KUALA LUMPUR: Keberkesanan program kerajaan untuk pembangunan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) bergantung kepada kerjasama antara institusi kewangan (FI) dan institusi kewangan pembangunan (DFI).
Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying berkata ekosistem kewangan ini, seperti Credit Guarantee Corporation Malaysia Bhd (CGC) digalakkan memperuntukkan lebih banyak sumber kepada PMKS bagi membantu pengembangan PMKS.
“Untuk memacu negara kita ke arah pertumbuhan ekonomi yang maju, ekosistem kewangan perlu secara kolektif menangani cabaran yang dihadapi oleh PMKS,” katanya ketika merasmikan Anugerah FI/DFI & PKS ke-29 CGC 2023 di sini pada Khamis.
Turut hadir, Pengerusi CGC Datuk Mohammed Hussein serta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Mohd Zamree Mohd Ishak.
Lim dalam pada itu memuji CGC kerana komitmennya yang tidak berbelah bahagi untuk memenuhi keperluan kewangan PMKS.
"Perbadanan itu telah beralih daripada penyedia jaminan kredit tradisional kepada institusi yang mampan dari segi kewangan yang menawarkan jaminan, pembiayaan dan khidmat nasihat bukan kewangan kepada PMKS," katanya.
Sejak penubuhannya pada 5 Julai 1972, CGC telah menyediakan lebih RM95.4 bilion dalam bentuk pembiayaan kepada lebih 380,000 PMKS.
Lim berkata PMKS juga harus menerima kecerdasan buatan (AI) dan pematuhan terhadap alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) sebagai alat transformatif bagi memupuk inovasi syarikat pemula niaga tempatan seiring dengan pengembangan era pendigitalan.
"Peralihan Malaysia ke dunia digital berpotensi meletakkan kita sebagai pemain terkemuka di pentas global," kata Lim.
Dalam pada itu, beliau berkata PMKS berfungsi sebagai tulang belakang ekonomi di seluruh dunia, menggunakan lebih dua pertiga daripada tenaga kerja global dan menyumbang dengan ketara kepada pertumbuhan produk pembangunan kasar (KDNK).
Di Malaysia, perusahaan itu menyumbang kira-kira 38.4 peratus daripada KDNK dan 48.2 peratus daripada jumlah pekerjaan pada 2022, katanya.
"Bagaimanapun, PMKS terus bergantung kepada sumber pembiayaan tradisional daripada sektor perbankan, namun masih terdapat kira-kira RM290 bilion jurang pembiayaan untuk PMKS sahaja, menunjukkan akses terhad kepada pembiayaan untuk perniagaan berskala kecil," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 18 2024
Lim berucap ketika merasmikan Anugerah FI/DFI & PKS ke-29 CGC 2023 pada Khamis. - Foto BERNAMA
Harga runcit RON95 kekal, RON97 dan diesel naik lima sen
Harga runcit RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter, harga RON97 meningkat lima sen daripada RM3.33 seliter kepada RM3.38 seliter bagi tempoh 16 hingga 22 Januari.
Sektor penerbangan Malaysia 2025 bakal alami pertumbuhan ketara
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) menjangkakan sektor penerbangan Malaysia mengalami pertumbuhan yang ketara pada tahun 2025.
AWANI Borneo [15/01/2025] - Kebakaran besar| Bekalan gas| Maritim
AWANI Borneo 15 Januari 2025 bersama Jasmine Abu Bakar
1. Kebakaran di Kanowit, 88 penghuni rumah panjang tinggal sehelai sepinggang.
2. PETROS akan laksana fungsi sebagai agregator tunggal.
3. Komuniti nelayan diperkukuh bantu dasar Ekonomi Biru
1. Kebakaran di Kanowit, 88 penghuni rumah panjang tinggal sehelai sepinggang.
2. PETROS akan laksana fungsi sebagai agregator tunggal.
3. Komuniti nelayan diperkukuh bantu dasar Ekonomi Biru
Sabah softwood peruntuk RM3.6 juta bina sekolah CLC sejak 2020
Bagi menyediakan akses pendidikan kepada anak anak pekerja ladang, RM3.6 juta diperuntukkan Sabah Softwood Berhad di Kalabakan sejak Julai 2020
ia pembinaan enam buah Sekolah Comunity Learning Centre (CLC) bagi anak-anak pekerja Indonesia yang bekerja di syarikat itu.
ia pembinaan enam buah Sekolah Comunity Learning Centre (CLC) bagi anak-anak pekerja Indonesia yang bekerja di syarikat itu.
