KUALA LUMPUR: Coop Bank Pertama (CBP) akan memperkenalkan beberapa produk baharu berkenaan perbankan runcit dan menyasarkan pertumbuhan 10 peratus hingga 15 peratus dari portfolio runcit sedia ada.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Tan Sri Noh Omar berkata, CBP turut memperkukuh dan memperkenalkan inisiatif digitalisasi bagi meningkatkan pencapaian kepada pelanggan baharu dan kemudahan pelanggannya menerusi perbankan patuh syariah.
Jelasnya, sebanyak RM700 juta diperuntukkan bagi pembiayaan koperasi dan produk pembiayaan bagi sektor koperasi untuk meningkatkan portfolio kepada 30 peratus
"Produk pembiayaan sektor koperasi terbahagi kepada enam pembiayaan yang dapat dimanfaatkan oleh gerakan koperasi iaitu Pembiayaan Hartanah-i; Pemfaktoran-i; Pembiayaan i-Kontrak; Pembiayaan Penyambung-i (bridging) dan Pembiayaan Berjangka-i serta Pembiayaan Kredit Berputar-i.
"Sehingga September lalu, pendapatan CBP adalah lebih RM299 juta dan menyasarkan peningkatan sehingga RM385 juta menjelang hujung Disember 2021.
“Prestasi CBP pada tahun ini turut ketara diperlihatkan menerusi pemberian moratorium kepada peminjam sebanyak hampir RM4 billion kepada peminjam jelas menunjukkan institusi kewangan ini turut memainkan peranan dalam membantu ekonomi anggotanya," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Beliau berkata demikian pada satu sidang media sesi Kunjungan Hormat dan Taklimat bersama CBP.
Turut hadir, Ketua Setiausaha MEDAC, Datuk Suriani Ahmad; Pengerusi CBP, Datuk Baharom Embi dan Timbalan Pengerusi CBP, Nor Hidayah Omar.
Dalam pada itu kata Noh, peranan CBP dalam menjayakan Pelan Transformasi Koperasi Negara (TRANSKOM 2021-2025) dikenalpasti sebagai penyediaan sumber dana keada gerakan koperasi dalam lima bidang Ekonomi Utama.
"Lima bidang ini adalah perladangan, pertanian, pelancongan, peruncitan dan perumahan dan lain bagi mengurangkan kebergantungan kepada dana kerajaan.
"CBP turut dilantik Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) sebagai Pengurus Akaun Deposit Koperasi (ADK) pada September 2019 di mana lebih 180 koperasi mencarum di dalam Kumpulan Wang Rizab Statutori (KWRS) dengan jumlah dana diterima melebihi RM80 juta dengan dividen 2020 sebanyak 2.5 peratus.
"CBP membantu pelanggan dalam pelbagai aktviti termasuk memberikan latihan pengurusan kredit pembiayaan syariah yang tepat bagi menggerakkan koperasi ke peringkat lebih baik bahkan menjadi contoh kepada koperasi lain,” katanya.
Astro Awani
Mon Nov 15 2021

Tan Sri Noh Omar berkata, CBP turut memperkukuh dan memperkenalkan inisiatif digitalisasi bagi meningkatkan pencapaian kepada pelanggan baharu dan kemudahan pelanggannya menerusi perbankan patuh syariah. - Gambar fail

