KUALA LUMPUR: Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) akan bekerjasama dengan Majlis Penggalakan Perdagangan Antarabangsa China (CCPIT) dan Dewan Perdagangan Antarabangsa China (CCOIC) untuk memperkukuh hubungan perniagaan serta kerjasama antara Malaysia dan China.
Presiden FMM Tan Sri Soh Thian Lai dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini berkata kerjasama itu akan melibatkan pelbagai bidang iaitu ekonomi digital, pembangunan hijau dan inisiatif tenaga baharu.
Beliau berkata inisiatif itu adalah sebagai menyahut seruan supaya sektor swasta memainkan peranan yang lebih besar untuk mengukuhkan dan meningkatkan hubungan dua hala berikutan lawatan rasmi sulung Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke China bulan lepas.
Perkongsian ini akan menggalakkan perniagaan dari kedua-dua negara untuk memanfaatkan perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP), perjanjian perdagangan bebas terbesar di dunia yang melibatkan 15 negara dengan jumlah penduduk lebih daripada 2.2 bilion untuk akses pasaran lebih besar, katanya.
Menurut kenyataan itu, kerjasama berkenaan memerlukan penganjuran lebih banyak pameran dan forum untuk memudahkan dialog serta pemadanan perniagaan antara perusahaan, menjalankan penyelidikan peringkat perusahaan dan menggalakkan pembangunan perdagangan digital serantau.
"Selain itu, ketiga-tiga pihak akan secara aktif menyokong langkah sokongan dasar untuk memperkenalkan ekosistem perniagaan yang kondusif bagi sektor swasta di kedua-dua negara bagi mengukuhkan hubungan perdagangan dan pelaburan," katanya selepas acara dialog FMM dengan CCPIT dan CCOIC semalam.
FMM telah menandatangani memorandum persefahaman dengan CCPIT Guangdong Sub-Council dan CCPIT masing-masing pada Ogos 2003 dan September 2016 dengan mandat untuk menggalakkan kerjasama perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara.
"Melangkah ke hadapan, FMM akan memperbaharui memorandum persefahaman dengan CCPIT semasa lawatan Pengerusi CCPIT Ren Hongbin ke Malaysia pada separuh kedua tahun ini sebelum mengatur lawatan ke China tahun depan," kata Soh.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 26 2023

Soh Thian Lai berkata kerjasama itu akan melibatkan pelbagai bidang iaitu ekonomi digital, pembangunan hijau dan inisiatif tenaga baharu. - Gambar Facebook Malaysian Investment Development Author

Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Penahanan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Serdang selepas menerima aduan orang awam.

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

FMM minta pengilang maklumkan inisiatif perubatan terkini PERKESO kepada pekerja
Pengilang diminta memaklumkan kepada pekerja mereka mengenai inisiatif terkini PERKESO dalam mempermudah proses rawatan perubatan bagi pekerja yang mengalami kecederaan berkaitan pekerjaan.

Sektor pembuatan bersedia untuk pertumbuhan separuh kedua 2024 - FMM
Soh berkata, pengeluar sedang bersiap sedia bagi memenuhi lonjakan permintaan di dalam dan luar negara, dibantu oleh peningkatan nilai ringgit.

Belanjawan 2025 : Turunkan cukai korporat, sedia insentif bagi sektor utama - FMM
FMM menggesa kerajaan mempertimbang langkah pengurangan cukai korporat dalam Belanjawan 2025 bagi mengekalkan daya saing Malaysia dalam usaha menarik pelaburan asing.

Pelarasan berperingkat kepada gaji minimum tawar pendekatan seimbang - FMM
Ia membantu mengelak kejutan terhadap perniagaan terutama yang mungkin tiada fleksibiliti kewangan untuk menyerap kenaikan kos buruh.

Mekanisme levi pelbagai peringkat perlu dilakukan seiring dengan permohonan pekerja asing dalam talian - FMM
Ini akan mengukuhkan keseluruhan proses pengambilan pekerja asing di Malaysia, dan tindakan itu penting untuk menerima pakai lebih banyak teknologi, kata FMM.

Ekonomi Malaysia bakal pulih dengan sokongan eksport - FMM
Data PMI memberi isyarat bahawa aktiviti pembuatan kembali rancak dan berada di landasan untuk mencatatkan pemulihan beransur-ansur.

FMM syor kerajaan tubuh majlis MADANI perkukuh kerjasama sektor awam-swasta
Presiden FMM Tan Sri Soh Thian Lai berkata langkah itu akan membantu menyelaraskan usaha negara dengan nilai-nilai MADANI yang diperjuangkan oleh Perdana Menteri.

Peningkatan Malaysia dalam senarai pemantauan pemerdagangan orang mudahkan akses pasaran antarabangsa - FMM
Laporan TIP tahunan Jabatan Negara AS yang dikeluarkan minggu lepas menyaksikan Malaysia naik kepada Senarai Pemantauan Tahap 2 daripada Tahap 3 sebelum ini.

FMM akan bekerjasama dengan China dalam pelbagai bidang
FMM akan bekerjasama dengan CCPIT dan CCOIC untuk memperkukuh hubungan perniagaan serta kerjasama antara Malaysia dan China.

Pembekuan permohonan pekerja asing akan jejas produktiviti negara - FMM
Pembekuan permohonan pekerja asing akan menjejaskan produktiviti dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara, kata FMM.