KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia diniagakan rendah pada sesi awal dagangan pagi ini kerana sentimen pasaran begitu berhati-hati menjelang pengeluaran data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang dijangkakan malam ini.
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.53 mata kepada 1,432.36 daripada penutup semalam pada 1,435.89.
Indeks utama memulakan dagangan pada paras 1,437.02, meningkat 1.13 mata.
Bagaimanapun, pergerakan harga di pasaran secara keseluruhan positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi 162 berbalas 159, manakala 230 kaunter tidak berubah, 1,712 tidak diniagakan dan 23 yang lain digantung.
Jumlah dagangan 308.61 juta unit bernilai RM98.85 juta.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata pelabur akan mencari petunjuk baharu daripada data Indeks Harga Pengguna Amerika Syarikat (AS) yang mungkin mencerminkan kadar AS.
"Justeru, kami mengunjurkan FBM KLCI berlegar dalam julat 1,430-1,440 hari ini.
"Kami percaya pengumpulan saham perbankan akan berterusan dan menjangka kaunter berkaitan teknologi menghadapi beberapa kesukaran berikutan permintaan global yang semakin perlahan," katanya kepada Bernama.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan Petronas Chemicals masing-masing susut tiga sen kepada RM8.68 dan RM7.33, Tenaga Nasional turun empat sen menjadi RM9.09 dan Public Bank tidak berubah pada RM3.99 manakala CIMB meningkat dua sen kepada RM5. .24.
Bagi saham aktif, Hong Seng menokok setengah sen kepada 13 sen, Revenue Group menambah 5.5 sen kepada 32.5 sen dan Classita meningkat satu sen kepada 18.5 sen manakala Ta Win turun setengah sen menjadi 5.5 sen dan Jade Marvel susut satu sen kepada 30 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 17.59 mata kepada 10,537.20, Indeks FBMT 100 menguncup 18.03 mata menjadi 10,217.45 dan Indeks FBM Emas Syariah turun 24.64 mata kepada 10,887.28,
Sementara itu, Indeks FBM ACE meningkat 7.27 mata kepada 5,353.60 dan indeks FBM 70 menambah 5.21 mata kepada 13,790.97.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 7.01 mata kepada 15,776.66, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menyusut 0.70 mata menjadi 174.58 manakala Indeks Tenaga meningkat 3.95 mata kepada 876.77 dan Indeks Perladangan menambah 2.05 mata kepada 6,842.58.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 12 2023

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.53 mata kepada 1,432.36 daripada penutup semalam pada 1,435.89. -Gambar fail/Bernama

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Aktiviti beli saham murah dorong Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.55 mata kepada 1.581.22 daripada 1,577.67 ketika ditutup pada Khamis.

Bursa Malaysia ditutup rendah ketika sentimen serantau berhati-hati
Bursa Malaysia ditutup rendah untuk hari kedua berturut-turut pada Khamis, dipengaruhi oleh penyusutan beberapa saham wajaran tinggi.

Untung bersih tahun kewangan 2024 Maxis naik 40.6 peratus kepada RM1.4 bilion
Maxis Bhd mencatat peningkatan keuntungan bersih 40.6 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024 kepada RM1.4 bilion berbanding RM993 juta pada tahun sebelumnya.

MAHB nyahsenarai dari Bursa Malaysia, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif letak jawatan
Semua Pengarah Bebas Bukan Eksekutif (INED) MAHB telah mengemukan peletakan jawatan mereka.

Bursa Malaysia dibuka rendah berikutan aktiviti pengambilan untung berterusan
Pada pukul 9.05 pagi, FBM KLCI turun 5.42 mata atau 0.34 peratus kepada 1,577.34 daripada 1,582.76 ketika ditutup semalam.

Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan jualan oleh dana asing
Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin berikutan penjualan oleh dana asing yang berterusan, meskipun kebanyakan pasaran serantau merekodkan prestasi lebih baik.

Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit tetapi rendah kemudiannya
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 2.62 mata kepada 1,588.98 daripada 1,591.60 pada Jumaat lepas.

Belian lewat saham perbankan bantu Bursa Malaysia hadkan penurunan
Belian lewat dalam saham perbankan selepas jualan besar-besaran dalam Celcomdigi pada awal dagangan membantu menghadkan penurunan Bursa Malaysia di tengah-tengah sentimen pasaran yang agak lemah.

Bursa Malaysia meningkat semula dalam dagangan awal
Pada 9.09 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.55 mata kepada 1,593.83 daripada 1,592.28 semasa ditutup semalam.

Bursa Malaysia susut 0.43 mata pada awal dagangan
Pada 9.05 pagi, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.43 mata kepada 1,602.62.