KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup rendah bagi hari pertama dagangan minggu ini berikutan aktiviti pengambilan untung dalam hampir kesemua kaunter berkaitan indeks susulan kenaikan baru-baru ini dan juga seiring dengan prestasi lemah di pasaran serantau.
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 14.48 mata atau 0.89 peratus kepada 1,622.07 daripada paras penutup 1,636.55 pada Jumaat minggu lepas.
Indeks petunjuk pasaran itu dibuka tinggi naik 0.57 mata kepada 1,637.12, paras tertinggi intra harinya dan menyusut ke paras terendah intra hari pada 1,616.74 sebelum sesi rehat tengah hari.
Di keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 1,044 berbanding 285, dengan 404 kaunter tidak berubah, 715 tidak diniagakan dan 16 yang lain digantung.
Jumlah dagangan meningkat kepada 5.34 bilion unit bernilai RM3.42 bilion daripada paras penutup 4.43 bilion unit bernilai RM3.27 bilion pada Jumaat minggu lepas.
Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berpendapat aktiviti jualan hari ini sebagai penurunan yang sihat yang memberi peluang baik kepada pelabur untuk mengumpul saham pada harga rendah.
"Indeks petunjuk pasaran mencatatkan penurunan ketara pada minggu lepas, susut daripada paras 1,638.29 kepada 1,617.04.
"Meskipun penurunan jangka pendek ini, indeks masih kekal pada purata harga utama jangka panjang menunjukkan ia masih kekal dalam aliran meningkat," katanya kepada Bernama.
Keseluruhannya, Thong berkata tinjauan semasa menunjukkan perlu mengambil pendekatan berhati-hati dalam tempoh jangka pendek namun dalam jangka masa panjang ia masih kekal positif selagi paras sokongan utama kekal.
"Kami menjangkakan FBM KLCI diniagakan dalam jajaran 1,610-1,630 bagi minggu ini," katanya.
Beliau berkata para pelabur, sebaliknya, kelihatan telah bersedia dengan pengumuman Presiden AS Joe Biden menarik diri daripada bertanding dalam pilihan raya dan menyokong Naib Presiden Kamala Harris sebagai calon Demokrat.
Di pasaran tempatan, saham wajaran tinggi Maybank turun 4.0 sen kepada RM10.06, Public Bank susut 5.0 sen kepada RM4.19, CIMB Group berkurangan 3.0 sen kepada RM7.12, IHH Healthcare jatuh 7.0 sen kepada RM6.26 dan Tenaga Nasional tidak berubah pada RM14.44.
Dalam kalangan kaunter cergas, BWYS Group yang memulakan dagangan sulung di Pasaran ACE hari ini meningkat 13.0 sen kepada 35.0 sen, Hubline Bhd naik setengah sen kepada 10.5 sen, manakala Sapura Energy, MY E.G. Services dan Ekovest Bhd susut setengah sen masing-masing kepada 4.0 sen, 98 sen dan 56 sen
Di papan indeks, Indeks FBM Emas Index susut 111.75 mata kepada 12,547.51, Indeks FBMT 100 turun 105.15 mata kepada 12,127.27, Indeks FBM Emas Shariah jatuh 129.51 mata kepada 12,907.59, Indeks FBM 70 berkurangan 150.43 mata kepada 18,677.58 dan Indeks FBM ACE turun 43.29 mata kepada 5,890.92.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 71.96 mata kepada 17,900.82, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 2.07 mata kepada 194.95, Indeks Tenaga berkurangan 13.53 mata kepada 962.06 dan Indeks Perladangan jatuh 16.47 mata kepada 7,208.38.
Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 2.83 bilion unit bernilai RM2.83 bilion daripada 2.35 bilion unit bernilai RM2.84 bilion sebelumnya.
Jumlah dagangan waran naik kepada 1.29 bilion unit bernilai RM168.58 juta daripada 1.19 bilion unit bernilai RM158.20 juta.
Jumlah dagangan Pasaran ACE Market melonjak kepada 1.20 bilion saham bernilai RM414.61 juta daripada 888.68 juta saham bernilai RM277.57 juta pada Jumaat minggu lepas.
Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 372.89 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (659.99 juta), pembinaan (377.23 juta), teknologi (329.04 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (86.29 juta), hartanah (323.21 juta), perladangan (42.12 juta), REITs (18.19 juta), dana tertutup (17,200), tenaga (302.13 juta), penjagaan kesihatan (71.24 juta), telekomunikasi dan media (49.57 juta), pengangkutan dan logistik (129.32 juta), utiliti (75.68 juta) dan amanah perniagaan (1.17 juta).
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 22 2024

