KUALA LUMPUR:Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan peruntukan tambahan kepada Kemudahan Bantuan dan Pemulihan Bersasar (TRRF) berjumlah RM2 bilion serta penubuhan Kemudahan Bantuan Bencana (DRF) 2021 sebanyak RM200 juta.
Dalam satu kenyataan hari ini, BNM berkata peruntukan tambahan TRRF itu meningkatkan jumlah peruntukan kepada RM4 bilion dan ia akan disediakan sehingga 31 Dis, 2021 atau setelah peruntukan digunakan sepenuhnya, yang mana terdahulu.
"Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang merupakan penerima Kemudahan Bantuan Khas dan Pembiayaan PKS Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) kini boleh memohon TRRF, tertakluk pada jumlah had pembiayaan tidak melebihi RM500,000.
"Bagi PKS dalam subsektor perkhidmatan pelancongan dan berkaitan pelancongan, bantuan terus disediakan di bawah Kemudahan Pelancongan PENJANA yang ada," katanya.
Sementara itu, DRF 2021 dengan peruntukan sebanyak RM200 juta ditubuhkan untukmengurangkan beban kewangan dan membantu memulihkan operasi perniagaan PKS yang terjejas akibat banjir baru-baru ini di daerah yang dikenal pasti oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara sebagai kawasan bencana banjir.
Bank pusat berkata DRF 2021 bertujuan membantu PKS menampung kos membaik pulih dan menggantikan aset untuk kegunaan perniagaan yang mengalami kerosakan.
"Dana ini ditawarkan kepada PKS Malaysia termasuk perusahaan mikro denganjumlah pembiayaan maksimum sehingga RM500,000 bagi setiap PKS dan sehingga RM75,000 bagi setiap perusahaan mikro.
"Tempoh pembiayaan adalah sehingga lima tahun, termasuk moratorium selama enam bulan bagi bayaran pokok dan faedah. Kadar pembiayaan adalah sehingga 3.50 peratus setahun, termasuk fi jaminan," jelas BNM.
Kemudahan ini disediakan sehingga 31 Julai, 2021 atau setelah peruntukan digunakan sepenuhnya, mana-mana yang lebih awal.
Bank pusat berkata perniagaan yang terjejas boleh memohon pembiayaan pada kadar konsesidaripada institusi kewangan peserta yang terdiri daripada bank perdagangan, bank-bank Islam dan institusi kewangan pembangunan yang dikawal selia oleh BNM.
PKS dalam sektor lain boleh mendapatkan pelbagai kemudahan yang disediakan dibawah Dana BNM untuk PKS, tambahnya.
Keterangan lanjut mengenai dana ini boleh didapati di www.bnm.gov.my/covid19/ atau orang ramai boleh menghubungi BNM di bnm.my/LINK .
Maklumat lanjut mengenai DRF 2021 boleh didapati di www.bnm.gov.my/sme-financing .
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 05 2021

Bank pusat berkata DRF 2021 bertujuan membantu PKS menampung kos membaik pulih dan menggantikan aset untuk kegunaan perniagaan yang mengalami kerosakan. - Gambar fail

Ukraine sedia terima gencatan senjata 30 hari dengan Rusia
Ukraine menyatakan kesediaannya untuk menerima gencatan senjata selama 30 hari dengan Rusia, ketika delegasi dari Kyiv dan Washington bertemu di Arab Saudi.

Perdagangan borong, runcit Malaysia cecah RM148.9 bilion pada Januari 2025
Perdagangan runcit mencatatkan jualan sebanyak RM66.1 bilion, meningkat 8.2 peratus atau RM5.0 bilion berbanding tahun lalu.

Ekonomi Malaysia 2025 dijangka berkembang 4.5 - 5.0 peratus - SME Bank
Jangkaan ini mencerminkan sentimen ekonomi yang positif, selaras dengan kerangka Ekonomi MADANI yang menekankan pertumbuhan mampan.
AWANI Pagi: Menjelang Aidilfitri - Tiket bas ada lagi nak balik raya?
Mungkin ada yang mula gelisah, ada lagi ke tiket bas nak balik raya? Ikuti perkongsian Pengurus Kanan Operasi TBS, Faizal Redza Redzuan berkenaan kemas kini semasa tiket bas untuk anak perantau yang ingin pulang ke kampung halaman masing-masing.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi

Bursa Malaysia dibuka rendah, indeks utama susut di bawah paras 1,500
Pada 9.10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menguncup 20.53 mata atau 1.35 peratus kepada 1,499.62 daripada 1,520.15 pada akhir dagangan semalam.

