Kerjasama strategik melalui ‘Jiwa SME Google Awani’ ini merangkumi aspek kandungan berita dan hal ehwal semasa, pembangunan kemahiran serta latihan secara virtual kepada para usahawan kecil dan sederhana.

Dalam temu bual bersama Agenda Awani, Pengarah Urusan Google Malaysia, Marc Woo menegaskan Google menyediakan pelbagai aplikasi dalam membantu pengusaha kecil dan sederhana di negara ini.
“Hampir 60 peratus pengguna digital baharu adalah bukan dari kawasan bandar, dan ini mencerminkan hubungan erat sikap pengguna serta potensi besar ekonomi digital di luar Lembah Klang," katanya dalam program Agenda AWANI yang disiarkan, baru-baru ini.

Menurut Ketua Pengarang Astro AWANI, Ashwad Ismail, usaha ini digerakkan seiring matlamat Industri 4.0 iaitu meningkatkan kualiti hidup melalui pemerkasaan digital dalam kehidupan seharian dan pendigitalan perniagaan.
“Dengan kekuatan penyediaan teknologi oleh Google Malaysia dan Astro AWANI sebagai saluran berita utama, kita berharap banyak lagi kisah kejayaan peniaga-peniaga kecil berubah dengan pantas sepanjang menempuh COVID-19 ini terus menjadi inspirasi kepada umum” kata Ashwad.
Sumber Facebook astroawani
BACA: 10 idea membuat siaran di Profil Perniagaan anda di Google
BACA: Pendigitalan jadikan perusahaan Gudang Perabot Hotel sebagai perniagaan 'kalis krisis'
Kerjasama ini bakal menyaksikan penyaluran ilmu dan maklumat berkaitan peralihan SME ke arah digital mengisi ruang kandungan seperti Awani745, Agenda Awani, Niaga AWANI, Awani Pagi, Awani Tonight dan banyak lagi di www.astroawani.com serta saluran 501 Astro AWANI.
Pembangunan kemahiran dalam kalangan usahawan tempatan mengenai penggunaan teknologi Google pula bakal mendominasi platform webinar dan latihan secara virtual di Awani LINC.