KUALA LUMPUR:FGV Holdings Berhad (FGV) mengesyorkan kepada pemegang saham minoritinya untuk menolak tawaran pembelian saham oleh Felda.
Dalam satu kenyataan, FGV menganggap tawaran oleh Felda pada harga RM1.30 sesaham adalah tidak adil, lebih rendah dari penilaian yang dilakukan oleh FGV iaitu sekitar RM1.45 hingga RM1.60.
Syor itu juga dikeluarkan oleh Pengarah FGV tidak berkepentingan iaitu Datuk Yusli Mohamed Yusoff, Datuk Mohd Anwar Yahya, Datin Hoi Lai Ping, Dr Mohamed Nazeeb P. Alithambi dan Dr Nesadurai Kalanithi.
"Harga Tawaran adalah tidak adil kerana ia berada di bawah nilai saksama oleh RHB Investment Bank antara RM1.42 hingga RM1.60 setiap Saham FGV, atau 8.5 peratus hingga 18.8 peratus di bawah nilai saksama bagi Saham FGV.
"Pada harga penawaran awam awal (IPO) RM4.55 sesaham dan kini ditawarkan untuk diperoleh pada harga RM1.30 sesaham dan dengan mempertimbangkan peningkatan yang signifikan terhadap kualiti aset perladangan FGV sejak IPO, para pengarah tidak berkepentingan tidak dapat dengan nurani yang jelas untuk mengesyorkan Tawaran sebagai ‘wajar’ kepada para pemegang saham minoriti FGV.
"Mereka juga termasuk peneroka dan pekerja Felda dan FGV," tambah firma itu.
Sementara itu FGV berkata Felda tidak berhasrat untuk mengekalkan penyenaraian FGV selepas Felda bersama pihak yang bertindak bersamanya mempunyai pegangan sebanyak 54.09 peratus.
"Sekiranya Felda berjaya, Pemegang tidak akan dapat memperdagangkan sekuriti FGV di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Berhad.
"Selanjutnya, apabila Felda mengumpulkan tahap pegangan saham yang lebih tinggi sebagai hasil penerimaan yang sah dan/atau pengambilalihan selanjutnya, pencairan saham FGV mungkin menghadapi kekangan," kata FGV.
FGV berkata saranan itu dikeluarkan setelah meneliti syarat dan ketentuan serta rasional oleh penasihat bebas tawaran, RHB Investment Bank.
Felda pada 19 Januari membeli 41 juta saham FGV Holdings Bhd daripada pasaran terbuka dengan harga RM53.3 juta.
FGV dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata, saham itu dibeli pada RM1.30 sesaham semalam (Isnin).
Pada 14 Januari pula, Felda membeli 22 juta saham FGV daripada pasaran terbuka dengan harga RM28.38 juta.
Najib Aroff
Fri Jan 22 2021

FGV berkata Felda tidak berhasrat untuk mengekalkan penyenaraian FGV - Gambar fail

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Tujuh premis makanan di Gua Musang ditutup - Dr Zaini
Tujuh premis yang didapati tidak mencapai tahap kebersihan ditetapkan Kementerian Kesihatan diarahkan tutup dalam Operasi Bersepadu Premis Bersih Siri 01/2025 di Gua Musang, semalam.

Banjir di Kelantan pulih sepenuhnya, mangsa di Johor berkurang
Keadaan di Kelantan pulih sepenuhnya petang tadi manakala jumlah mangsa ditempatkan di PPS di empat negeri iaitu Johor, Perak, Melaka dan Negeri Sembilan tidak jauh berubah.

Johor hasrat perluas tanaman lada hitam
Johor berhasrat memperluas tanaman lada hitam berskala sederhana di negeri ini, kata Pengerusi Jawatankuasa, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar negeri Datuk Zahari Sarip.

Suzana Idayu Wati wanita pertama dilantik Pengarah Besar Felda
Ahli Lembaga Pengarah Felda Datuk Suzana Idayu Wati Osman dilantik sebagai Pengarah Besar Felda yang baharu berkuat kuasa hari ini, menjadi wanita pertama dilantik ke jawatan berkenaan.

Felda mahu pupuk hubungan perniagaan Malaysia dan Indonesia
Felda bersedia untuk menghubungkan syarikat Malaysia, khususnya unit perniagaannya dengan firma dalam KEIND untuk meneroka peluang baharu di kedua-dua negara dan antarabangsa.

12 cedera dua kereta bertembung di Jengka
Sebanyak 12 individu termasuk empat kanak-kanak cedera selepas dua kereta bertembung di Jalan Felda Jengka 4 menghala Maran hari ini.

Taaveekun, KPF Agro Properties perluas kerjasama, edar baja perapi tanah untuk ladang Felda
Kumpulan Taaveekun akan terus memperluaskan kolaborasi bersama KPF Agro Properties Sdn. Bhd dalam penghasilan dan pembekalan perapi tanah untuk merawat tanaman sawit di ladang-ladang FELDA di Malaysia

'Jangan lupa jasa peneroka awal Felda' - PM Anwar
Jasa peneroka awal Felda jangan sesekali dilupakan kerana golongan itu merupakan pengasas tanah rancangan tersebut dan hasil usaha mereka, dinikmati generasi masa kini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bincang, teliti rayuan untuk serah tanah adat kepada penduduk di Tambisan - Anwar
Kerajaan Persekutuan dan negeri, serta Felda, akan adakan perbincangan untuk meneliti rayuan mengenai penyerahan semula tanah adat di Tambisan.

Malaysia mahu berbaik dengan semua negara - Anwar
Beliau meminta tidak ada pihak cuba menekan negara dalam menjalin hubungan diplomatik dengan negara-negara lain.