KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia Bhd dan Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia (PRIBUMI) telah melancarkan PRIBUMI Bursa Malaysia Zakat Index (PBMZI) hari ini.
Pengerusi Bursa Malaysia, Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata, indeks baharu ini direka khas untuk menggalakkan pengiktirafan lebih besar terhadap syarikat tersenarai awam (PLC) yang memilih untuk mengamal amalan zakat korporat.
Pelancaran indeks zakat pertama di dunia ini juga bertujuan mengiktiraf penerbit tersenarai yang membayar zakat dan menggalakkan sumbangan zakat lebih besar daripada lebih banyak PLC.
“Pada masa ini, indeks zakat mempunyai 27 konstituen merentasi pelbagai sektor, termasuk perkhidmatan kewangan, utiliti, telekomunikasi, hartanah, perladangan, teknologi, penjagaan kesihatan, pengangkutan, produk pengguna, dan tenaga,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran Indeks Zakat di sini hari ini.
Beliau berkata, PBMZI menjejaki prestasi 200 syarikat teratas yang tersenarai di Pasaran Utama Bursa Malaysia yang memenuhi kriteria kelayakan tertentu, iaitu syarikat yang menguntungkan dan membuat sumbangan zakat korporat.
“Bursa Malaysia menjangkakan bahawa Indeks Zakat PRIBUMI Bursa Malaysia akan menjadi asas bagi pembangunan beberapa produk pasaran modal, termasuk dana dagangan bursa dan dana amanah saham,” tambah Wahid Omar.
Produk-produk ini akan menawarkan pilihan pelaburan yang pelbagai dan beretika kepada para pelabur.
Pada masa sama, Presiden PRIBUMI, Izrul Zainal Abidin, berkata, dalam proses ini, pihaknya telah mengenal pasti bahawa mungkin terdapat beberapa syarikat senaraian awam (PLC) yang membayar zakat perniagaan, tetapi ia mungkin direkodkan di bawah kos operasi atau CSR.
“Terdapat juga kekurangan kesedaran mengenai zakat perniagaan dan salah faham di kalangan PLC apabila Bursa cuba mendekati mereka,
“Maklum balas yang diberikan adalah mereka membayar zakat, tetapi sebenarnya ia bukanlah zakat perniagaan tapi meminta kakitangan membayar zakat yang sebenarnya adalah untuk zakat individu,” katanya.
Oleh itu, dengan adanya Indeks Zakat ini, ia dapat menjadikannya sebagai platform untuk mendekati PLC secara individu serta mempromosikan zakat perniagaan.
Nina Rozman
Mon Jul 15 2024

Indeks baharu ini direka khas untuk menggalakkan pengiktirafan lebih besar terhadap syarikat tersenarai awam (PLC) yang memilih untuk mengamal amalan zakat korporat. - Gambar hiasan

Jemaah menteri perlu terbuka terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
Anwar turut mengingatkan Jemaah Menteri mengenai perlunya kesatuan dan kebersamaan sekali gus berfungsi sebagai sebuah kerajaan MADANI.

Sidang kemuncak pemimpin Arab bermula di Riyadh di sebalik perancangan pembangunan semula Gaza
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak peringkat tinggi di Riyadh.

TFC, Kuching City seri 2-2 di SSMZA
TFC terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas diikat 2-2 oleh Kuching City FC dalam aksi Liga Super 2024/2025.

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

Prospek Bursa Malaysia kekal memberangsangkan - Wahid Omar
Prospek pasaran Bursa Malaysia kekal memberangsangkan, disokong oleh pelabur domestik dan asing.

Bursa Malaysia dan PRIBUMI lancar indeks zakat pertama dunia
Bursa Malaysia Bhd dan Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia (PRIBUMI) telah melancarkan PRIBUMI Bursa Malaysia Zakat Index (PBMZI) hari ini.

Lebih 81 peratus syarikat senaraian awam di Bursa Malaysia patuh syariah - Pengerusi
Sebanyak 820 syarikat atau 81.3 peratus daripada keseluruhan 1,009 syarikat senaraian awam (PLC) di Bursa Malaysia patuh Syariah setakat 27 Mei, 2024, kata Pengerusi Tan Sri Abdul Wahid Omar.

Penguasaan korporat Bumiputera di Bursa Malaysia hanya 7 peratus - Abdul Wahid
Penguasaan korporat Bumiputera dalam kalangan syarikat tersenarai awam, Public Listed Company (PLC) setakat tahun 2022 hanyalah 7 peratus.

Kerajaan gesa kepada lebih banyak penglibatan belia bagi bentuk agenda ESG Malaysia
Hanifah berkata, belia perlu bersuara dalam pembangunan inisiatif kemampanan dan menjadi sebahagian daripada agenda hijau.

Bank perlu senaraikan anak syarikat perbankan Islam - Bursa Malaysia
Bursa Malaysia Bhd menggalakkan institusi kewangan supaya mula meneroka kemungkinan menyenaraikan anak syarikat perbankan Islam masing-masing walaupun menghadapi cabaran instrumen ekuiti patuh syariah

WEF iktiraf usaha peralihan tenaga Malaysia sebagai terbaik di Asia Tenggara - Abdul Wahid
WEF mengiktiraf kemajuan dan rancangan Malaysia untuk memastikan peralihan tenaga dilaksanakan tepat pada masanya dan bersesuaian.

Wujudkan budaya beramanah untuk program pemberi maklumat yang efektif - Wahid Omar
Mewujudkan persekitaran yang beramanah secara dalaman dan luaran adalah penting untuk organisasi bagi memastikan program pemberi maklumat atau 'whistleblower' yang efektif.

Belanjawan 2023: Sektor korporat ceria tanpa Cukai Makmur - Wahid Omar
Ketiadaan Cukai Makmur yang berpotensi mengurangkan lima hingga enam peratus daripada pendapatan saham-saham komponen FBM KLCI 2023, memberikan kelegaan besar kepada sektor korporat.

Bursa Malaysia lancar BCX, dagangan karbon patuh syariah pertama
Bursa Malaysia Berhad hari melancarkan Bursa Carbon Exchange (BCX) bagi Pasaran Karbon Sukarela (VCM) yang mematuhi syariah, pertama seumpamanya di dunia.