KUALA LUMPUR: Serba Dinamik Holdings Bhd menjadi rakan rasmi utama untuk Pavilion Malaysia sempena Ekspo Dubai 2020 yang diadakan mulai 1 Oktober 2021 hingga 31 Mac 2022 dalam usaha menyokong objektif Malaysia mempamerkan keupayaan teknologi dan inovasi di mata dunia.
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Serba Dinamik, Datuk Dr Mohd Abdul Karim Abdullah berharap penajaan tersebut dapat memberi kejayaan sempena acara Hari Istimewa Malaysia pada 8 Januari 2022 yang akan menjadi fokus ekspo pada hari tersebut.
Katanya, Serba Dinamik, melalui penyertaannya, memanfaatkan Ekspo Dubai 2020 sebagai platform terbaik untuk mengakses pasaran global dan meningkatkan pertumbuhan perniagaan.
"Sebagai sebuah entiti perniagaan, Serba Dinamik berharap dapat menjalin hubungan perniagaan dan mengukuhkan yang sedia ada pada Ekspo Dubai 2020.
"Pavilion Malaysia menekankan komitmen dan hala tuju negara untuk pembangunan mampan, dengan mengimbangkan antara kemajuan sosioekonomi dan status alam sekitar termasuk penerapan teknologi, inovasi dan tenaga boleh diperbaharui selaras dengan tema Energising Sustainability,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Malah, beliau juga berharap Ekspo Dubai 2020 dengan infrastruktur, teknologi dan kerjasamanya, berfungsi sebagai model untuk masa depan yang berdaya maju, mewujudkan penanda aras yang mampan dan meninggalkan legasi penting untuk generasi akan datang ketika dunia berusaha untuk mencapai masa depan yang lebih bersih, selamat dan sihat.
"Memandangkan kita bergerak maju dengan penggunaan Revolusi Perindustrian Keempat (IR4.0), selaras dengan aspirasi Malaysia yang diumumkan semasa Rancangan Malaysia Ke-12, Serba Dinamik sedang berusaha untuk menghasilkan nilai mampan dan membina keseluruhan rangka kerja kemampanan.
"Ini termasuklah mengintegrasikan perniagaan teknologi maklumat (IT) dan aeroangkasa sebagai sebahagian daripada perniagaan teras,” tambahnya.
Mengulas lebih lanjut, Mohd. Abdul Karim berkata, Serba Dinamik bercadang untuk mempamerkan keupayaannya dalam industri aeroangkasa kerana ia memiliki potensi untuk meningkatkan pemacu ke peringkat seterusnya.
Pada masa sama, katanya, ia turut menyokong aspirasi Malaysia untuk membangunkan perniagaan aeroangkasa di bawah syarikah milik penuh, Serba Dinamik Group Bhd, yang boleh menjana pertumbuhan ekonomi dan melahirkan pekerja berkemahiran tinggi.
Penyertaan Malaysia dalam Ekspo Dubai 2020 bertujuan untuk memberi inspirasi kepada pengunjung dengan hospitaliti Malaysia, kepelbagaian biodiversiti dan usaha jangka panjang untuk memastikan kemampanan perindustrian.
Program perdagangan dan perniagaan tematik mingguan akan diadakan di pavilion, meliputi lebih daripada 10 industri.
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi akan mengetuai penyertaan Malaysia dalam ekspo tersebut manakala Malaysian Green Technology and Climate Change Centre (MGTC) ialah agensi pelaksana.
Ekspo mega ini berlangsung setiap 5 tahun, untuk mempromosikan kerjasama, inovasi, kemajuan teknologi, pembangunan manusia dan pendidikan di seluruh dunia.
*Berita asal di DagangNews.com
Dagang News
Thu Nov 18 2021

Serba Dinamik Holdings Bhd menjadi rakan rasmi utama untuk Pavilion Malaysia sempena Ekspo Dubai 2020. -Gambar fail

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

GP Olahraga Para Dunia: Muhammad Ammar Aiman sambar perak di Dubai
Atlet olahraga para Muhammad Ammar Aiman Nor Azmi menghadiahkan pingat perak pada Kejohanan Grand Prix Olahraga Para Dunia Dubai.

WEF 2025: Israel mahu jadikan Gaza seperti Dubai
Israel bersedia membolehkan UAE, Arab Saudi, dan pihak lain membina semula Gaza dengan syarat ia tidak mengancam Israel.

Lawatan kerja: Anwar bertemu PM UAE bincang pengembangan usahasama strategik
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu Perdana Menteri dan Naib Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Mohammed Rashid Al Maktoum pada Isnin di Dubai.

Jadual padat di hari terakhir lawatan kerja Anwar di UAE, dijadual bertemu presiden
Selepas perjumpaan itu Anwar dijadual menghadiri majlis perasmian Minggu Kelestarian Abu Dhabi (ADSW) 2025 di ADNEC Center di Dubai.

PM Anwar bertemu rakan sejawat di Dubai
Pertemuan berlangsung di Istana Za'abeel di Dubai.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Tempat kediaman tertinggi dunia akan dibina di Dubai
Ia akan memintas menara Central Park Tower di New York yang berketinggian 472 meter.

UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.

Lee Chong Wei terkandas di Paris
Chong Wei berkunjung ke Paris untuk majlis 'The Paris 100 Sino-French Badminton Charity Gala' sejak hujung minggu lalu.

UAE alami hujan paling lebat dalam tempoh 75 tahun
Dalam peristiwa cuaca bersejarah, Emiriah Arab Bersatu (UAE) menyaksikan taburan hujan paling lebat direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).