KUALA LUMPUR: Anak syarikat Berjaya Corporation Bhd (BCorp), Berjaya Group Bhd (BGroup) memeterai perjanjian dengan Naza Corporation Holdings Sdn Bhd untuk menjual 100 peratus kepentingan ekuiti dalam Berjaya Enviro Holdings Sdn Bhd (BEnviro) dengan harga RM700 juta.
Ketua Pegawai Eksekutif Bersama BCorp Vivienne Cheng Chi Fan berkata cadangan penjualan itu akan menyediakan peluang kepada kumpulan BCorp untuk menjana keuntungan daripada pelaburannya dalam BEnviro dengan anggaran keuntungan kira-kira RM490.74 juta.
Selain itu, katanya, cadangan tersebut juga dijangka meningkatkan lagi pendapatan, aset bersih dan tahap kadar hutang kumpulan.
"Penjualan BEnviro akan menjana pulangan kewangan yang besar daripada pelaburan BCorp dalam BEnviro yang mana keuntungan itu yang akan meningkatkan aset bersih dan penggunaan hasil dijangka memberi sumbangan positif kepada pendapatan kumpulan pada masa depan.
"Nilai RM700 juta itu adalah 18.4 kali nisbah harga kepada pendapatan yang dipersetujui berdasarkan jaminan keuntungan tiga tahun akan datang iaitu sebanyak RM38 juta setahun," katanya pada majlis permeteraian perjanjian pindahan pemilikan BEnviro antara BGroup dan Naza, di sini, hari ini.
BEnviro terlibat dalam segmen perniagaan pengurusan sisa pepejal dengan tapak pelupusan sanitari tereka bentuk, pengurusan gas tapak pelupusan melalui penjanaan tenaga boleh baharu daripada gas tapak pelupusan dan pengurusan sisa berjadual melalui kitar semula, rawatan dan pelupusan.
Projek pengurusan sisa BEnviro termasuk Tapak Pelupusan Sanitari Bukit Tagar di Selangor.
Selepas cadangan penjualan itu selesai, kedua-dua BGroup dan BEnviro akan menubuhkan syarikat usaha sama - dengan BGroup dan BEnviro masing-masing memiliki 49 dan 51 peratus - untuk bekerjasama dalam semua projek baharu termasuk tetapi tidak terhad kepada tapak pelupusan sanitari, pengurusan alam sekitar dan sisa buangan di Malaysia dan luar negara.
"Setelah selesai cadangan penjualan itu, kami akan terus meneroka projek baharu dengan BEnviro melalui syarikat usaha sama tersebut dan komited untuk terus menyediakan perkhidmatan kerja kejuruteraan alam sekitar
"Keputusan untuk menjual BEnviro dibuat selepas pertimbangan yang teliti dan analisis keadaan pasaran semasa serta matlamat strategik BCorp," kata Vivienne.
Sementara itu, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Naza SM Nasarudin SM Nasimuddin berkata melalui cadangan pengambilalihan tersebut, Naza akan memanfaatkan infrastruktur operasi yang luas, kecanggihan teknologi dan tenaga kerja berbakat BEnviro serta tujuh anak syarikatnya dan menyasar untuk mengekalkan pengurusan serta tenaga kerja entiti terbabit untuk kesinambungan perniagaan.
"Pengambilalihan ini mengukuhkan lagi tumpuan Naza ke arah pertumbuhan strategik capaian perniagaannya (dengan) meneroka penyediaan penyelesaian pengurusan sisa yang komprehensif dan menggalakkan kelestarian alam sekitar.
"Kumpulan meneroka sektor baharu yang sejajar dengan visi pembangunan mampan, kecekapan sumber dan mendukung standard tertinggi penjagaan alam sekitar," katanya dalam satu kenyataan berasingan.
Beliau berkata pengurusan sisa, aspek penting dalam ekonomi hijau dengan potensi pertumbuhan yang besar adalah sejajar dengan visi syarikat tersebut.
"Perniagaan pengurusan sisa mempunyai aliran pendapatan yang stabil dan terjamin dan industri ini bersifat bukan kitaran, yang mana kedua-dua itu merupakan pertimbangan utama bagi cadangan pengambilalihan ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 17 2023

Cadangan penjualan itu akan menyediakan peluang kepada kumpulan BCorp untuk menjana keuntungan daripada pelaburannya dalam BEnviro dengan anggaran keuntungan kira-kira RM490.74 juta. - Foto Berjaya

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Berjaya Group akan jual 100 peratus ekuiti Benviro kepada Naza dengan harga RM700 juta
Anak syarikat Berjaya Corporation Bhd, Berjaya Group Bhd memeterai perjanjian dengan Naza Corporation Holdings untuk menjual 100 peratus kepentingan ekuiti dalam Berjaya Enviro Holdings Sdn Bhd.

Dana Lindung Nilai Patuh Syariah pertama di Malaysia bakal dicadangkan - Vincent Tan
Syariah Hedge Fund yang pertama di Malaysia, meliputi lebih 70,000 saham di dunia dengan 400 komoditi patut syariah bakal dicadangkan untuk pelancaran, tidak lama lagi.

Program francais 7-Eleven kembali lagi
7-Eleven Malaysia Holdings Bhd melancarkan pakej francais dengan pelaburan sebanyak RM250,000.

Perkahwinan dua waris syarikat Naza dan Berjaya: Nama Chryseis Tan paling dicari
Pernikahan pasangan sama cantik sama padan yang diibaratkan bak sang puteri dan putera raja yang menyatukan dua keluarga jutawan terbesar negara iaitu Naza Group dan Berjaya Group.

Waris Syarikat Naza dan Berjaya bernikah hari ini?
Waris kepada dua syarikat terbesar di Malaysia, Naza Group dan Berjaya Group dikatakan sudah mendirikan rumah tangga hari ini.

Sultan Johor pemegang saham kedua terbesar 7-Eleven
Pemegang saham terbesar syarikat itu adalah Tan Sri Vincent Tan yang juga merupakan pemilik Berjaya Group.

Waris Berjaya dan Naza jalin pertunangan
Mereka juga telah mengumumkan tarikh perkahwinan mereka, setelah bertahun mengenali masing-masing.