KUALA LUMPUR: Syarikat penyelidikan dan pembangunan (R&D) tempatan dalam bidang teknologi perhubungan, ELMLAB dan syarikat R&D dengan kepakaran dalam bidang automasi, REKA bekerjasama bagi pembangunan teknologi untuk kenderaan pandu sendiri di Malaysia.
Menerusi kerjasama itu, ELMLAB akan mempercepatkan pembangunan teknologi pandu sendiri dalam pasaran yang menyepadukan teknologi ke dalam sistem pandu sendiri dan pelbagai fungsi lain.
Pengenalan teknologi 5G juga membantu mewujudkan suasana kondusif dalam menyokong pembangunan inovasi Internet Kebendaan (IoT) seperti kenderaan berautonomi dengn ELMLAB dan REKA akan bekerjasama dalam mewujudkan pemanduan yang lebih bijak dan selamat di Malaysia melalui penyelidikan dan pembangunan kolaboratif.
Pengarah ELMLAB, Choo Tzer Mann berkata, pihaknya mempercayai kekuatan kerjasama itu dengan rakyat Malaysia akan memiliki akses peralatan digital yang lebih canggih untuk kehidupan yang lebih selamat.
"Bermula dengan pelaksanaan teknologi kami dalam teknologi automotif Malaysia, kami berharap dapat menegmbangkan teknologi perhubungan kepada agensi pengangkutan selain perbadanan pembangunan jalan raya untuk menikmati pengalaman pemanduan yang lebih selamat," katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Menerusi asas teknologi itu, ia dapat membantu meningkatkan kemudahan infrastruktur bagi ekosistem teknologi dan menyokong aplikasi berkaitan yang berkisar dengan penggunaan data.
Pada masa hadapan, teknologi perhubungan akan merangkumi pelaksanaan dalam sistem keselamatan dan penggunaan robot.
Ketua Pegawai Eksekutif REKA, Haziq Faris berkata, usaha bersama REKA dan ELMLAB akan membawa pandangan industri dalam usaha untuk memasarkan teknologi autonomi di dalam pasaran tempatan.
"Dunia semakin cepat menggunakan sistem pemanduan autonomi terutamanya dalam Bandar Pintar dan kami sedang berusaha untuk mengurangkan jurang digital dengan menyepadukan teknologi.
"Usaha ini bukan sahaja mempercepatkan pembangunan teknologi tempatan selain menyerlahkan kepentingan R&D menerusi jalinan kerjasama," katanya. - DagangNews.com
Dagang News
Sat Mar 19 2022

Usaha bersama REKA dan ELMLAB akan membawa pandangan industri dalam usaha untuk memasarkan teknologi autonomi di dalam pasaran tempatan. - Foto DagangNews

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

ELMLAB, REKA bekerjasama bangunkan teknologi kenderaan pandu sendiri di Malaysia
ELMLAB akan mempercepat pembangunan teknologi pandu sendiri yang menyepadukan teknologi ke dalam sistem pandu sendiri.