Loke harap penyusunan semula MAHB dimuktamad tidak lama lagi
Loke menyatakan ketidakpuasan hati terhadap kelewatan keputusan oleh MAHB, termasuk projek aerotrain yang mendapat kritikan.
Komuniti nelayan diperkukuh bantu dasar ekonomi biru
Kerajaan komited dalam usaha memperkukuh sosioekonomi komuniti nelayan tradisi di Sipitang melalui pelaksanaan inisiatif berkaitan ekonomi biru.
Labuan lancar Pelan Tindakan Pelancongan Komprehensif bagi 2025-2030
Pelan tindakan ini menjadi panduan strategik, menggariskan pelbagai inisiatif yang akan diambil untuk meningkatkan sektor pelancongan Labuan dari 2025 hingga 2030.
Penerima SARA rancang perbelanjaan, utamakan keperluan asas
Kebanyakan penerima dan bakal penerima (SARA) di Lahad Datu sudah mula merancang perbelanjaan, termasuk membeli pelbagai barangan keperluan asas.
Bantuan: SARA melalui MyKad disalurkan bermula hari ini
Usaha penyaluran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui penggunaan MyKad akan diperluaskan ke Sabah dan Sarawak pada tahun ini berbanding hanya di negeri-negeri Semenanjung Malaysia pada 2024.
88 penghuni rumah panjang tinggal sehelai sepinggang
Kira-kira 88 penghuni tinggal sehelai sepinggang apabila rumah panjang rumah mereka musnah sepenuhnya dalam satu kebakaran di Rumah Paulus Yan, Sungai Bawan di Jalan Nibong Tada pada rabu.
PMKS harus peroleh manfaat daripada perjanjian rangka kerja ekonomi digital - Tengku Zafrul
ASEAN merupakan pasaran Internet yang paling pesat berkembang dengan 125,000 pengguna baharu di Internet setiap hari.
Ekosistem kewangan perlu peruntuk lebih sumber bantu PKMS - Hui Ying
Keberkesanan program kerajaan untuk pembangunan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) bergantung kepada kerjasama antara institusi kewangan (FI) dan institusi kewangan pembangunan (DFI).
Jelajah Jiwa SME oleh Astro AWANI bakal bertemu warga PMKS Johor
Jelajah Jiwa SME kali ini akan berlangsung di Toppen Shopping Centre, Tebrau, Johor Bahru selama dua hari bermula 2 hingga 3 September 2023.
PMKS perlu tingkat usaha pendigitalan agar perusahaan berdaya tahan - SIRIM
Ia bagi menjamin kemampanan dan daya tahan industri dalam menghadapi cabaran perniagaan pada masa hadapan.
Kerajaan akan pastikan inisiatif kemampanan tidak jejas kepentingan golongan miskin, PMKS - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata kementeriannya menyedari bahawa pembiayaan hijau boleh menjadi pemangkin untuk memajukan pembangunan hijau.
Bank, institusi kewangan digesa bantu PMKS amalkan prinsip ESG - Tengku Zafrul
Menurut Tengku Zafrul, sektor PMKS yang kukuh juga akan memaparkan ekonomi yang mantap serta berdaya tahan.
Strategi pemulihan PMKS pascabanjir terus diberi tumpuan
Kerajaan akan menggerakkan semua jentera kerajaan dalam menyediakan peruntukan serta sumber mencukupi.
Waqaf FELDA sasar urus aset RM500 juta menjelang 2030
Waqaf FELDA bakal menggunakan konsep wakaf korporat yang memperuntukan dana sumbangan pewakaf untuk dilaburkan dalam bentuk perniagaan.
Daya tahan dan kemampuan PMKS bumiputera akan dipertingkat - Muhyiddin
Ini berikutan kumpulan itu turut memainkan peranan penting dalam memacu pertumbuhan ekonomi di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).
Individu, PMKS boleh mohon moratorium enam bulan bermula esok - BNM
Peminjam individu, dan perusahaan mikro, kecil dan sederhana yang terjejas akibat pandemik COVID-19 boleh mula memohon moratorium selama enam bulan mulai 7 Julai, 2021, kata Bank Negara Malaysia.