Pengecualian 100 peratus duti eksport ke atas industri berasaskan minyak sawit, seperti diumum dalam Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) akan membantu meningkatkan nilai eksport komoditi itu ke luar negara.
Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, berkata langkah itu juga secara langsung membantu pekebun kecil secara amnya dengan hasil keluaran mereka akan lebih cepat diterima kilang.
"Pengumuman ini pastinya akan membantu kita meningkatkan lagi nilai eksport sawit Malaysia ke luar negara, terutama India kerana kerajaan negara itu tidak lagi melanjutkan sekatan import terhadap minyak sawit ditapis.
"Malah, ini jelas menunjukkan kecaknaan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin, terhadap kepentingan sawit negara dan sekali gus akan membantu pekebun kecil amnya dan pengusaha industri khususnya, untuk menerokai pasaran antarabangsa," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Jumaat.
Semasa Perutusan Khas Pelan Pemulihan Ekonomi (ERP) Jangka Pendek, Muhyiddin memaklumkan kerajaan memberi pengecualian 100 peratus duti eksport ke atas minyak sawit mentah, minyak isi rong mentah dan minyak isi rong sawit yang diproses mulai 1 Julai hingga 31 Disember tahun ini.
Sejak 1 Jun lalu, peningkatan harga bagi minyak sawit mentah (MSM) atau Crude Palm Oil (CPO)
mencecah RM2,366 dan pada 3 Jun sebanyak RM2,389.50 untuk satu tan.
Kata Ahmad Jazlan, ia sekali gus memberi manfaat langsung kepada 492,000 pekebun kecil dan 258,657 pekebun persendirian di seluruh Malaysia.
Tambahnya, pengumuman itu turut membuktikan industri sawit menjadi nadi penting kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara ketika ini.
"Angka itu menyaksikan kenaikan lebih awal daripada jangkaan MPOB.
"MPOB berharap peningkatan harga ini, akan membantu pihak industri untuk terus komited bersama-sama kami menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.
"Saya juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada Perdana Menteri di atas pengumuman pelan baru ini yang akan membantu merancakkan pertumbuhan ekonomi negara. Ini adalah kerajaan untuk rakyat," ujarnya.
Pada tahun lalu jelasnya, sumbangan komoditi sawit meningkat kepada 4.76 peratus.
"MPOB turut berharap momentum peningkatan harga ini terus stabil dan berterusan sekali gus menjamin tahap sosio-ekonomi mereka yang terbabit dalam industri ini.
"Ia juga dapat membantu ekonomi negara yang terkesan dengan wabak pandemik COVID-19. Sebagai rekod, sektor pertanian menyumbang 7.3 peratus (RM99.5 bilion) kepada KDNK pada 2018.
"Daripada itu, kelapa sawit adalah penyumbang utama kepada KDNK sektor pertanian iaitu 37.9 peratus diikuti pertanian lain (25.1 peratus), ternakan (14.9 peratus), perikanan (12.5 peratus), perhutanan dan pembalakan (6.9 peratus) dan getah (2.8 peratus)," katanya.
Astro Awani
Fri Jun 05 2020

Pengecualian 100 peratus duti eksport ke atas industri berasaskan minyak sawit, seperti diumum dalam PENJANA akan membantu meningkatkan nilai eksport komoditi itu ke luar negara.

Mercedes AMG mampu rapatkan jurang guna jentera baharu W16 - Russell
Pemandu Britain itu berkata pasukan berkenaan menyasarkan kembali menjadi pasukan kedua terpantas, selepas menduduki tempat keempat pada 2024.

Imbau tragedi ngeri, berdoa kejadian tidak berulang setiap kali terlihat Highland Towers
Peristiwa itu menjadi titik mula kepada penambahbaikan prosedur operasi standard (SOP) JBPM.

Ragbi Malaysia intai khidmat tiga pemain naturalisasi
Ragbi Malaysia kini dalam proses mendapatkan tiga pemain naturalisasi bagi memperkuatkan skuad 15 sebelah kebangsaan.

JKR pantau 29 projek sakit, tiga faktor dikenal pasti
Sebanyak 29 daripada 801 projek fizikal yang sedang dalam pembinaan dan di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) dikategorikan sebagai projek sakit, setakat bulan lepas.

Umat Islam di Indonesia mula berpuasa Sabtu, Singapura, Thailand, Kemboja mulai Ahad
Umat Islam di Indonesia akan mula berpuasa pada 1 Mac manakala Singapura, Thailand dan Kemboja akan mula berpuasa pada 2 Mac.

Dataran Merdeka hingga Carcosa Seri Negara jadi Tapak Warisan Kuala Lumpur - Anwar
Anwar menyembah maklum kepada Sultan Selangor bahawa Bangunan Sultan Abdul Samad perlu dikekalkan sebagai tanda Warisan Kesultanan Melayu yang agung.

Umat Islam perlu utamakan perpaduan ummah - Raja Muda Perlis
Baginda bertitah umat Islam tidak boleh membiarkan sebarang perbezaan kecil menjadi punca persengketaan sebaliknya perlu mengutamakan nilai persaudaraan dan kasih sayang.

KPN cadang Modul Pendidikan Rukun Negara diperluas ke semua tadika
Modul itu antara tiga modul khusus yang dibangunkan dan diajar di Tabika Perpaduan ketika ini.

PM zahir terima kasih kepada UMNO, Ahmad Zahid
nwar Ibrahim mengulangi penghargaan beliau kepada kepimpinan parti dalam Kerajaan Perpaduan yang terus kukuh mempertahankan kestabilan kerajaan.

Aaron-Wooi Yik perkemas corak permainan agresif
Beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik mahu kembali memperkemas corak permainan agresif yang pernah menjadi 'senjata' kemenangan mereka dalam beberapa kejohanan sebelum ini.

Kerajaan jangka peroleh cukai luar biasa daripada kelapa sawit
Kerajaan dijangka akan memperoleh pendapatan menerusi cukai luar biasa berjumlah lebih RM500 juta sekiranya harga sawit terus stabil pada paras RM3,000 setan sehingga tahun hadapan.

MPOB sasar 492,000 pekebun terima MSPO menjelang hujung tahun - Ahmad Jazlan
Seramai 492,000 pekebun kecil sawit di seluruh negara bakal mendapat sijil di bawah Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) pada hujung tahun ini.

MPOB sasar 400 pelajar setahun dalam kursus industri sawit - Ahmad Jazlan
MPOB mensasarkan pengambilan 400 pelajar setahun bagi mengikuti kursus-kursus dalam industri sawit.

ERP: Pengecualian duti lonjak nilai eksport sawit
Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, berkata langkah itu juga secara langsung membantu pekebun kecil amnya dengan hasil keluaran mereka akan lebih cepat diterima

Banjir: Kerosakan prasarana di Kelantan dianggarkan lebih RM300 juta - Ahmad Jazlan
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menganggarkan kerosakan prasarana akibat banjir di Kelantan sejak bulan lepas sehingga kini berjumlah lebih RM30 juta.

Ahli Parlimen terkejut ramai ADUN tidak beri respon kepada pertanyaan rakyat
Ahli Parlimen terkejut dengan hasil kajian yang mendapati hanya lima daripada 114 ADUN yang beri respons ketika dihubungi melalui email atau jaringan media sosial.