Video tular: Polis kesan individu bertengkar di Lebuhraya EDL
Video berdurasi 27 saat itu menunjukkan seorang lelaki bertikam lidah dengan individu lain.

Saman sekolah selepas alami tekanan mental
Ortiz menyaman sekolah itu atas dakwaan pengabaian pendidikan yang menyebabkan tekanan emosi.

SPRM tahan 16 individu disyaki terlibat rasuah membabitkan pendaftaran kelahiran
SPRM telah melancarkan Op Outlander dan Op Birth semalam membabitkan serbuan ke atas beberapa premis.

Warga emas cedera digigit anjing liar ketika pulang dari bazar
Pengadu mendapati anjing tersebut tidak bertuan kerana tidak pernah nampak mana-mana individu yang membawa atau bersama anjing tersebut.

Lima video 'deepfake' janaan AI berkaitan penipuan pelaburan dikesan sejak tahun lepas
Polis telah mengesan lima video deepfake berkaitan penipuan pelaburan yang dihasilkan menggunakan AI dan diviralkan di media sosial.

Lima fokus utama dasar monetari BNM tahun ini - Penganalisis ekonomi
Pengaruh penurunan kadar faedah global dan risiko kemelesetan ekonomi AS turut menjadi pertimbangan BNM.

Papar kos purata prosedur, rawatan biasa antara syor persatuan insurans kepada PAC
Tiga persatuan utama insurans negara telah mengemukakan cadangan kepada Jawatankuasa KIra-Kira Wang Negara (PAC) bagi meningkatkan kemampuan, dalam sektor penjagaan kesihatan dan insurans Malaysia.

Ringgit teruskan momentum mengukuh berbanding dolar AS
Ringgit meneruskan aliran pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada akhir urus niaga Jumaat.

BNM kekal OPR pada 3.0 peratus
Bank pusat itu berkata ekonomi global tahun ini diunjur akan dikekalkan oleh keadaan pasaran buruh yang positif, inflasi sederhana dan dasar monetari yang kurang ketat.

Kes penipuan di Negeri Sembilan meningkat, kerugian cecah RM21.2 juta
Ahmad Dzaffir berkata jumlah kes juga meningkat kepada 526 pada Jan dan Feb 2025 berbanding 331 kes bagi tempoh sama tahun sebelumnya.

Mekanisme perdagangan, pelaburan dalam mata wang tempatan akan terus diperkukuh
Langkah itu secara langsung dapat menyokong usaha ke arah memastikan kelestarian dan kestabilan kewangan serantau.

Rizab antarabangsa Malaysia berjumlah AS$117.7 bilion pada 14 Feb 2025
Bank pusat menjelaskan paras rizab itu memadai untuk membiayai lima bulan import barangan dan perkhidmatan serta 0.9 kali jumlah hutang luar negara jangka masa pendek.

Ringgit dalam hala tuju tepat meskipun berdepan perang perdagangan AS - Gabenor BNM
Pergerakan ringgit berada dalam hala tuju yang tepat meskipun berada dalam persekitaran ketidaktentuan akibat perang perdagangan Amerika Syarikat (AS).

Ringgit menambah nilai keseluruhan sebanyak 2.7 peratus berbanding dolar US pada 2024 - BNM
Ringgit menambah nilai keseluruhan sebanyak 2.7 peratus dolar US pada 2024, merupakan satu daripada beberapa mata wang di Asia yang meningkat berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS).

Inflasi keseluruhan, inflasi teras turun kepada 1.8 peratus pada 2024
Inflasi keseluruhan dan inflasi teras Malaysia bagi 2024 masing-masing turun kepada 1.8 peratus, berbanding 2.5 peratus dan 3.0 peratus pada 2023.