup rakyat dan Memacu Pembaharuan Tatakelola pentadbiran negara.

Antara 10 tumpuan berkenaan ialah:

  1. Keadilan sosial dan pembangunan untuk semua


    Mengurangkan jurang pembangunan termasuk di Sabah, Sarawak, desa dan pedalaman, selain memperkasa PMKS, koperasi, belia, wanita dan komuniti rentan.

  2. Melindungi rakyat daripada tekanan kos sara hidup
. 

    Penambahbaikan subsidi dan bantuan sosial akan diteruskan, dengan beban isi rumah meliputi makanan, perumahan, pengangkutan, kesihatan, pendidikan dan penjagaan kanak-kanak turut dinilai.

  3. Memperkukuh perlindungan sosial


    Kerajaan akan menilai perlindungan KWSP, PERKESO dan skim berkaitan, termasuk bagi pekerja gig, tidak formal serta persediaan menghadapi status negara tua menjelang 2030.

  4. Pendidikan, kesihatan dan perkhidmatan asas


    Tumpuan termasuk TVET, STEM, digital dan AI, selain usaha mengurangkan kesesakan fasiliti kesihatan serta meningkatkan akses perkhidmatan asas.

  5. Perbelanjaan beri nilai terbaik kepada rakyat


    Setiap perbelanjaan kerajaan akan lebih berorientasikan hasil, termasuk mengurangkan ketirisan dan memastikan program benar-benar memberi kesan kepada rakyat.

  6. Tatakelola dan penyampaian kerajaan


    Kerajaan mahu memperluas GovTech, identiti digital dan penyepaduan data serta mengurangkan kerenah birokrasi.

  7. Kebajikan pekerja dan gaji bermaruah

    
TVET, latihan semula, kemahiran AI serta usaha meningkatkan produktiviti dan penyertaan wanita dalam tenaga buruh akan diberi perhatian.

  8. Usahawan tempatan dan ‘Made by Malaysia’


    Syarikat tempatan akan diperkasa untuk berkembang dan bersaing di pasaran ASEAN serta global.

  9. Pelaburan dan pekerjaan bernilai tinggi


    Tumpuan diberikan kepada sektor semikonduktor, AI, digital, peralihan tenaga, farmaseutikal, logistik dan aeroangkasa.

  10. Keterjaminan tenaga, makanan, iklim dan siber


    Kerajaan mahu memperkukuh tenaga bersih, agromakanan, kesiapsiagaan bencana serta perlindungan daripada ancaman siber.

Kesemua bidang tumpuan itu masih terbuka untuk diperhalusi menerusi maklum balas rakyat, dengan Portal Belanjawan https://belanjawan.mof.gov.my dibuka 18 Ogos bagi menerima pandangan dan cadangan orang ramai.
 

Must Watch Video

Advertisement