KUALA LUMPUR:Ekonomi maju dalam Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) perlu menyokong secara komprehensif negara-negara yang baru berjinak dengan ekonomi digital dalam usaha mempercepatkan proses transformasi serta inovasi pendigitalan mereka, kata Persatuan Industri Komputer Malaysia (PIKOM).
Pengerusi Danny Lee berkata perkongsian perniagaan kepada perniagaan dan kerajaan kepada kerajaan juga perlu dioptimumkan dengan baik untuk memaksimumkan sepenuhnya agenda digital dalam era COVID-19 termasuk membantu pemulihan rantau ini daripada pandemik.
"Salah satu cara bagi memajukan ekonomi digital di Malaysia dan rantau ini adalah dengan memastikan penglibatan usahawan dan pengguna melalui gandingan yang berterusan antara kerajaan, industri serta penyedia teknologi yang boleh membantu dalam pembangunan perjalanan pendigitalan," katanya kepada Bernama.
Pemimpin APEC secara konsisten sentiasa memberi penekanan terhadap kepentingan pendigitalan sebagai satu-satunya kaedah untuk mana-mana ekonomi berkembang dalam ucaptama mereka pada Dialog CEO APEC 2020.
"Malaysia perlu berbangga kerana mempunyai kerajaan yang mahu menerajui perjalanan ini dengan industri," katanya.
Lee berkata Malaysia juga perlu memberi tumpuan untuk meningkatkan penembusan Internet, terutamanya selepas nilai barangan kasar ekonomi dalam tangan Asia Tenggara merangkumi pelancongan, e-dagang, media dan sektor pengangkutan telah melonjak hampir 40 peratus dari tahun lepas sehingga melangkaui US$100 bilion (US$1=RM4.08).
Pada Khamis, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata penggunaan ekonomi digital dan inovasi yang berterusan telah terbukti penting dalam usaha menjana pekerjaan dan perniagaan untuk kekal relevan di tengah-tengah cabaran yang tidak pernah berlaku sebelum ini, berikutan pandemik kesihatan.
Dalam ucaptama pada Dialog CEO APEC 2020, beliau berkata inovasi dan pendigitalan adalah pemboleh yang bukan sahaja memudahkan usaha mengubah aktiviti ekonomi tetapi ia juga mampu menjaga kesihatan dan kesejahteraan rakyat.
Perdana Menteri Jepun Yoshihide Suga berkata penggalakan transformasi digital menjadi bidang keutamaan dalam pentadbirannya.
"Memandangkan corak tingkah laku rakyat sedang berubah disebabkan COVID-19, proses mempercepatkan transformasi digital amat penting. Saya akan menubuhkan agensi yang akan bertanggungjawab terhadap transformasi digital untuk berkhidmat sebagai pusat arahan dalam kerajaan.
"Saya akan mengkaji dengan teliti peraturan yang menghalang transformasi digital dan dengan segera melaksanakan pembaharuan yang relevan, membuka potensi sektor swasta," katanya.
Sementara itu, Perdana Menteri New Zealand Jacinda Adern berkata semua ekonomi APEC perlu membuat pilihan yang tepat untuk memastikan semua orang dapat berhubung termasuk mempunyai kemahiran yang sesuai bagi berkembang maju dalam dunia digital dan kerjasama itu perlu mempunyai kerangka yang tepat untuk menyokong perdagangan dan persaingan.
"Ini merupakan bidang yang luas yang menjadi tumpuan New Zealand ketika kami melihat kepada pemulihan semula daripada COVID-19.
"Tahun ini, sebagai contoh, kami mewujudkan Perjanjian Perkongsian Ekonomi Digital dengan Chile dan Singapura untuk membantu pengeksport serta perusahaan kecil dan sederhana kami mengambil kesempatan daripada peluang perdagangan digital. Kami komited untuk menjadikan New Zealand sebuah negara yang benar-benar digital," tambahnya lagi.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 20 2020

Lee berkata Malaysia juga perlu memberi tumpuan untuk meningkatkan penembusan Internet, terutamanya selepas nilai barangan kasar ekonomi dalam tangan Asia Tenggara telah melonjak hampir 40 peratus dari tahun lepas. - Foto PIKOM
Kerjasama Indonesia-WWF jamin kelestarian industri marin
Pendekatan ini berupaya mengekalkan kelestarian industri perikanan di masa depan dengan memastikan pasaran mematuhi piawaian penangkapan hidupan laut.
BNPB tingkatkan pembenihan awan di kawasan terjejas banjir
Agensi Pengurusan Bencana Negara (BNPB) Indonesia meningkatkan usaha pembenihan awan bagi menangani bencana berkaitan hujan di kawasan yang terdedah kepada banjir dan tanah runtuh.
Automotif Thailand terhimpit akibat polisi Trump
Industri automotif Thailand berdepan rintangan jika Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump meneruskan rancangan untuk mengenakan tarif ke atas import kereta.
![[KOLUMNIS] Ancaman media sosial: Fitnah, buli siber dan ketagihan [KOLUMNIS] Ancaman media sosial: Fitnah, buli siber dan ketagihan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41735690196_TBmediasosial.jpg)
[KOLUMNIS] Ancaman media sosial: Fitnah, buli siber dan ketagihan
Ketagihan media sosial berkait dengan mekanisme ganjaran dopamine, menyebabkan pengguna menghabiskan masa berjam-jam dalam dunia maya.
KKM sambut baik larangan jual gula-gula bentuk vape di sekolah
Menteri Kesihatan menyambut baik langkah Kementerian Pendidikan (KPM) bagi larangan penjualan rokok gula-gula berbentuk peranti vape dan rokok di dalam kawasan sekolah.
[TERKINI] KPDN perkukuh SOP penyiasatan isu beras campuran
KPDN akan menggunakan kepakaran teknologi Pencapjarian DNA beras oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) untuk analisis sampel beras beras putih import (BPI) dengan beras putih tempatan (BPT).
Insiden di Golok bimbangkan rakyat Malaysia
Orang ramai masih takut memasuki Thailad menjejaskan peniaga Malaysia.
AWANI Ringkas: Kutipan cukai meningkat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Polis siasat video tular individu pandu kereta secara berbahaya di Genting Highlands
Polis akan menjalankan operasi bersepadu di lokasi tersebut pada hujung minggu dan cuti umum.

Wear OS 5.1 dilancarkan untuk Pixel Watch
Wear OS 5.1 Dilancarkan Untuk Pixel Watch

Ekonomi maju APEC perlu sokong negara yang baharu berjinak-jinak dengan ekonomi digital - PIKOM
Perkongsian 'perniagaan kepada perniagaan' dan 'kerajaan kepada kerajaan' juga perlu dioptimumkan dengan baik untuk memaksimumkan sepenuhnya agenda digital dalam era COVID-19.