KUALA LUMPUR: Farm Fresh Berhad (Farm Fesh) dinobat penerima anugerah platinum di Putra Brand Awards 2022 dalam kategori Minuman-Tenusu, menjadikan ia kemenangan platinum mereka untuk dua tahun berturut-turut.
Syarikat itu mengalahkan enam jenama lain di dalam kategori sama, mengekalkan kemenangan platinum sejak menerima anugerah pertama pada 2021.
Farm Fresh telah berkembang menjadi jenama susu segar pilihan nombor satu rakyat Malaysia dan turut dieksport ke Brunei dan Singapura, dijangka terus berkembang ke Filipina dan Indonesia pada masa depan.
Semenjak ditubuhkan pada 2010, Farm Fresh komited dalam mengeluarkan produk yang berkhasiat dan bernutrisi tinggi, sambil mengekalkan piawaian yang tertinggi dalam kebajikan haiwan dan proses pengeluaran produk yang tidak mencemarkan alam sekitar.
Ia juga memberi peluang pekerjaan kepada komuniti lokal yang berbakat dan berkemahiran tinggi.
Usaha kelestarian alam Farm Fresh yang berterusan ini diiktiraf Stewardship Asia Centre sebagai salah satu initiatif contoh di Asia Tenggara sewaktu Steward Leadership 25 Summit pada November tahun lalu.
Farm Fresh sehingga kini memperkenalkan 147 produk di bawah pelbagai jenama termasuk Farm Fresh, Master Barista, Henry Jones, Yarra Farm, Yarra by Farm Fresh dan Nubian Goat’s Milk.
Baru-baru ini, ia memperkenalkan susu rumusan sedia diminum, Farm Fresh Grow, yang dirumus khas untuk anak-anak yang sedang membesar.
Farm Fresh Grow diperbuat daripada susu lembu asli, diperkaya dengan hanya khasiat yang diperlukan untuk tumbesaran anak-anak, tanpa tambahan bahan yang biasa ditemui seperti maltodekstrin, minyak sayuran dan kalsium karbonat.
Pada hari ini, Farm Fresh beroperasi di enam ladang tenusu dan tiga fasiliti pemprosesan di Malaysia dan Australia, dengan jumlah keluasan ladang sebesar 5,416 ekar dan saiz ternakan sebanyak 10,309 ekor lembu.
“Farm Fresh telah berkembang sepanjang 13 tahun ini sehingga menjadi syarikat tenusu terbesar di Malaysia pada hari ini, dan sekali lagi memenangi hati pengguna Malaysia sebagai tenusu pilihan mereka.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pengguna Malaysia yang terus percaya dan yakin dengan produk kami.
"Tanpa kepercayan mereka, kami tidak akan mampu capai apa yang kami ada hari ini, dan kami sentiasa berbangga kerana kami adalah syarikat tempatan yang kini menjadi pilihan semua,” kata Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Farm Fresh Loi Tuan Ee.
Brand Putra Awards anjuran Persatuan Ejen Pengiklanan Bertauliah Malaysia (4As) sejak 2010 diiktiraf oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) dan disokong oleh Persatuan Para Pengiklan Malaysia, Persatuan Pakar Media dan Persatuan Digital Malaysia.
Pemenang Brand Putra Awards diundi oleh pengguna Malaysia.
Pada 2022, lebih 25,000 respons telah diterima dalam tempoh lapan minggu akhir September hingga pertengahan November daripada pengguna yang menjawab jemputan untuk menyertai tinjauan yang diterbitkan di 60 laman web.
Kenyataan Media
Fri Jan 20 2023
Farm Fresh dinobat anugerah platinum dalam kategori Minuman-Tenusu di Brand Putra Awards 2022. - Foto Farm Fresh
Nahas helikopter: Mayat mangsa dibawa keluar, dihantar ke Hospital Bentong
Mayat mangsa kejadian helikopter terhempas di Jalan Lama Kuala Lumpur-Bentong telah dibawa keluar oleh pasukan forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan dihantar ke Hospital Bentong.
[TERKINI Mayat mangsa nahas helicopter dekat Bentong dibawa keluar
Amirul Aiman membawakan perkembangan terkini dari lokasi nahas helikopter yang mengorbankan satu nyawa di Jalan Lama Kuala Lumpur-Bentong.
Parlimen: MYCC siasat 13 kes kartel tipuan bida libat nilai RM2.3 bilion - Armizan
Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) sedang aktif menyiasat 13 kes berhubung dakwaan kartel tipuan bida yang melibatkan 561 perusahaan dengan nilai mencecah RM2.3 bilion.
Hati sudah kosong, Linda Hashim nekad bercerai dengan Beego
PELAKON Linda Hashim nekad untuk meneruskan penceraiannya dengan Beego dan sedar bahawa mereka tidak dapat rujuk kembali selepas talak kali ketiga dijatuhkan.
[TERKINI] Keterangan 3 selebriti selesai direkod
SPRM selesai merekod keterangan tiga selebriti yang dikaitkan dengan sebuah syarikat perunding kewangan yang tumpas dalam Op Sky baru-baru ini.
Op Sky: Jalaluddin Hassan, Ziana Zain, Dr Sheikh Muszaphar selesai beri keterangan 4 jam
SPRM selesai merekod keterangan tiga selebriti yang dikaitkan dengan syarikat perunding kewangan yang tumpas dalam Op Sky.
Bumbung runtuh: Unit Hemodialisis Hospital Pasir Mas ditutup sementara
Unit Hemodialisis Hospital Pasir Mas ditutup sementara untuk membolehkan siasatan dijalankan selepas sebahagian daripada bumbung premis itu runtuh lewat malam tadi.
Parlimen: Lebih RM50 juta dibelanjakan oleh 700,000 penerima SARA setakat semalam
Lebih RM50 juta telah dibelanjakan oleh 700,000 penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kategori miskin dan miskin tegar setakat semalam (5 Feb).
Bapa Zayn Rayyan kata 'celaka siapa bunuh anak aku’ - Saksi
Saksi berkata dia mula mencari Zayn Rayyan Abdul Matin, 6, selepas solat hajat di surau Al-hidayah berdekatan lokasi kejadian, pada 6 Disember 2023.
Waspada 'smishing': Penipuan SMS paling santai
Pautan yang dihantar dalam percubaan smishing lazimnya adalah untuk mendapatkan pengesahan identiti mangsa.
Farm Fresh dinobat pilihan pengguna Malaysia sekali lagi
Farm Fresh mengekalkan kemenangan platinum sejak menerima anugerah pertama pada 2021.