KOTA KINABALU: Eksport nanas Malaysia menunjukkan trend peningkatan dari 2016 hingga 2020 dengan pertambahan permintaan dari China dan Timur Tengah terutama bagi varieti MD2, N36 dan Josapine.
Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata China merupakan destinasi eksport yang berpotensi tinggi bagi nanas premium seperti MD2.
Beliau berkata pada 2020, keluasan tanaman nanas adalah 17,228 hektar bersamaan 9.5 peratus daripada keseluruhan keluasan tanaman buah-buahan di negara ini.
"Kawasan tanaman nanas tertumpu di selatan Semenanjung Malaysia, manakala Sabah merupakan negeri pengeluar utama nanas ketiga dan menyumbang 6.1 peratus keluasan tanaman nanas di Malaysia," katanya di sini, pada Khamis.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Kementerian Pertanian dan Perikanan Sabah (MAFS) dan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) di sini.
Turut hadir Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan.
Ronald berkata berdasarkan data pengeluaran nanas pada 2020, produktiviti tanaman nanas per hektar di Sabah mencatatkan penurunan dengan 14.92 juta tan per hektar berbanding 15.6 tan per hektar pada 2016.
Sabah berpotensi mengembangkan produktiviti eksport nanas dengan anggaran nilai pengeluaran berjumlah RM643 juta dalam tempoh lima tahun sehingga 2025, katanya.
Sementara itu semasa sidang media, beliau berkata sebanyak RM1 juta diperuntukkan pada tahun ini kepada Sabah sebagai dana permulaan untuk merancakkan lagi industri nanas.
Beliau berkata ia merupakan langkah pertama untuk menjayakan hasrat penanaman dan perusahaan nanas di negeri ini.
"Sabah menyasarkan pengeluaran nanas untuk lima tahun akan datang sebanyak 200,000 tan dengan keluasan 1,500 hektar," katanya.
Pada majlis itu Ronald bersama Jeffrey menyaksikan tiga MoU antara MAFI dan MAFS ditandatangani oleh Ketua Setiausaha MAFI Datuk Haslina Abdul Hamid dan Setiausaha Tetap Kementerian Pertanian dan Perikanan Sabah (MAFS) Datuk Dr Mariana Tinggal.
MoU lain adalah antara Agrobank dan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (Sedco); Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dengan Karkun Sdn Bhd berkaitan kerjasama dalam pembangunan usahawan produk berasaskan tomato.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 07 2022

Ronald Kiandee berkata China merupakan destinasi eksport yang berpotensi tinggi bagi nanas premium seperti MD2. - Foto BERNAMA
PETRONAS masih di peringkat awal eksplorasi- Azalina
PETRONAS masih di peringkat awal aktiviti eksplorasi bagi Lembangan Langkasuka dengan perolehan data seismik 2D selesai pada 2024.

Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio bangga dengan kejayaan anak buahnya mara ke pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki
Afdlin zahir rasa syukur selepas SPRM sahkan tiada elemen jenayah atas dakwaan salah laku perolehan projek bernilai RM4 juta di bawah DBKL.

SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap SOSMA adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius.
Polis siasat video tular anggota semasa ops tapis
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya telah terkesan satu kenyataan dan video tular menerusi Facebook pada jam 1 petang Selasa. #AWANInews

Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican
Paus Francis disahkan menghidap radang paru-paru, menurut kenyataan Vatican pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi
Ahli Parlimen diingatkan untuk membahaskan perkara yang boleh membantu memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat dan bukannya membangkitkan isu berunsur hasutan.

Jururawat wanita maut selepas langgar belakang lori di lebuh raya SILK
Seorang jururawat wanita maut dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Kilometer 28.2 Sistem Lingkaran-Lebuhraya Kajang (SILK) semalam.

Firma guaman dikenal pasti terlibat isu seleweng tanah di Selangor - MB
Firma guaman antara entiti lain yang dikenal pasti terlibat dalam kegiatan pindah milik tanah secara tidak sah di Selangor, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor diberitahu.

Lebih 150 ‘false killer whale’ terdampar di pantai Australia
Lebih 150 false killer whales ditemukan terdampar di sebuah pantai di Australia pada Rabu, lapor pihak berkuasa tempatan.

LPNM bangunkan Pusat Pemprosesan Sisa, komited perkukuh rantaian industri nanas
Pusat Pemprosesan Sisa Nanas dijangka beroperasi pada suku pertama tahun ini, dengan peruntukan RM2 juta disalurkan KPKM untuk pelbagai projek pembangunan berkaitan sisa nanas.

LPNM mahu jadikan nanas sebagai buah kebangsaan
Sheikh Umar Bagharib berkata pihaknya sedang dalam usaha ke arah itu, namun perancangan mengenainya masih dalam peringkat awal.

Pasaran nanas diperluas ke Osaka, Jepun - LPNM
Pasaran nanas MD2 kini telah diperluaskan ke Osaka sekali gus menyumbang kepada peningkatan jumlah eksport negara, kata Pengerusi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) Sheikh Umar Bagharib Ali.

Terapi nanas buka lembaran baharu buat penghuni Puspen Jelebu
Dengan kemahiran yang dipelajari, saya merancang untuk menjual tart nanas sebagai permulaan kehidupan baharu saya, kata Abang Chik.

Nilai eksport produk nanas dijangka cecah RM1.3 bilion tahun ini
Nilai eksport produk berasaskan nanas negara dijangka boleh mencecah sehingga RM1.3 bilion pada tahun ini selari dengan trend peningkatan.

Banjir: 54 pekebun nanas di Johor rugi RM8.41 juta - LPNM
Seramai 54 pekebun nanas di Johor mengalami kerugian bernilai RM8.41 juta, selepas kawasan tanaman seluas 99.35 hektar terjejas akibat banjir.

Eksport nanas negara tunjuk trend peningkatan dari 2016 hingga 2020
Eksport nanas Malaysia menunjukkan trend peningkatan dari 2016 hingga 2020 dengan pertambahan permintaan dari China dan Timur Tengah terutama bagi varieti MD2, N36 dan Josapine.

Sarawak mungkin atasi Johor sebagai pengeluar nanas terbesar negara
Sarawak juga mempunyai seramai 700 hingga 900 petani yang terlibat dengan penanaman nanas di negeri ini sejak RMK-11, dengan paling ramai mereka di Bahagian Samarahan.

Nanas bantu penduduk Iban di perkampungan Muara Payang tambah pendapatan
Sehingga kini, hampir semua 11 keluarga yang mendiami kampung itu terlibat dengan penanaman nanas jenis (baka) Sarikei.

Alumni UMK jadi 'tauke' nanas raih pendapatan lumayan
Bidang agro tani mampu memberi pulangan lumayan sekiranya diusahakan secara serius dan komited.