MELAKA: Daya tahan dan kemampuan perniagaan bumiputera akan dipertingkat untuk mencapai sasaran 15 peratus keluaran dalam negara kasar (KDNK) bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) bumiputera pada 2025, menurut Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata ini berikutan kumpulan itu turut memainkan peranan penting memandangkan satu daripada sembilan fokus utama kerajaan dalam memacu pertumbuhan ekonomi di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) adalah agenda memperkasa bumiputera.
''Pencapaian ini akan disokong melalui penyediaan pembiayaan dan pelaksanaan program baharu termasuk memastikan penyertaan lebih ramai usahawan bumiputera menceburi bidang ekonomi digital.
''Untuk itu saya harap usahawan bumiputera dapat terus menyerlahkan potensi masing-masing tidak kira dalam apa juga bidang perniagaan yang diceburi,'' katanya ketika berucap merasmikan Seminar Pendigitalan Perniagaan di sini hari ini.
Muhyiddin turut menyeru usahawan bumiputera untuk memanfaatkan peluang dan sumber yang ada bagi mengharumkan nama Malaysia bukan sahaja di pasaran tempatan, malah di peringkat antarabangsa melalui pengeksportan produk.
Beliau berkata kerjasama dan jaringan perniagaan perlu diperkukuh dalam kalangan peniaga tempatan dan bumiputera bagi mewujudkan komuniti perniagaan yang berdaya saing dan saling melengkapi antara satu sama lain.
''Saya percaya berkat kesungguhan dan komitmen semua pihak, usahawan tempatan khususnya bumiputera mampu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan usahawan negara maju,'' katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 31 2021

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan ucapan pada majlis Perasmian Seminar Pendigitalan Perniagaan Gagasan Badan Ekonomi Melayu (GABEM) hari ini. - Foto BERNAMA

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

#DahSampai terbitan Astro AWANI menang Program Pelancongan Terbaik
Astro AWANI merangkul Program Pelancongan Terbaik dalam Anugerah Industri Pelancongan 2024.

Malaysia pada landasan betul catat pertumbuhan KDNK lima peratus pada 2023
"Kami menjangkakan KDNK akan berkembang 5.2 peratus tahun ke tahun pada separuh kedua 2023 berbanding 4.6 peratus pada separuh pertama."

Agenda Daya Tahan untuk Malaysia
Daya tahan Malaysia kepada pelbagai risiko masa sekarang dan depan patut dinilai semula.

Daya tahan dan kemampuan PMKS bumiputera akan dipertingkat - Muhyiddin
Ini berikutan kumpulan itu turut memainkan peranan penting dalam memacu pertumbuhan ekonomi di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

RMK-12: Rakyat harap strategi ekonomi lebih mampan, berdaya tahan
Rata-rata rakyat menunggu untuk melihat perancangan kerajaan untuk memulihkan negara terutama daripada krisis ekonomi dan kesihatan yang sedang dihadapi.

Thailand sedia lakukan ujian klinikal vaksin COVID-19 tempatan dari tumbuhan pada September
Vaksin subunit itu dibangunkan Pusat Penyelidikan Vaksin Universiti Chulalongkorn dan Baiya Phytopharm Co Ltd (Baiya Phytopharm).

Bank kekal berdaya tahan, kualiti aset agak membimbangkan - Penganalisis
Bank kekal berdaya tahan, kualiti aset agak membimbangkan - Penganalisis

Pesakit COVID-19 punya daya tahan tubuh untuk enam bulan
Penemuan itu juga sama dengan hasil kajian lain di UK, Iceland yang mendapati daya tahan tubuh cenderung bertahan selama beberapa bulan.

Jepun, Australia, India sepakat tingkatkan rantaian bekalan
Ketiga-tiga negara itu berharap dapat mempelbagaikan rantaian bekalan di samping meningkatkan daya saing industri.

Lipas semakin 'kebal' - Kajian
Kajian terhadap beberapa jenis lipas berbeza mendapati serangga itu kini semakin kebal dengan racun serangga.