DUBAI: Lapan syarikat Malaysia pada Isnin menandatangani pelaburan bernilai lebih US$47 juta (RM197 juta) dengan perusahaan berpangkalan di Emiriah Arab Bersatu (UAE) semasa Minggu Pertanian Lestari di Ekspo 2020 Dubai dalam usaha memacu pertanian lestari antara kedua-dua negara.
Dilihat sebagai acara kemuncak minggu ini bermula semalam hingga Jumaat, perkongsian itu akan membantu Malaysia mempromosi dan mengembangkan potensinya dalam pertanian mampan dengan menjalinkan libat urus dan strategi yang kukuh dengan UAE serta pemain global yang lain.
Menurut agensi pelaksana Minggu Pertanian Lestari, Malaysian Bioeconomy Development Corporation (Bioeconomy Corporation), sebanyak lima memorandum persefahaman (MoU), dua memorandum perjanjian (MoA) dan satu kontrak jualan ditandatangani pada Isnin.
Antara syarikat yang menandatangani lima MoU itu ialah Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan International Centre of Biosaline Agriculture (ICBA); Agarwood Synergy Holdings Sdn Bhd dan Tea & Coffee Museum LLC;
Kontrak jualan pula telah ditandatangani antara Free the Seed dan Bio4Pack Gmbh dari Jerman.
Majlis menandatangani perjanjian itu disaksikan oleh Duta Malaysia ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) Datuk Mohd Tarid Sufian.
Syarikat Malaysia turut melancarkan dan mempamerkan beberapa produk dan perkhidmatan pertanian yang dicari-cari mereka serta menggunakan platform itu untuk menembusi pasaran serantau menggunakan UAE sebagai gerbang pasaran tersebut.
Minggu Pertanian Lestari ialah salah satu daripada 26 program perdagangan dan perniagaan mingguan yang dihoskan oleh Pavilion Malaysia.
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia ialah kementerian peneraju bagi penyertaan Malaysia di Ekspo 2020 Dubai dengan Perbadanan Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim Malaysia (MGTC) sebagai agensi pelaksana.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 21 2022

Lapan syarikat Malaysia pada Isnin menandatangani pelaburan bernilai lebih US$47 juta (RM197 juta) dengan perusahaan berpangkalan di UAE semasa Minggu Pertanian Lestari di Ekspo 2020 Dubai.

OIC kecam pencerobohan Netanyahu dan Katz ke khemah pelarian Tulkarm
OIC menyifatkan tindakan itu sebagai lanjutan kepada serangan berterusan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Ekspo 2020 Dubai jadi landasan kepada syarikat Malaysia untuk berkembang - Azmin
MITI akan berusaha bersungguh-sungguh bagi memastikan penyertaan Malaysia dalam Ekspo Dunia yang akan datang.

Perdana Menteri hadir Persidangan Kerajaan Dunia 2022 di Dubai
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menghadiri Persidangan Kerajaan Dunia 2022 yang berlangsung di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), bersempena Ekspo 2020 Dubai, petang ini.

Ekspo 2020 Dubai: Selangor Week peluang perkukuh, tarik pelaburan
Selangor Week berlangsung bermula 6 hingga 12 Mac 2022 dengan penyertaan 17 syarikat.

Minggu Ekonomi Digital Malaysia jana perdagangan, pelaburan berkelayakan RM1.3 bilion
Jumlah yang dijana daripada penyertaan 22 syarikat teknologi Malaysia, melepasi sasaran awal RM300 juta dari segi pelaburan.

Ekspo 2020 Dubai: Lapan syarikat Malaysia peroleh pelaburan RM197 juta
Perkongsian itu akan membantu Malaysia mempromosi dan mengembangkan potensinya dalam pertanian mampan.

Tiga syarikat Malaysia meterai MoU bernilai RM100 juta di Ekspo 2020 Dubai
Fokus industri yang diketengahkan kali ini adalah teknologi AI dan Inovasi, perubatan dan kesihatan serta perkhidmatan berkaitan dron.

Ekspo 2020 Dubai 'jendela peluang' pastikan perkembangan Malaysia setaraf negara lain
Ekspo 2020 Dubai yang disertai Malaysia disifatkan sebagai 'jendela peluang' dalam memastikan perkembangan Malaysia setaraf negara lain, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.

Ekspo 2020 Dubai: Manifestasi komitmen kerajaan rancakkan semula ekonomi - Annuar
Penglibatan negara dapat membuka peluang pelaburan baharu, seterusnya membantu ekonomi, khususnya dari segi ekonomi digital.

Serba Dinamik adalah penaja Hari Malaysia Ekspo Dubai 2020
Serba Dinamik Holdings Bhd hari ini menjelaskan bahawa ia merupakan penaja acara Hari Malaysia pada Ekspo 2020 Dubai, sepertimana peranan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

MOTAC promosi ekopelancongan di Ekspo Dubai 2020
Malaysia disertai 16 organisasi termasuk lima lembaga pelancongan negeri, tiga persatuan, satu rangkaian hotel.