DUBAI: Penglibatan Malaysia di Ekspo 2020 Dubai merupakan manifestasi komitmen kerajaan untuk merancakkan semula ekonomi negara pasca-tekanan ekonomi berpunca daripada pandemik COVID-19, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.
Beliau berkata penglibatan negara dalam ekspo ini akan dapat membuka peluang pelaburan baharu, seterusnya membantu ekonomi negara khususnya dari segi ekonomi digital.
"Saya berharap dengan penglibatan Malaysia di ekspo ini dapat memperluaskan business networking (perangkaian perniagaan) kita dengan international communities (komuniti antarabangsa) serta memberi peluang kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia menerusi Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) untuk mencari jalan membuka pintu pelaburan dan peluang perniagaan.
Saya juga dengan rendah hati meminta Malaysian Business Council (Majlis Perniagaan Malaysia) di sini dan juga negara lain untuk bersama membantu negara kita dengan memberikan pandangan dan sokongan, (ini) bertepatan dengan semangat Keluarga Malaysia," katanya ketika berucap pada Majlis Jalinan Mesra dan Makan Malam Diaspora Malaysia yang dihadiri hampir 50 rakyat Malaysia di sini pada Isnin.
Annuar dijadual melancarkan Minggu Ekonomi Digital Malaysia sempena Ekspo 2020 Dubai pada 12 Jan ini.
Ini selaras dengan aspirasi untuk menjadikan Malaysia sebagai Hab Nomad Digital pilihan rantau ini, program yang diperkenalkan dalam Bajet 2022.
Annuar juga dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Kecerdasan Buatan, Ekonomi Digital dan Aplikasi Kerja Dari Luar Emiriah Arab Bersatu , Omar Sultan Al Olama serta lawatan kerja ke Dubai Media City pada 13 Jan ini.
MDEC menyasar menarik pelaburan komited bernilai lebih daripada RM300 juta, serta 50 prospek perniagaan yang layak semasa Minggu Ekonomi Digital Malaysia bermula dari 9 hingga 15 Januari di Ekspo Dubai 2020.
Dari 9 hingga 15 Jan, MDEC akan mengetuai satu delegasi tediri daripada 20 syarikat Malaysia ke Ekspo 2020 Dubai sebagai sebahagian daripada program Minggu Ekonomi Digital Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 11 2022

Annuar menyampaikan ucapan kepada wakil perniagaan Malaysia yang beroperasi di Dubai semasa Majlis Makan Malam Diaspora Malaysia sempena Ekspo Dubai, 11 Jan 2022. Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif MDEC Mahadhir Aziz. --fotoBERNAMA

OIC kecam pencerobohan Netanyahu dan Katz ke khemah pelarian Tulkarm
OIC menyifatkan tindakan itu sebagai lanjutan kepada serangan berterusan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Ekspo 2020 Dubai: Manifestasi komitmen kerajaan rancakkan semula ekonomi - Annuar
Penglibatan negara dapat membuka peluang pelaburan baharu, seterusnya membantu ekonomi, khususnya dari segi ekonomi digital.