KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia meneruskan momentum positifnya untuk ditutup tinggi untuk hari kelima berturut-turut pada Selasa berikutan belian daripada institusi tempatan dan asing, kata penganalisis.
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.05 mata kepada 1,561.64 daripada 1,559.59 pada Isnin.
Indeks petunjuk pasaran yang dibuka tinggi 0.22 mata kepada 1,559.81, bergerak antara 1,559.81 dan 1,567.57 sepanjang sesi dagangan.
Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 642 berbanding 402 manakala 507 kaunter tidak berubah, 823 tidak diniagakan dan 22 yang lain digantung.
Jumlah dagangan naik kepada 3.73 bilion unit bernilai RM2.79 bilion daripada 3.49 bilion unit bernilai RM2.53 bilion pada Isnin.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata indeks serantau utama turut ditutup tinggi berikutan petunjuk positif daripada ekuiti global mengenai harapan kepada pendapatan kukuh daripada syarikat gergasi teknologi pada minggu ini.
Beliau berkata pendapatan kukuh dijangka membantu mengimbangi kebimbangan mengenai pelan kadar faedah Rizab Persekutuan menjelang data pertumbuhan dan inflasi AS utama dikeluarkan manakala pada masa yang sama pelabur positif selepas ketegangan di Timur Tengah mereda.
"Di peringkat domestik, FBM KLCI akan menguji paras halangan 1,570 dan kami menjangka jika paras ini dilepasi dan dapat bertahan untuk tempoh yang lebih lama, kami percaya indeks petunjuk pasaran akan berada dalam kedudukan terus meningkat.
"Oleh itu, kami menjangka FBM KLCI akan diniagakan dalam julat 1,550-1,570 pada sepanjang minggu ini," katanya kepada Bernama.
Ketua Penyelidikan dan Penasihat Harta dan Pengurus Portfolio di UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan berkata FBM KLCI ditutup tinggi hari ini selepas mencapai paras tertinggi pada 1,567.42 pada sesi dagangan pagi, menjadikan paras tertinggi pada tahun ini.
"Penutupan FBM KLCI hari ini mencerminkan trend positif, didorong oleh petunjuk yang menggalakkan berkaitan ketegangan di Timur Tengah yang mereda.
"Indeks petunjuk pasaran menyaksikan kenaikan 2.05 mata atau 0.13 peratus, mencecah 1,561.64 mata pada penutup dagangan," katanya.
Mohd Sedek berkata dengan ringgit yang stabil dan aliran berita positif yang berterusan, prospek ekuiti Malaysia kekal cerah.
"Kemajuan dalam inisiatif pembaharuan domestik akan menarik dan membangunkan sumber baharu pelaburan langsung asing (FDI).
"Sidang Kemuncak KL20, yang berlangsung semalam dan hari ini, menekankan komitmen kerajaan untuk memangkin ekosistem teknologi," katanya.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan Tenaga Nasional, masing-masing naik 8.0 sen kepada RM9.82 dan RM11.72, Public Bank meningkat 1.0 sen kepada RM4.21, CIMB menambah 5.0 sen kepada RM6.67 dan Petronas Chemicals naik 2.0 sen kepada RM6.83.
Bagi saham aktif, Topmix yang mula disenaraikan di Pasaran ACE meningkat 11.0 sen kepada 42.0 sen, Ingenieur Gudang merosot setengah sen kepada 13.5 sen manakala Bina Puri, Sapura Energy dan Fitters Diversified, masing-masing tidak berubah pada 7.5 sen, 4.5 sen dan 5.0 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas melonjak 31.42 mata kepada 11,715.04, Indeks FBM 70 naik 94.11 mata kepada 16,249.04, Indeks FBMT 100 menambah 28.02 mata kepada 11,358.26, Indeks FBM Emas Shariah meningkat 22.94 mata kepada 11,858.35 dan Indeks FBM ACE naik 28.81 mata kepada 4,958.15.
Mengikut sektor, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan meningkat 0.48 mata kepada 185.56, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 86.06 mata kepada 17,355.35, Indeks Tenaga merosot 2.96 mata kepada 969.16 dan Indeks Perladangan berkurangan 32.24 mata kepada 7,383.95.
Jumlah dagangan Pasaran Utama naik kepada 2.00 bilion unit bernilai RM2.42 bilion daripada 1.95 bilion unit bernilai RM2.22 bilion pada Isnin.
Jumlah dagangan waran merosot kepada 935.10 juta unit bernilai RM114.23 juta daripada 979.82 juta unit bernilai RM119.15 juta semalam.
Jumlah dagangan Pasaran ACE meningkat kepada 783.91 juta saham bernilai RM251.55 juta daripada 558.35 juta saham bernilai RM187.78 juta sebelum ini.
Kaunter barangan pengguna dan perkhidmatan menyumbang 306.76 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, produk perindustrian dan perkhidmatan (460.20 juta), pembinaan (187.90 juta), teknologi (230.73 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (95.68 juta), hartanah (252.03 juta), perladangan (32.92 juta), REIT (16.20 juta), dana tertutup (2,000), tenaga (223.14 juta), penjagaan kesihatan (84.56 juta), telekomunikasi dan media (30.25 juta), pengangkutan dan logistik (31.38 juta), utiliti (48.97 juta) dan unit amanah perniagaan (1.15 juta).
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 23 2024

Indeks petunjuk pasaran yang dibuka tinggi 0.22 mata kepada 1,559.81, bergerak antara 1,559.81 dan 1,567.57 sepanjang sesi dagangan. - Gambar fail/Bernama
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

Aktiviti beli saham murah dorong Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.55 mata kepada 1.581.22 daripada 1,577.67 ketika ditutup pada Khamis.

Bursa Malaysia ditutup rendah ketika sentimen serantau berhati-hati
Bursa Malaysia ditutup rendah untuk hari kedua berturut-turut pada Khamis, dipengaruhi oleh penyusutan beberapa saham wajaran tinggi.

Untung bersih tahun kewangan 2024 Maxis naik 40.6 peratus kepada RM1.4 bilion
Maxis Bhd mencatat peningkatan keuntungan bersih 40.6 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024 kepada RM1.4 bilion berbanding RM993 juta pada tahun sebelumnya.

MAHB nyahsenarai dari Bursa Malaysia, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif letak jawatan
Semua Pengarah Bebas Bukan Eksekutif (INED) MAHB telah mengemukan peletakan jawatan mereka.

Bursa Malaysia dibuka rendah berikutan aktiviti pengambilan untung berterusan
Pada pukul 9.05 pagi, FBM KLCI turun 5.42 mata atau 0.34 peratus kepada 1,577.34 daripada 1,582.76 ketika ditutup semalam.

Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan jualan oleh dana asing
Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin berikutan penjualan oleh dana asing yang berterusan, meskipun kebanyakan pasaran serantau merekodkan prestasi lebih baik.

Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit tetapi rendah kemudiannya
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 2.62 mata kepada 1,588.98 daripada 1,591.60 pada Jumaat lepas.

Belian lewat saham perbankan bantu Bursa Malaysia hadkan penurunan
Belian lewat dalam saham perbankan selepas jualan besar-besaran dalam Celcomdigi pada awal dagangan membantu menghadkan penurunan Bursa Malaysia di tengah-tengah sentimen pasaran yang agak lemah.

Bursa Malaysia meningkat semula dalam dagangan awal
Pada 9.09 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.55 mata kepada 1,593.83 daripada 1,592.28 semasa ditutup semalam.

Bursa Malaysia susut 0.43 mata pada awal dagangan
Pada 9.05 pagi, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.43 mata kepada 1,602.62.