KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) melakukan penambahbaikan ke atas beberapa kemudahan di bawah Dana BNM untuk Perusahan Kecil dan Sederhana (PKS) yang bertujuan menyokong operasi dan menyediakan bantuan kepada sektor itu.
Dalam kenyataan pada Jumaat, bank pusat mengumumkan peruntukan tambahan RM4 bilion bagi Dana BNM untuk PKS, yang termasuk peruntukan bagi Kemudahan Bantuan dan Pemulihan Bersasar (TRRF) sebanyak RM2 bilion.
"Penambahan ini meningkatkan jumlah peruntukan kepada RM6 bilion. TRRF bertujuan memberikan bantuan dan sokongan untuk pemulihan PKS dalam sektor perkhidmatan," jelasnya.
Menurut BNM, peruntukan Kemudahan Semua Sektor Ekonomi (AES) turut ditambah sebanyak RM2 bilion sekali gus meningkatkan peruntukan keseluruhan kepada RM6.5 bilion.
Kemudahan AES ini terbuka kepada PKS daripada semua sektor ekonomi dan bertujuan meningkatkan akses PKS kepada pembiayaan dan menyokong pertumbuhan, tambahnya.
BNM menjelaskan penambahbaikan tersebut telah diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin masing-masing di bawah pakej Program Strategik Memperkasa Rakyat Dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA Tambahan) serta Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).
Bank pusat juga melakukan penambahbaikan ciri kemudahan TRRF dan Pembiayaan Pelancongan PENJANA (PTF) untuk membolehkan PKS menggunakan sebahagian pembiayaan bagi membayar balik pinjaman perniagaan yang sedia ada (iaitu pembiayaan semula).
"Jumlah maksimum yang boleh digunakan untuk pembiayaan semula adalah sehingga 30 peratus daripada pembiayaan yang diluluskan bagi TRRF dan bagi PTF pula sehingga 50 peratus daripada pembiayaan yang diluluskan," menurutnya.
BNM menambah, selain itu, penerima Kemudahan Bantuan Khas dan Pembiayaan PKS PENJANA kini layak untuk memohon PTF (sehingga RM300,000 bagi setiap PKS).
PTF bertujuan menyokong PKS dalam sektor pelancongan dengan membantu mereka mengekalkan keupayaan dan membuat penyesuaian serta terus berdaya maju selepas pandemik.
"PKS yang berminat boleh terus memohon untuk mendapatkan kemudahan-kemudahan ini daripada institusi kewangan peserta.
"PKS juga boleh merujuk bnm.gov.my/covid19 atau menghubungi kami melalui bnm.my/LINK jika mempunyai sebarang pertanyaan mengenai kemudahan pembiayaan BNM," jelas bank pusat.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 02 2021

Menurut BNM, peruntukan Kemudahan Semua Sektor Ekonomi (AES) turut ditambah sebanyak RM2 bilion sekali gus meningkatkan peruntukan keseluruhan kepada RM6.5 bilion. - Gambar fail

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.

Dua wanita warga emas rugi lebih RM300,000 diperdaya 'phone scam'
Dua wanita warga emas di Pahang kerugian RM327,829 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan dalam talian yang menyamar sebagai pegawai polis dan pegawai Bank Negara Malaysia (BNM).

Bursa Malaysia dibuka tinggi berikutan belian semasa harga rendah
Aktiviti belian saham semasa harga rendah mendorong Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pada Khamis selepas menyusut semalam.

Pengekalan OPR pada 3% gambarkan BNM tidak risau ringgit lemah - Pakar ekonomi
Pakar Ekonomi Sumitomo Mitsui Bank berkata, semalam BNM menyatakan -Ringgit pada masa ini tidak menggambarkan asas ekonomi Malaysia".

1MDB: Penganalisis BNM nafi sekongkol dengan SPRM sedia laporan jejak wang ke akaun Najib
Peguam utama Najib menuduh penganalisis Bank Negara tidak bebas' dan bersekongkol dengan SPRM semasa membuat laporan mengenai jejak wang 1MDB.

Jejak wang 1MDB dalam akaun Najib selesai - Saksi
Penganalisis Pasukan Petugas Khas 1MDB membuat rumusan selepas selesai memberikan keterangan mengenai jejak wang 1MDB yang dipindahkan ke dua akaun peribadi Najib.

BNM dijangka kekalkan OPR sehingga akhir tahun
Bank Negara Malaysia dijangka mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.00 peratus sehingga akhir tahun ini.

Ringgit tunjuk tanda kenaikan - Gabenor BNM
Ringgit susut sebanyak 5.8 peratus pada suku kedua 2023 namun meningkat sebanyak 1.1 peratus dalam tempoh suku ketiga setakat ini.

RHB Research jangka BNM kekalkan OPR pada 3.0 peratus
RHB Research menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.0 peratus dengan mengekalkan pendirian neutral dalam mesyuarat jawatankuasa dasar monetari pada 6 Ju

OPR naik bercanggah dengan strategi ekonomi kerajaan - SPCAAM
SPCAAM menyifatkan tindakan Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) adalah suatu perkara yang bercanggah dengan keseluruhan strategi ekonomi kerajaan.

OPR 3 peratus selari dengan pengukuhan ekonomi negara - Bank Negara
Bank Negara Malaysia (BNM) berkata kadar dasar semalaman (OPR) pada tiga peratus membawa kembali kadar faedah penanda aras itu ke paras sebelum krisis.