Indeks petunjuk pasaran itu dibuka tinggi naik 0.57 mata kepada 1,637.12, paras tertinggi intra harinya dan menyusut ke paras terendah intra hari pada 1,616.74 sebelum sesi rehat tengah hari. - Gambar fail/bursa.listedcompany.com
10 Berita Pilihan - (20 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Bagai berpaling tadah, Trump selar Zelenskiy 'diktator'
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menggelar Presiden Ukraine sebagai 'diktator'. Beliau ketika menyelar Volodymyr Zelenskiy turut memberi amaran supaya pemimpin Ukraine itu bertindak segera jika tidak mahu kehilangan negaranya.
200 penjenayah siber dihantar pulang ke China
200 suspek yang terlibat dalam jenayah penipuan dalam talian atau scam tiba di China dari Myawaddy, Myanmar pada Khamis. Penghantaran pulang kumpulan penjenayah siber itu dibuat menerusi beberapa siri dengan penerbangan yang ditempah khas.
Dua terkorban dalam insiden tikaman di Republik Czech
Dua individu terbunuh dalam kejadian tikaman pisau di sebuah pusat beli belah di bandar Hradec Kralove, Republik Czech pada Khamis.
Polis dalam kenyataan berkata, suspek yang berusia 16 tahun ditahan sejurus kejadian berlaku.
Polis dalam kenyataan berkata, suspek yang berusia 16 tahun ditahan sejurus kejadian berlaku.
Longgokan sampah di Gaza ancam kesihatan, alam sekitar
Perkhidmatan perbandaran, termasuk kutipan sampah, tidak lagi berfungsi, menjadikan jalan raya satu-satunya pilihan sebagai tempat pembuangan sampah.
NASA rakam video, gambar menakjubkan dari planet marikh
Dan bagi mengakhiri Buletin Awani malam ini, kita saksikan video beserta gambar panorama planet marikh yang berjaya dirakam pentadbiran aeronautik dan angkasa kebangsaan (NASA).
Imej dan video menakjubkan dirakam oleh rover nasa dikenali sebagai 'curiosity' diambil dari lokasi berbukit yang dinamakan 'mont mercou' melihat ke arah 'gale crater'
'curiosity mendarat di marikh pada 2012.
Imej dan video menakjubkan dirakam oleh rover nasa dikenali sebagai 'curiosity' diambil dari lokasi berbukit yang dinamakan 'mont mercou' melihat ke arah 'gale crater'
'curiosity mendarat di marikh pada 2012.
Empat jasad tebusan diserah kepada Israel
Hamas pada Khamis menyerahkan empat jasad tebusan warga Israel pada Khamis. Antara empat jasad itu termasuk seorang ibu dan dua anaknya. Jasad Shiri Bibas dan dua anaknya Ariel dan Kfir serta seorang warga emas Oded Lifshitz, 83 tahun diserahkan kepada kerajaan Israel sebagai sebahagian daripada perjanjian genjatan senjata. Anak kepada Bibas, Kfir adalah tebusan termuda yang mana ketika hayatnya baru berusia 9 bulan.
Doktor haiwan di Lubnan mahu segera kembali berkhidmat
Shamoun, yang dipindahkan dari Khiam pada akhir September semasa konflik antara Israel dan Hizbullah, cuba untuk pulang sejurus selepas perjanjian gencatan senjata dicapai, namun gagal kerana kehadiran tentera Israel.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 20 Februari 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Bursa Malaysia ditutup rendah ketika sentimen serantau berhati-hati
Bursa Malaysia ditutup rendah untuk hari kedua berturut-turut pada Khamis, dipengaruhi oleh penyusutan beberapa saham wajaran tinggi.

Untung bersih tahun kewangan 2024 Maxis naik 40.6 peratus kepada RM1.4 bilion
Maxis Bhd mencatat peningkatan keuntungan bersih 40.6 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024 kepada RM1.4 bilion berbanding RM993 juta pada tahun sebelumnya.

MAHB nyahsenarai dari Bursa Malaysia, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif letak jawatan
Semua Pengarah Bebas Bukan Eksekutif (INED) MAHB telah mengemukan peletakan jawatan mereka.

Bursa Malaysia dibuka rendah berikutan aktiviti pengambilan untung berterusan
Pada pukul 9.05 pagi, FBM KLCI turun 5.42 mata atau 0.34 peratus kepada 1,577.34 daripada 1,582.76 ketika ditutup semalam.

Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan jualan oleh dana asing
Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin berikutan penjualan oleh dana asing yang berterusan, meskipun kebanyakan pasaran serantau merekodkan prestasi lebih baik.

Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit tetapi rendah kemudiannya
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 2.62 mata kepada 1,588.98 daripada 1,591.60 pada Jumaat lepas.

Belian lewat saham perbankan bantu Bursa Malaysia hadkan penurunan
Belian lewat dalam saham perbankan selepas jualan besar-besaran dalam Celcomdigi pada awal dagangan membantu menghadkan penurunan Bursa Malaysia di tengah-tengah sentimen pasaran yang agak lemah.

Bursa Malaysia meningkat semula dalam dagangan awal
Pada 9.09 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.55 mata kepada 1,593.83 daripada 1,592.28 semasa ditutup semalam.

Bursa Malaysia susut 0.43 mata pada awal dagangan
Pada 9.05 pagi, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.43 mata kepada 1,602.62.

Haos Ek? intai pasaran eksport, sasar di senarai di Bursa Malaysia pada 2028
Syarikat itu optimis dengan perancangan berkenaan berikutan usaha kerajaan yang sentiasa memberikan sokongan.