KUALA LUMPUR: Global Infrastructure Partners (GIP) menegaskan BlackRock Inc tidak pernah sama sekali terlibat dalam sebarang transaksi berhubung penstrukturan semula kepentingan dalam Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) melalui Gateway Development Alliance (GDA).
Ketua Bahagian Pengangkutan di GIP dan Pengarah GDA Phil Iley berkata seperti yang diumumkan pada Januari lepas, GIP akan diambil alih oleh BlackRock dengan transaksi tersebut dijangka akan dimuktamadkan pada suku ketiga 2024.
Beliau berkata BlackRock mengiktiraf kepakaran GIP dalam pelaburan berkaitan infrastruktur.
"Selepas transaksi ini dimuktamadkan, pihak pengurusan sedia ada GIP akan mengekalkan kawalan penuh dan tanggungjawab bagi hala tuju strategik dan operasi GIP serta syarikat-syarikat di bawah pelaburan kami," katanya dalam jawapan bertulis kepada Bernama.
GIP merupakan pelabur infrastruktur terkemuka yang menguruskan aset bernilai US$112 bilion (RM527.5 bilion) bagi pihak pelaburnya, yang terdiri daripada kira-kira 500 institusi pelaburan di seluruh dunia.
Pada 15 Mei lepas, GDA dan pemegang sahamnya mengumumkan tawaran sukarela prasyarat untuk mengambil alih semua saham dalam MAHB yang belum dimiliki oleh Konsortium, pada harga tawaran sebanyak RM11 sesaham yang bersamaan dengan RM18.4 bilion.
Konsortium itu diterajui oleh dua Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan Malaysia - Khazanah Nasional Bhd melalui anak syarikat milik penuhnya, UEM Group Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Iley berkata GIP memiliki kepakaran dalam pelaburan, pengurusan dan pengoperasian antara perniagaan infrastruktur terbesar dan paling rumit di dunia, termasuklah beberapa lapangan terbang.
"GIP yakin dengan potensi yang ada pada MAHB dan Malaysia serta percaya bahawa GDA boleh mengembangkan lagi MAHB menerusi inisiatif yang menambah baik pengalaman penumpang, meningkatkan keterhubungan syarikat penerbangan dan menaik taraf infrastruktur lapangan terbang.
"GIP percaya inisiatif ini akan mewujudkan manfaat ekonomi yang berpanjangan bukan sahaja bagi MAHB dan para pemegang taruhnya tetapi juga buat ekonomi dan rakyat Malaysia," katanya.
Pelaburan dalam MAHB
Menurut Iley, tawaran yang dikemukakan oleh GDA merupakan peluang untuk menggunakan kepakaran yang ada bagi membawa penambahbaikan di MAHB yang akan memanfaatkan semua pemegang taruh termasuklah penumpang, syarikat penerbangan, kakitangan dan perniagaan lain secara lebih meluas yang berkaitan dengan lapangan terbang MAHB, daripada pelancongan hingga kepada pembuatan.
"Menerusi pelaburan yang signifikan dalam MAHB, kami dan rakan strategik lain memiliki insentif yang sangat kuat untuk memastikan ia mencapai sasaran yang telah kami gariskan.
"Di samping itu, meskipun kami hanya merupakan pemegang saham minoriti, kami turut akan memainkan peranan selaku rakan strategik teknikal dalam GDA dan menyediakan MAHB dengan seberapa banyak sokongan dan bantuan operasi yang mereka perlukan.
"Kami bersama-sama rakan konsortium yang lain sangat optimis dan komited untuk membawa MAHB ke tahap yang lebih tinggi," katanya.
Iley turut menekankan bahawa GIP sentiasa berhasrat untuk melabur dalam aset infrastruktur utama di seluruh dunia yang menyediakan perkhidmatan penting dan menyokong pertumbuhan ekonomi.
"MAHB memiliki peluang yang cerah untuk kembali meningkatkan kedudukan pasaran mereka dan memulihkan jaringan rangkaian penerbangan mereka yang berada di bawah paras optimum sejak beberapa tahun ini," katanya.
Iley berkata GIP merupakan pelabur jangka panjang dan secara kebiasaannya, melabur dalam lapangan terbang tertentu selama lebih 10 tahun dan ia perlu mengambil keputusan pelaburan jangka panjang dengan rakan strategik mereka untuk memastikan lapangan terbang di bawah MAHB memiliki kapasiti yang mencukupi bagi beberapa dekad yang mendatang.
"Bagi kami, apa yang lebih penting ialah merealisasikan potensi yang ada pada rangkaian lapangan terbang ini berbanding melaksanakan usaha kami berdasarkan tarikh akhir yang sudah ditentukan.
"Seandainya transformasi ini berjaya dilaksanakan, kami akan mempertimbangkan penyenaraian semula MAHB dalam pasaran saham Malaysia pada masa depan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 21 2024

GIP percaya GDA boleh mengembangkan lagi MAHB menerusi inisiatif yang menambah baik pengalaman penumpang, meningkatkan keterhubungan syarikat penerbangan dan menaik taraf infrastruktur lapangan terbang. - Gambar hiasan/BERNAMA
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Jangan kelirukan orang ramai, BlackRock tidak miliki GIP - Lee Chuan How
Ahli Parlimen tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan yang mengelirukan ahli yang lain dan orang awam dengan dakwaan BlackRock Inc memiliki 100 peratus saham dalam Global Infrastructure Partners.

Malaysia kekal terbuka terhadap perdagangan, pelaburan - PM Anwar
Anwar berkata kerjasama antara MAHB dan firma Global Infrastructure Partners (GIP) yang berpangkalan di New York, adalah penting kepada negara.

BlackRock tidak terlibat dalam penstrukturan semula kepentingan MAHB - GIP
Katanya, seperti yang diumumkan pada Januari, GIP akan diambil alih BlackRock dengan transaksi *ijangka dimuktamadkan pada suku ketiga 2024.