Tourism Perak sertai pameran pelancongan untuk tarik pelancong Indonesia
Pameran pelancongan itu berfungsi sebagai platform bagi agensi promosi pelancongan negeri untuk mempamerkan tawarannya yang pelbagai.
Konflik Gaza: Pelan Trump bukan usir rakyat Palestin - Utusan A.S ke Asia Barat
Utusan Amerika Syarikat ke Asia Barat pada Khamis menegaskan bahawa rancangan Presiden Donald Trump untuk Gaza bukan bertujuan mengusir rakyat Palestin.
Konflik Gaza: Netanyahu ikrar balas dendam lepas Hamas pulang mayat tebusan
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, pada Khamis berikrar kononnya untuk membalas dendam terhadap Hamas selepas kumpulan itu menyerahkan mayat empat tebusan Israel.
Polis bongkar makmal proses dadah, tahan lima individu
Polis membongkar makmal haram pemprosesan dadah selepas menyerbu sebuah rumah di Nilai, Isnin lalu dengan membabitkan keseluruhan rampasan dadah dan sitaan dianggar bernilai RM3.2 juta.
Dalam kenyataan pada Khamis, Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata pasukan serbuan turut menahan dua lelaki tempatan serta dua lelaki dan seorang wanita warga asing, kesemuanya berusia antara 27 hingga 38 tahun.
Dalam kenyataan pada Khamis, Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata pasukan serbuan turut menahan dua lelaki tempatan serta dua lelaki dan seorang wanita warga asing, kesemuanya berusia antara 27 hingga 38 tahun.
A.S - Mexico: Mexico ikrar lindungan kedaulatan, A.S label kartel pengganas
Presiden Mexico, Claudia Sheinbaum, mengumumkan pada Khamis bahawa beliau akan mencadangkan pindaan perlembagaan bagi memperkukuh perlindungan terhadap kedaulatan negara.
Angka korban di Gaza melebihi 48,300, lebih banyak mayat ditemukan
Pasukan perubatan dan penyelamat Palestin menemukan 22 lagi mayat daripada runtuhan di Semenanjung Gaza, menjadikan jumlah keseluruhan korban akibat serangan genosid Israel sejak Oktober 2023 meningkat kepada 48,319 orang.
Situasi di Gaza: Kehancuran Gaza dasyat, bantuan perlu ditingkat segera
Pengarah Jeneral Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi (IOM), Amy Pope bersama Penyelarasan Kemanusiaan bagi Wilayah Palestin yang Diduduki (OPT), Muhannad Hadi, telah melawat selatan Gaza, pada Khamis.

Penghantaran pertama rumah mudah alih ke Gaza bertolak dari Mesir
Trak yang membawa rumah mudah alih dan sebuah jentolak melintasi bahagian Mesir di Pintu Sempadan Rafah menuju ke terminal Kerem Shalom.

ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia huni tangga kelima Asia Timur, ke-10 seluruh Asia
Kemenangan tempoh hari membenarkan mereka menjadi tunjang buat negara Malaysia untuk mempamerkan peningkatan di pentas Asia.

Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Penahanan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Serdang selepas menerima aduan orang awam.

Noh Omar antara lima dilantik ahli MPT Bersatu
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar merupakan antara lima yang dilantik menjadi Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang baharu.

Annuar Musa balas sindiran Ahmad Jazlan
Annuar membalas sindiran dilakukan Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub yang mendakwa dirinya umpama kemuncup di seluar dalam.

Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.

Noh Omar dilantik Timbalan Presiden Muafakat Nasional
Mesyuarat Dewan Tertinggi Muafakat Nasional (MN) yang diadakan pada 20 Jun lalu telah bersetuju melantik Tan Sri Noh Omar sebagai Timbalan Presiden.

Kerajaan guna 'delay tactic' elak PRK di enam Parlimen - Noh
Kerajaan akan menggunakan 'delay tactic' untuk memastikan enam Ahli Parlimen daripada Bersatu yang menyokong Perdana Menteri tidak dilucutkan jawatan bagi memberi laluan kepada PRK.

'Saya belum sertai mana-mana parti politik' - Noh
Tan Sri Noh Omar menegaskan belum menyertai mana-mana parti politik, namun mengaku hanya menyokong Perikatan Nasional (PN).

'Datang tak menambah, pergi tak mengurang' - Noh
Rata-rata rakyat di Tanjong Karang sering mengeluh kerana sukar bertemu dengan Zulkafperi selepas menang dalam PRU15 lalu.

PRN: Satu lawan satu, PN boleh menang di 33 kerusi majoriti Melayu - Noh Omar
Kemenangan di kerusi 'satu lawan satu' bergantung kepada peratusan pengundi Melayu yang keluar mengundi, selain sokongan daripada pengundi bukan Melayu.

PRN Selangor: Rina Harun kembali, Ayahanda Cik Ton, anak Noh Omar muka baharu PN
Datuk Seri Rina Harun membuat kemunculan semula selepas dicalon di DUN Batu Tiga bagi mewakili Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos depan.

Noh Omar sah tak tanding PRN Selangor
Tan Sri Noh Omar, mengesahkan dirinya tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.