KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd telah melantik perunding bebas untuk menjalankan kajian dan penanda aras membabitkan imbuhan pengarah bukan eksekutif.
FGV dalam satu kenyataan berkata pengerusi bukan eksekutif, Datuk Dzulkifli Abd Wahab, pada masa ini menerima wang tunai, yuran pengarah sebanyak RM300,000 setahun atau RM25,000 sebulan dan elaun kereta berjumlah RM180,000 setahun atau RM15,000 sebulan.
"Lembaga pengarah FGV telah dinasihatkan oleh perunding bebas bahawa elaun kereta yang diberikan kepada pengerusi bukan eksekutif akan digantikan dengan kereta syarikat kerana ia tidak mencerminkan norma pasaran dan sektor memandangkan syarikat itu secara amnya tidak mengewangkan penyediaan manfaat kereta syarikat dalam bentuk elaun.
"Berdasarkan nasihat tersebut, lembaga FGV mencadangkan untuk menyediakan kereta syarikat kepada pengerusi bukan eksekutif dan mengekalkan jumlah tunai yang diberikan kepadanya sebelum ini dengan menukar elaun kereta sebanyak RM180,000 kepada yuran lembaga pengarah.
"Oleh itu, FGV menjelaskan bahawa tiada peningkatan dalam jumlah tunai yang diterima oleh pengerusi bukan eksekutif," katanya.
Kumpulan itu juga menjelaskan Dzulkifli berhasrat menggunakan kereta sedia ada milik anak syarikat untuk menjadi kereta syarikat dengan perbelanjaan tahunan tidak melebihi RM180,000 seperti yang diluluskan semasa mesyuarat agung tahunan (AGM).
Menurut FGV lagi, pemegang sahamnya telah meluluskan resolusi untuk menaikkan yuran pengarah bagi pengerusi dan pengarah bukan eksekutif antara 25 peratus serta 60 peratus pada AGMnya, Khamis lepas.
Yuran pengerusi bukan eksekutif dikurangkan daripada RM600,000 kepada RM300,000 pada 2019 bersama-sama dengan beberapa pemansuhan serta pengurangan manfaat tertentu.
"Lembaga FGV juga ingin menekankan bahawa Dzulkifli telah bersetuju untuk mengecualikan yurannya sebagai pengerusi Jawatankuasa Kelestarian Lembaga sehingga AGM seterusnya pada 2023 iaitu sebanyak RM40,000 setahun dan elaun mesyuarat RM2,000 setiap mesyuarat.
"Pada 2021, Dzulkifli tidak menggunakan haknya bagi faedah yang berkaitan dengan elaun hiburan, keahlian kelab dan pengawal peribadi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 27 2022

Menurut FGV, pemegang sahamnya telah meluluskan resolusi untuk menaikkan yuran pengarah bagi pengerusi dan pengarah bukan eksekutif antara 25 peratus serta 60 peratus pada AGMnya, Khamis lepas. - Gambar fail

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

FGV, MPOB jalin kerjasama tingkat kebolehkesanan, perkasa pekebun kecil
FGV Holdings Bhd (FGV) dan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menjalin kerjasama strategik dengan memeterai memorandum kerjasama (MoC) untuk meningkatkan kebolehkesanan dan memperkasa pekebun kecil.

Arahan cuti Ketua Pegawai Kewangan MSM Malaysia dilanjutkan hingga tahun depan
Arahan cuti Ketua Pegawai Kewangan MSM Malaysia Holdings Bhd Mazatul Aini Shahar Abdul Malek Shahar akan dilanjutkan dari 15 Dis, 2023 hingga 15 Jan, 2024 atau sehingga tempoh yang dimaklumkan kelak.

Isu pegangan saham FGV dijangka selesai sebelum pertengahan 2024 - Shabery Cheek
FGV Holdings Bhd dijangka mengumumkan perincian berkaitan pegangan saham yang dipegang Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dalam syarikat itu sebelum pertengahan tahun hadapan.

FGV catat RM1.10 bilion keuntungan sebelum cukai
Keuntungan operasi kumpulan mencatatkan RM1.34 bilion daripada RM524 juta, manakala hasil meningkat sebanyak 64 peratus kepada RM13.3 bilion.

FGV lantik perunding bebas kaji imbuhan pengarah
FGV Holdings Bhd telah melantik perunding bebas untuk menjalankan kajian dan penanda aras membabitkan imbuhan pengarah bukan eksekutif.

Program 3FR FGV bantu tingkat pendapatan petani
FGVIF terus mengukuhkan pasaran beras wangi tempatan dengan perkembangan terkini perniagaan pertanian padinya.

Hakim lain dengar bicara kes saman FGV Holdings terhadap Isa Samad
Saman itu difailkan FGV Holdings bagi menuntut ganti rugi berjumlah RM7.69 juta membabitkan kondominium mewah di Troika, Persiaran KLCC.

FGV diberi masa 6 bulan lagi untuk patuh keperluan pemegangan saham awam
FGV Holdings Bhd diberi tempoh lanjutan enam bulan lagi oleh Bursa Malaysia Securities Bhd (Bursa Securities) untuk mematuhi syarat berkaitan Keperluan Tebaran Pemegangan Saham Awam bursa.

FGV Holdings dapatkan nasihat guaman berhubung tuntutan RM170.70 juta
FGV Holdings menjelaskan FGV Prodata telah menerima writ saman tersebut pada 18 Mei, 2021.

FGV sedia serahkan kembali tanah Felda, nafi punca kerugian
FGV Holdings tegaskan, tiada masalah untuk menamatkan Perjanjian Pajakan Tanah (LLA) bersama Felda.