KUALA LUMPUR: Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) merupakan inisiatif bantuan tunai langsung tertinggi dalam sejarah berbanding Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan Bantuan Sara Hidup (BSH), kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Dalam kenyataan hari ini, beliau memaklumkan seperti diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini, BKM Fasa 2 ditambah baik dengan bantuan tunai tambahan bernilai RM630 juta, menjadikan jumlah peruntukan keseluruhan BKM sebanyak RM8.2 bilion.
"Sebagai perbandingan, kadar maksimum BKM adalah RM2,600 berbanding BR1M (RM1,200) dan BSH (RM1,480), iaitu peningkatan bantuan sebanyak 120 peratus sejak inisiatif bantuan tunai langsung mula diperkenalkan.
"Peningkatan ini adalah kerana had kelayakan untuk menerima BKM telah dinaikkan daripada berpendapatan RM4,000 ke bawah sebulan untuk BSH kepada RM5,000 ke bawah sebulan untuk BKM," katanya.
Beliau berkata jumlah penerima BKM adalah seramai 8.6 juta berbanding BSH hanya 4.5 juta penerima.
Tengku Zafrul berkata ini bermakna lebih ramai Keluarga Malaysia layak untuk menerima bantuan, termasuklah sebahagian M40 dan bukan terhad kepada golongan B40 sahaja seperti untuk inisiatif bantuan tunai langsung sebelum ini.
Beliau berkata lazimnya BKM dikenali sebagai bantuan kepada golongan B40, namun hakikatnya bantuan itu kini memanfaatkan 12.6 juta individu, iaitu bersamaan 60 peratus daripada rakyat dewasa di Malaysia.
Katanya Kementerian Kewangan akan terus memantau faktor-faktor luaran yang boleh memberi impak negatif kepada situasi ekonomi domestik bagi memastikan kos sara hidup rakyat terkawal.
"Kerajaan juga sentiasa memantau situasi semasa dan yakinlah bahawa dasar kerajaan, baik dari segi bantuan langsung mahupun yang tidak langsung seperti subsidi keperluan asas, adalah bertujuan memastikan kebajikan rakyat sentiasa terbela," katanya.
Perdana Menteri pada 22 Jun lepas mengumumkan bantuan tunai tambahan di bawah BKM iaitu RM100 untuk isi rumah dan RM50 bagi golongan bujang setelah kerajaan mengambil kira cabaran kos sara hidup dan kenaikan harga barang makanan kebelakangan ini.
Dalam pada itu, Tengku Zafrul berkata BKM Fasa 2 dengan peruntukan sebanyak RM1.74 bilion yang dibayar secara berperingkat kepada penerima yang layak bermula hari ini (27 Jun) akan memanfaatkan 4 juta isi rumah, 1.2 juta warga emas (bujang/tiada pasangan) dan 3.4 juta individu bujang.
Semakan status pembayaran boleh dibuat mulai hari ini melalui pautan https://bkm.hasil.gov.my.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 27 2022

Tengku Zafrul berkata jumlah penerima BKM adalah seramai 8.6 juta berbanding BSH hanya 4.5 juta penerima. - Gambar fail/Astro AWANI

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
Pentagon umum pengurangan kakitangan awam
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan sekurang-kurangnya lima peratus tenaga kerja awamnya, bermula minggu depan.

Tindakan percepat BKM Fasa 4 tidak wajar - Bersih
Tindakan itu dilihat sebagai satu bentuk pengaruh tidak wajar dan melanggar konvensyen amalan kerajaan sementara yang diamalkan di negara-negara lain.

Penerima BKM boleh tebus RM75 Baucar Perlindungan Tenang dengan RM5
Persatuan industri insurans menasihatkan semua penerima BKM supaya memastikan mereka mengetahui kelayakan mereka dengan menyemak portal MyPTV.

Harga ayam RM9.40 sekilogram bermula hari ini
Keputusan tersebut dicapai selepas kerajaan putuskan untuk tidak mengapungkan harga ayam, sebaliknya meneruskan subsidi.

BKM: Bantuan cecah RM8.2 bilion, tertinggi dalam sejarah - Tengku Zafrul
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) merupakan inisiatif bantuan tunai langsung tertinggi dalam sejarah berbanding Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan Bantuan Sara Hidup (BSH).

BKM Fasa 2: 8.6 juta bakal terima secara berperingkat mulai hari ini
BKM Fasa 2 dengan peruntukan sebanyak RM1.74 bilion akan memanfaatkan 4.0 juta isi rumah, 1.2 juta warga emas (bujang/tiada pasangan) dan 3.4 juta individu bujang.

BKM mula dibayar 28 Mac, ringankan beban rakyat sambut Ramadan - PM
Penerima akan mendapat bayaran sebanyak RM100 hingga RM300 berdasarkan kelayakan setiap penerima.

Hampir 1.5 juta permohonan BKM sudah diterima setakat 7 Januari - Zafrul
Sehingga kini direkodkan juga hampir 95 peratus permohonan baharu dan kemaskini dibuat secara dalam talian.

Daftar, kemas kini maklumat untuk BKM bermula 1 Jan - Mohd Shahar
Individu yang layak menerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) boleh membuat pendaftaran atau mengemas kini maklumat masing-masing bermula 1 hingga 31 Jan depan.

4.8 juta golongan bujang dapat BKM, RM350 untuk pendapatan di bawah RM2,500
Manakala, warga emas bujang atau tiada pasangan dengan pendapatan kurang daripada RM5,000 akan menerima RM600.