KUALA LUMPUR: CTOS Digital Bhd. bercadang untuk mengambil alih 49% kepentingan dalam syarikat pakar teknologi kewangan (fintech), Juris Technologies Sdn Bhd (JurisTech) dengan pertimbangan tunai berjumlah RM205.8 juta, merupakan pengambilalihan terbesar kumpulan sejak penubuhannya.
JurisTech merupakan syarikat fintech terkemuka di Malaysia yang mengkhusus dalam penyelesaian perisian untuk bank, institusi kewangan, insurans dan syarikat telekomunikasi.
Syarikat itu menyediakan penyelesaian lengkap perisian bersepadu yang meliputi pengurusan kitaran hayat kredit hujung ke hujung.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif CTOS Digital, Eric Hamburger berkata, pengambilalihan itu membolehkan kedua-dua syarikat melengkapi kekuatan masing-masing dan memperkukuhkan penyelesaian digital hujung ke hujung dalam pasaran.
Katanya, ia juga dapat mengukuhkan kedudukan kumpulan sebagai penyelesaian sehenti bagi institusi kewangan.
"Malah, ia juga akan membabitkan banyak sinergi pelanggan, memanfaatkan kerjasama dengan pangkalan pelanggan masing-masing menerusi penyelesaian silang jualan syarikat dan meningkatkan penyelesaian sedia ada.
"Ini akan membantu kedua-dua syarikat untuk menembusi pelanggan baharu serta meningkatkan bahagian pelanggan sedia ada," katanya dalam kenyataan hari ini.
CTOS Digital hari ini memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat untuk cadangan pemerolehan 49% kepentingan ekuiti dalam JurisTech daripada Natsoft (M) Sdn Bhd, syarikat induk yang dikawal oleh pengasas JurisTech, sementara menunggu kelulusan pemegang saham CTOS Digital dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) akan datang.
Pertimbangan pembelian atas dasar kerelaan pembeli-penjual. Tanpa sebarang keadaan tidak dijangka, langkah ini dijangka selesai pada suku pertama 2022.
Bagi membiayai pengambilalihan ini, kumpulan merancang untuk melaksanakan penempatan persendirian bagi saham baharu, mewakili sehingga 10% daripada 1.1 bilion saham tertunggak sedia ada, sementara menanti kelulusan pemegang saham ketika EGM yang tarikhnya akan diumumkan dalam masa terdekat.
Selain itu, kumpulan juga mungkin akan mempertimbangkan pilihan pembiayaan bank jika perlu.
*Berita asal di DagangNews.com
Dagang News
Sat Dec 25 2021

CTOS Digital cadang ambil alih 49% kepentingan JurisTech pada RM205.8 juta. -Dagang News

ACLE: Ucapan TMJ dalam bilik persalinan bikin meremang bulu roma!
Laungan nama 'TMJ' turut bergema di SSI selepas juara liga super 10 kali berturut-turut itu melakar kemenangan bergaya.

Tikam isteri kerana tak dapat duit beli rokok
Pihak berkuasa kini sedang melakukan siasatan lanjut ke atas Onal dan beberapa saksi di lokasi kejadian.

Satu PPS dibuka di Jelebu tempatkan 51 mangsa banjir
Sebuah pusat pemindahan sementara dibuka di Dewan D'Sury, Jelebu pada 3 pagi tadi bagi menempatkan 51 mangsa terjejas akibat banjir kilat.

Paus Francis disahkan menghidap pneumonia - Vatican
Pemimpin tertinggi Gereja Katolik Sedunia itu alami pneumonia dia kedua-dua paru-parunya dan keadaannya kekal "kompleks." kata pentadbiran Vatican.

Mesir anjur sidang kemuncak tergempar Arab
Sidang kemuncak yang pada asalnya dijadualkan berlangsung pada 27 Februari ditangguhkan ke 4 Mac bagi melengkapkan persiapan logistik.

Aktivis teater Zakaria Ariffin meninggal dunia
Allahyarham Zakaria yang berusia 73 tahun meninggal dunia akibat stroke di Hospital Slim River, Perak, sekitar pukul 2.30 pagi tadi.
Zelenskyy tangguh lawatan ke Arab Saudi
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy, menangguhkan lawatannya ke Arab Saudi bagi mengelakkan sebarang legitimasi terhadap mesyuarat antara pegawai Amerika Syarikat dan Rusia di Riyadh pada Selasa.
Ketika berada di Turki, Zelenskyy menjelaskan bahawa lawatannya, yang dijadualkan pada Rabu, ditangguhkan ke 10 Mac bagi mengelakkan sebarang kebetulan dengan pertemuan tersebut.
Ketika berada di Turki, Zelenskyy menjelaskan bahawa lawatannya, yang dijadualkan pada Rabu, ditangguhkan ke 10 Mac bagi mengelakkan sebarang kebetulan dengan pertemuan tersebut.

Ribuan berhimpun bantah pentadbiran Trump pada Hari Presiden
Protes besar-besaran itu dibuat ketika cuti umum Hari Presiden yang disambut pada hari Isnin ketiga dalam bulan Februari setiap tahun.
PGA tumpaskan sindiket dadah, temui 393 pil yaba di Kelantan
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya menumpaskan kegiatan pengedaran dadah dalam op taring wawasan Kelantan selepas menyerbu sebuah rumah di Pulau Belanga, Kota Bharu pada Isnin.
Wanita warga Belanda cedera ketika mendaki gunung jasar
Penolong pengarah operasi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa dalam kenyataan pada Selasa berkata, mangsa berusia 51 tahun yang mendaki secara berkumpulan itu mengalami kecederaan pada bahagian lutut.

CTOS Digital cadang ambil alih 49% kepentingan JurisTech pada RM205.8 juta
CTOS Digital cadang ambil alih 49% kepentingan JurisTech pada RM205.8 juta | Dagang News