KUALA LUMPUR: Firma penyelidikan mengekalkan ramalan masing-masing mengenai pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada 4.2-4.8 peratus tahun ini.
OCBC mengunjurkan pertumbuhan KDNK sebanyak 4.2 peratus tahun ini, menokok daripada 3.6 peratus pada 2023.
Ahli Ekonomi kanan Asean OCBC, Lavanya Venkateswaran berkata, ramalan ini adalah berdasarkan pertumbuhan eksport elektronik yang lebih baik, penekanan yang berterusan terhadap pembangunan infrastruktur awam dan peningkatan pelaburan sektor swasta yang dirangsang oleh agenda pembaharuan berterusan kerajaan.
"Suku pertama 2024 menunjukkan pertumbuhan KDNK sebanyak 4.2 peratus, dan data aktiviti yang diterima untuk suku kedua 2024, termasuk pertumbuhan eksport dan import serta pengeluaran perindustrian, adalah sejajar dengan unjuran pertumbuhan KDNK setahun penuh kami," katanya kepada Bernama.
Mengulas mengenai prestasi perdagangan pada Mei 2024, Lavanya menyifatkan data dagangan Mei adalah kukuh.
Beliau berkata pertumbuhan eksport mengekalkan momentumnya dan menjadi lebih pelbagai manakala kekukuhan yang berterusan dalam pertumbuhan import menyerlahkan daya tahan bagi permintaan dalam negeri.
"Ternyata, lebihan dagangan yang besar telah memperkukuh lebihan akaun semasa, membantu meredakan beberapa kelemahan luaran," katanya.
Malah, beliau berkata pemacu pertumbuhan eksport menjadi lebih pelbagai.
Eksport barangan perkilangan lain seperti mesin dan peralatan, optik dan peralatan saintifik turut memberangsangkan pada Mei berbanding April.
Kedua, aktiviti ekonomi yang teguh di kebanyakan negara Asean dan AS telah memainkan peranan penting.
"Permintaan penggunaan dan pelaburan yang beterusan di rantau ini telah menyumbang kepada peningkatan keperluan bagi produk berkaitan, sekali gus meningkatkan pertumbuhan eksport Malaysia. Prestasi kukuh ekonomi ini telah menawarkan pasaran yang stabil dan berkembang untuk eksport Malaysia," katanya.
Menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), perdagangan Malaysia kekal berdaya tahan dan optimis pada Mei 2024, mencatatkan pertumbuhan dua digit tahun ke tahun sebanyak 10.3 peratus kepada RM246.31 bilion -- nilai tertinggi yang dicatatkan sejak Oktober 2022 dan bulan kelima berturut-turut bagi pengembangan tahun ke tahun.
Eksport naik untuk bulan kedua berturut-turut, meningkat 7.3 peratus kepada RM128.22 bilion, import menokok 13.8 peratus kepada RM118.09 bilion, menyebabkan lebihan dagangan sebanyak RM10.14 bilion dan lebihan bulan ke-49 berturut-turut sejak Mei 2020.
"Kami mengekalkan unjuran KDNK 2024 kami pada 4.8 peratus tahun ke tahun (2023: 3.6 peratus tahun ke tahun)," kata firma penyelidikan itu.
Sementara itu, Kenanga Research terus menjangkakan peningkatan eksport yang selanjutnya dalam tempoh beberapa bulan akan datang, didorong oleh kitaran meningkat teknologi dan pemulihan ekonomi China yang beransur-ansur.
Bagaimanapun, firma penyelidikan itu berkata risiko penurunan yang berterusan adalah disebabkan ekonomi global yang tidak menentu dan potensi kesan ketegangan geopolitik yang meningkat, termasuk krisis Laut Merah dan ketegangan baharu AS-China.
Sehubungan itu, ia mengekalkan unjuran pertumbuhan KDNK 2024 sebanyak 4.5 peratus hingga 5.0 peratus dengan jangkaan momentum pertumbuhan yang lebih mantap pada separuh kedua 2024.
"Pertumbuhan domestik akan disokong oleh pemulihan berterusan dalam sektor pembuatan berorientasikan eksport, di samping momentum permintaan domestik yang kukuh.
"Ini terutama disebabkan keadaan pasaran buruh yang stabil berikutan aktiviti pengambilan pekerja yang mapan, peningkatan yang berterusan dari segi ketibaan dan perbelanjaan pelancong serta sokongan dasar kerajaan yang sedang dilaksanakan dan trend pelaburan yang positif," kata Kenanga Research.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 21 2024

OCBC mengunjurkan pertumbuhan KDNK sebanyak 4.2 peratus tahun ini, menokok daripada 3.6 peratus pada 2023. - Foto fail

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Trudeau umum pembangunan rangkaian kereta api berkelajuan tinggi pertama di Kanada
Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau mengumumkan pada Rabu yang Kanada sedang membangunkan rangkaian kereta api berkelajuan tinggi di koridor Toronto-Quebec City.

Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.

Malaysia di trajektori tepat jadi pusat teknologi serantau - MCCA
Sektor teknologi digital menerima pelaburan RM163.6 bilion, mengatasi nilai pelaburan digital diluluskan pada 2023 sebanyak 250 peratus.

Pertumbuhan KDNK di rantau Asia-Pasifik diunjur perlahan kepada 3.7 peratus tahun ini
KDNK seluruh rantau Asia-Pasifik (APAC) diunjurkan perlahan kepada 3.7 peratus pada 2025 daripada jangkaan 3.9 peratus pada 2024.

Disiplin fiskal kerajaan MADANI tingkatkan keyakinan pelabur
Disiplin fiskal kerajaan MADANI berjaya mengurangkan defisit fiskal daripada 5.5 peratus pada 2022 kepada 4.1 peratus pada 2024.

MDEC sasar sumbangan ekonomi digital 25.5 peratus kepada KDNK Malaysia pada akhir 2025
MDEC akan menyokong Malaysia untuk mencapai atau melepasi sumbangan ekonomi digital sebanyak 25.5 peratus kepada KDNK pada akhir 2025.

Pertumbuhan KDNK Malaysia dijangka kekal kukuh 4.9 peratus pada 2025
Malaysia dijangka menyaksikan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang kekal kukuh pada 4.9 peratus bagi tahun ke tahun pada 2025.

Pelaburan: Ini 3 strategi berdepan risiko geopolitik dan kadar faedah tinggi
Dalam persekitaran ekonomi global yang penuh ketidaktentuan, pelabur perlu lebih strategik dalam membuat keputusan.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit melonjak kepada 4.4265/4350 berbanding dolar AS daripada 4.4310/4385 pada Jumaat lepas.

MITI akan perkukuh usaha tarik pelaburan susulan prestasi kukuh KDNK 2024
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata KDNK Malaysia pada 2024 mengatasi sasaran, didorong oleh pelaburan dan eksport.